章 8

107 5 0
                                    

Waltz

rosarymic


___________


Amilina memandang suaminya lembut. Sungguh dia begitu sayangkan suaminya. Walaupun pada usia yang sungguh muda bernikah, dia tak kisah.


____________


Amalina membetulkan tudungnya. Nak pastikan semua perfect lah katakan. Jantungnya berdebar. Dup dap dup dap sungguh berdebar untuk giliran mereka. Suaminya memicit tangannya erat, mengurangkan bimbingan isterinya. Tiba-tiba, pengacara majlis bersuara.

"Sekarang, bagi meneruskan majlis sambutan hari guru mulia ini, dipersilakan pasangan Muhammad Amirul Amran Bin Abdullah dan Nur Amalina Umairah Binti Amrin untuk mempersembahkan persembahan mereka." Tepukan gemurah dari para penonton membuatkan Amalina bertambah gementar. Suaminya hanya tersenyum manis dan mencium tangan isterinya lembut.

"Relax dear. Everything's going to be alright." Amalina tersenyum dan mengangguk lembut.

Dia kemudian, keluar kepada mata penonton dengan ball gown ala-ala era victorian berwarna putih bersih disiapkan dengan korsetnya* sekali. Tudungnya putih melabuh disertakan dengan veil* putih melabuh ke lantai. Pada kepalanya, dicantikkan dengan sentuhan mahkota hitam berbelian. Dia juga memakai glove hitam sutera dan kasut kulit tumit tinggi hitam. Semua terpukau dengan pemakaiannya. Dah betul-betul macam noble pada zaman victorian.

Amalina mengambil mikrofon dan berdehem, menjelaskan suaranya.

"Assalamualaikum and good afternoon to all my lovely teachers and loving friends. My name is Amalina Philips and .." Amalina menunjukkan jari telunjuknya ke tepi pentas.

Giliran suaminya pula keluar dengan baju kemeja hitamnya berbutang cantik, dilapisi vest berwarna putih. Seluar panjangnya hitam. Dia juga memakai glove putih dan kasut boot hitam. Tak dilupakan juga songkok hitam atas kepalanya, melengkap pemakaian ala victorian nya. Amirul berjalan ke isterinya dengan senyuman lebar, dalam tangannya sekuntum bunga ros putih. Dia pula mengambil mikrofon dari isterinya dan senyum kepada penonton, yang semestinya bertambah kagum dengan pemakaiannya.

"And I'm Arthur Fredrick Philips, husband of this lovely maiden here." Pipi Amalina memerah dengan pujian suaminya. Tak kira pujian, sentuhan mahupun pujuk rayuan, semua mampu membawa memerah pada pipinya dan sekuntum senyuman lebar. Amirul tergelak kecil.

Mereka memegang mikrofon bersama-sama.

"We are the Philips. The Queen's Couple." Mereka berkata, mengambil inspirasi daripada anime* kegemaran mereka, Black Butler*. Amalina mencuit hujung gownnya dan menunduk hormat manakala Amirul meletakkan tangan kepada hatinya dan menunduk kecil kepada penonton. Tandanya untuk bermula.

Amirul memandang isterinya dan mempelawa tangannya.

"May I have this dance, Milady?" Amalina tergelak kecil dan senyum.

"Why, yes you may, Milord." Amalina mengangguk seraya menerima tangan suaminya dan menggengamkannya erat. Amirul mengeluarkan bunga ros putih, yang tersorok dalam poketnya dan selitkan dalam tudung Amalina.

"Then, let's begin." Amirul meletakkan tangannya pada pinggang Amalina dan menambah genggaman erat tangannya sementara Amalina meletakkan tangannya pada bahu suaminya. Pandangan mereka terhala kepada pengawal audio dan mengangguk, tanda dah bersedia.

Pengawal audio, Faris memulakan lagu dan dengan itu, bermulalah waltz kecil kita.

Amalina mengikut gerakan Amirul, sebab selalunya dalam waltz, lelaki akan mendahului dan membimbing perempuan. Ada kalanya, mereka berpusing. Sampailah pada akhirnya, Amirul memusing Amalina dan diakhiri dengan Amalina dipeluk dan diturunkan ke bawah sambil tangan mereka masih bercantum ( maaflah kalau tak faham. Saya pun tengah nak mengambarkan pun susah sikit )

Bibir Amirul lagi beberapa inci sahaja dari bibir isterinya. Para penonton dah bersorak. Kiss! Kiss! Kiss!

Pipi Amalina memerah, menahan malu. Amirul menyeringai dan didirkan semula dengan senyuman lebar. Amalina tersenyum lebar. Para penonton bersorak. Ada yang siap wewit lagi. Mereka lantas pusing, menghadap penonton.

"Dan, itu aajalah dari kami berdua, The Queen's Couple . Sekian, wassalamualaikum."

"Berikan tepukan gemuruh kepada pasangan sedondon kita!" Dengan senyuman besar, mereka berdua beredar.

"Kita dah berjaya bang, akhirnya."

"Alhamdulillah."

__________


Nota ;


* Korset - Sejenis alat yang digunakan pada era Victoria di England.

* Veil - Kain yang diletakkan atas kepala, selalunya dipakai oleh pangantin perempuan.

* Anime - Sejenis cerita animasi dari Jepun

* Black Butler - Salah satu dari pelbagai jenis Anime


A/N - Saya minta maaf sesangat sebab dah lama tak update. Juga, maaflah kalau ceeita nj mengarut sikit. Haih, maaf sesangat. Sekian, terima kasih,

CerpenWhere stories live. Discover now