#26 - Trauma

134 0 0
                                    

"Kau tahu tak siapa lagi bodoh?" Aku menanya, air mata jatuh dengan sendirinya selepas menanyakan soalan tersebut kepadanya.

Aidin menggigit bibir, terus menggelengkan kepala. Matanya tajam memerhatikan gerak geri kawan baiknya. Risau tidak henti-henti menikam jiwanya.

Bila-bila masa aje, kawannya boleh lentok ke tepi sikit dan jatuh dan dia tak mahu perkara tersebut berlaku!

"Siapa?" Dia akhirnya melontarkan soalan balik, mendapat gelakan sebagai respons pendahuluannya sebelum kawan baiknya tersebut pusing, menghadapnya.

"Manusia, Aidin. Manusia. Manusia yang bodoh." Aidin mengangkat kening.

"Asal kau cakap macam tu lak?" Sekali lagi, dia mendapat gelakan sebagai respons pendahuluannya sebelum wanita tersebut memusing, merapatkan dirinya ke jurang bumbung.

Tanpa pengetahuan orang lain, aku sebenarnya menyorokkan selaras pistol di dalam jaketnya. Aku perlahan-lahan memposisikan pistolnya ke arah dada, jari sedia ke picu.

Aku nak bersedia.

"Sebab .. kalau manusia tak bodoh, Aidin .. Aku takde terpacak dekat bumbung ni; sedia nak tamatkan semuanya .."

"Kalau macam tu, kau pun bodoh sekali lah," Lelaki tersebut batuk, sementara aku menekan rapat lagi picu tersebut. Hatiku pilu mendengar kata-kata tersebut terpacut daripada mulut Aidin.

Aidin.

Seseorang aku mengharapkan cuba memahami situasiku tapi nampaknya aku salah.

"Hah. Semua keputusan kau buat salah. Tulah agak sebabnya hidup kau hancur sangat."

Igaun suara arwah ayahandaku memecah minda aku. Aku menutup mata, menggelengkan kepala, cuba dengan sedaya upayanya untuk menolak dakwaan ayah aku.

Tapi ..

Sebanyak mana pun aku cuba menolak, gemaan suara arwah bertambah kuat, hampir memekakkan suara kecil mindaku sendiri. Sungguh aku penat namun aku tidak boleh tolak lagi.

Betullah tu.

"Aku salah ... sentiasa salah ..." Aku berbisik sendiri, air mataku mengalir dengan deras. Aku mengetatkan genggaman pada pistolnya.

Aidin mengangkat kening, melangkah perlahan ke wanita tersebut-yang sejelas-jelasnya sedang sesat dalam dunia traumanya sendiri.

"Aida ..?" Aidin mendekat, meletakkan tangannya pada lengan gadis itu. Namun, dia terasa telinganya pekak sekejap setelah wanita itu tiba-tiba melalak sekuat alam.

"ARGHHHH! KENAPA AKU SALAH?! KENAPA?! HAH, AYAH?!" Lelaki itu menarik tangannya namun sempat dicekap oleh wanita histeria itu.

"A-Aida .." Aku memandangnya dengan benci, matanya hilang kilauan biasanya.

"APA? KAU TAK CUKUP KE SAKITKAN AKU? KAU TAK CUKUP KE CAKAP AKU NI TAK GUNA? HAH?! KAU TAK CUKUP KE BUAT MAK MENJERIT SEBAB CEMBURU KAU TU?! HAH, JANTAN?!"

Aidin menelan air liur. Rasa serba salah dan marah menyerbu hatinya. Dia rasa serba salah sebab tidak pernah cuba untuk bertanya tentang masa silam kawan baiknya sangat dan dia marah sangat dengan diri dia sendiri.

Dia marah sangat sebab dia tidak dapat memahami wanita tersebut seperti yang perempuan tersebut mahukan.

Aku tidak peduli. Sekarang di mata aku bukan Aidan tapi ayah. Arwah ayah yang merupakan seorang pendera kepada bukan sahaja diriku namun ibu sekali.

Seorang pendera yang menunjukkan belas ihsan pada satu saat dan berubah kepada rotan, carutan dan amarah kepada saat yang seterusnya.

Seorang yang tertutup minda dan susah untuk difahami. Aku geram. Aku geram sungguh dengan ayahanda sampaikan aku tidak dapat menerima maaf di mulut orang tua itu tersebut di saat dirinya menghadap sakaratul maut.

Ibunya boleh tapi aku? Haram.

Aku masih berdendam sampaikan terkena penyakit mental.

"Wei .. Aida .. Lepaskan aku .. Sakit!" Aku dengar suara Aidin tapi aku tidak peduli kerana bagiku, itu tetap auara ayahandanya-merayu untuk hidup setelah dibelasah olehnya.

Aida menyeringai, mengeluarkan pistolnya, membuatkan mata lelaki itu membular.

Oh, shit.

"Aida-!"

"Sekarang, KAU MATI, JANTAN!" Aidin menutup matanya, menunggu rasa sakit peluru menusuk jantung.

Eh?

Beberapa saat kemudia dan masih tiada apa-apa. Si lelaki berambut hitam tersebut mengangkat kening dan membuka matanya.

Kejut hanya dapat dikata selepas dia melihat Aida di situ, memegang pistol tersebut ke kepalanya. Satu senyuman lembut menghiasi bibirnya.

"Bye, Aidin." Aku berkata sebelum,

BANG!

Satu tembakan padu dilepskan dan badan wanita yang dahulunya dikenali jatuh menjunam daripada bumbung bangunan tingkat 9 tersebut.

Aidin membisu, mindanya tidak dapat memproses semua benda dan dia hanya dapat memerhatikan sahaja badan kawan baiknnya jatuh ke bawah.

Darah berterabur di jalan raya bangunan tersebut dan tamatlah nyawa dia.

"Aidin."

Jatuh.

"Aidin!"

Merah .. darah.

"Aidin!" Lelaki tersebut terasa dirinya digoyang.

Merah .. Aku gagal .. Aku GAGAL.

"Aku gagal .."

"Aidin? You okay tak ni?"

"Aku gagal .. aku gagal .. aku gagal!"

"Aid-"

"AKU GAGAL! AKU GAGAL SELAMATKAN DIA, YIN! AKU GAGAL! AHHHH!" Badannya terus bergetar, jantungnya berdegup kencang dan dia tak tahu dia ke di mana sekarang.

Yang dia tahu, mindanya hitam dan tanpa lengah terus tutup.

E N D

A/N - Sepatutnya nak keluarkan cerita lain tapi buntu lak. Jadi, inilah penggantinya! Ceh! XD

Tapi apa pun, maaflah lambat update ye. Terima kasih.

CerpenWhere stories live. Discover now