Pyscho
rosarymic
_________
"Lompatlah kalau kau berani!"
"Lompatlah, pengecut! Kau nak sangat tarik perhatian kan? Ha! Lompatlah!"
"Banggang! Lompatlah, bodoh! Kau nak cepat mampos, mamposlah doh! Orang macam kau ni tak patut wujud dekat dunia ni!"
Si gadis tu tersenyum pahit, mendengar jeritan orang ramai berkumpul di bawahnya. Tak sangka kan ini akhir dia? Ha. Dia pun tak pernah sangka akhir dia macam ni. Dia ingat dia akan mati secara semulajadi aje tapi diri dia dah tak tahan keinginan ni.
Keinginan nak mati, lompat atau senang cerita bunuh diri.
Dia dah lama fikir dah dan .. akhirnya dia berani juga buat. Akhirnya.
Si gadis itu dah sedia dah. Dia mendepakan lengan dan dah sedia nak jatuhkan badan tapi bila dia sengetkan badan dia tiba-tiba satu lengan melilit pada pinggangnya dan menariknya balik pada atas atap tinggi itu.
"Apa hal kau ni?!" Terus dia marah. kenapa ada orang selamatkan dia ni? Dia tak mahu diselamatkan langsung! LANGSUNG TAKNAK!
Si penyelamat tu tetap merangkul pinggang gadis itu erat, malah menarik wanita itu lebih rapat dan mendakapnya lembut.
"Jangan .." Si gadis itu terkejut tapi membiarkan dirinya dipeluk dan menutup mata, cair dalam dakapan lembut si lelaki asing.
"Tapi .. kenapa? Kenapa selamatkan aku? Aku .. Aku taknak hidup lagi, wei. Kenapa kau selamatkan orang yang nak mati? Kenapa?" Si gadis tu menanya, air mata bakal menumpah. Ini kali pertama seorang manusia buat dia macam ni.
Ni kali pertama seseorang bebetul nak dia hidup. Manusia lain nak dia mampos aje.
J A L I L
"Sebab .. Aku taknak kau menyesal bila kau dah nazak nanti .." Aku cuba bagi alasan kepada perempuan ni.
Perempuan ni mungkin tak kenal atau ingat aku tapi aku lama dah kenal dia. Cuma ruginya dia tak ingat. Sayang sangat. Aku dengan dia rapat dulu tapi sejak dia kemalangan, terus dia lupa ingatan. Malang kan?
2015
"Wei, laju lah lagi!" Si gadis tu bersorak, memandang aku dengan senyuman lebar. AKu menjeling manja.
"Gila ke apa, Lin? Nak mampos ke, minah oi?" Perempuan tu atau senang dipanggil, Lin menjelir lidahnya. Matanya bersinar, penuh dengan cahaya kegembiraan.
Aku tergelak. Haih. Macam manalah aku bertuah sangat dapat dia ni.
"Alaa! Laju je, babe!"
"Taknak!"
Dalam sibuk kitaorang bergurau, aku gagal nampak ada kereta nak masuk simpang aku dan disebabkan kecuaian itulah .. hidup indah aku hancur.
"BABE! KERETA!!"
PANGGGG!
Waktu itulah .. penyesalan tak sudah aku.
Lagi malang bila lepas tu, cahaya aku hilang memori dan aku .. aku nak dia ingat aku balik tapi .. aku tiba-tiba menjauhkan diri dari dia dan lesap, tinggalkan dia seorang diri.
Aku tahu, aku kejam tapi .. aku tak sanggup. Aku tak sanggup tengok dia cuba mengingati aku .. aku bakdia ingat aku terus tapi itu namanya, selfish.
L I N
"Maksud kau?" Aku terpana. Siapa laki ni? Aku .. aku rasa macam kenal tapi ..
"A .. Aku mintak maaf, Lin ... Aku serious mintak maaf ..! Aku tak patut timggalkan kau macam tu aje." Maaf? Untuk apa? Pastu .. macam mane dia tahu nama aku?
"Urm .. aku tak tahu apa kau cakap ni tapi .. terima kasih ..?" Aku cuba nak fahamkan situasi sekarang.
Si lelaki asing itu tetiba tersenyum lebar dan mengangguk. Tapi lepas tu .. dia menyeringai.
Aku mengangkat kening.
"Uhh .. asal ni?"
"Kau bebetul tak ingat aku ke, Lin?"
Aku nak geleng tapi aku tahan dan cuba ingat balik kalau aku ada terjumpa orang macam dia .. serta suara dia semua.
Yang minda aku bagi cuma aku dalam kereta dengan sorang mamat yangs serupa dengan laki ni dan nama dia Jalil. Aku cuba teka.
"Ja .. Jalil ke ni ..?"
"Pandai pun puteri aku. Sekarang sebabkan aku dah buat kau ingat aku, dan aku taknak kau lupa ..." Dia berhenti kejap dan mengangkat aku, membuatkan aku terkejut.
Lepas tu, dia duduk dekat tepi bumbung macam aku nak jatuh tadi. Orabg dekat bawah yang dah tenang tiba-tiba kacau-bilau balik.
Aku terjerit, meminta diturunkan. Tiba-tiba, aku terasa nak hidup dan taknak tamatkan nyawa aku.
"J-Jalil .. kau buat apa ni?!" Dia meyeringai.
"Aku .. taknak kehilangan kau lagi dan untuk buat tu .. aku nak kita mati bersama .. tadi aku berhentikan kau sebenarnya sebab aku taknak kau mati sensorang, sayang." Naik bulu roma aku dengar. Aku memukuk dadanya, menjerit untuk diturunkan tapi aku lemah.
Jalil tersengih. Orang di bawah menjerit sekuat mungkin bila dia sengetkan badan dan mula jatuh.
"AHHHHHH!!!" Aku terjerit tapi tak guna pun. Benda terakhir aku dengar adalah gelakan Jalil dan jeritan orang ramai sebelum semuanya gelap.
E N D
F I N I S H
YOU ARE READING
Cerpen
Short Story'Adik tak pernah rasa adik patut dilahirkan, abang. Kelahiran adik ni satu kesilapan besar.' 'Kau anak tak guna! Menyesal aku lahirkan kau!' Memaparkan beberapa buah cerpen pendek rekaanku. AMARAN/ WARNING : CERITA INI MENGANDUNGI KONSEP YANG G...