Selamat Tinggal, Amri.
rosarymic
_______________
Rian :
"Oh you're not going anywhere .."
"Noo! Jangan datang dekat!"
"Jangan sentuh dia!!"
"AMRI!!"
Air mata perlahan-lahan jatuh ke pipi. Ya Allah .. Kenapa .. Aku tak sedar sampailah satu sentuhan lembut di bahuku membuatku melompat. Aku terus memusingkan kepala ke belakang, hanya mendapati kawan baikku, Marina. Mukanya penuh kerisauan.
"Wei, kau okay tak ni?" Suaranya risau. Aku hanya mampu mengangguk. Semua ni masih baru bagi aku. Aku masih tak boleh terima kematian dia. Semua berlaku dengan cepat wakth tu. Aku tak sedar pun dia ada dekat situ. Ya Allah .. kenapa? Kenapa mesti semua orang yang aku sayang satu per satu tinggalkan aku? Mula-mula, mak ayah .. lepas itu, makcik Ina .. sekarang dia.
Sejak kecil, aku dididik untuk tabah dalam setiap dugaan ataupun jangan mudah give up. Tapi sekarang, rasa macam nak terjun bangunan pun ada.
Aku, Rian. 14 tahun hidup aku kucar-kacir sebabkan wujudnya satu persatuan. Persatuan Imtilak. Aku tahu. Dari nama mesti semua ingat itu persatuan tabung ke, persatuan derma ke apa .. tapi salah. Itu adalah persatuan perngorbanan manusia. Atau dalam erti kata lain persatuan penyembah syaitan. Yes.
Kenapa hidup aku huru-hara sebabkan diorang?
Sebab selama 14 tahun diorang mengejar aku, nak jadikan aku korban. A sacrifice for the devil. Tapi, aku berjaya melarikan diri setiap kali diorang cuba untuk menangkap aku. Sampailah satu hari ..
Aku dalam bilik, menyiapkan barang untuk bertolak ke destinasi seterusnya. Disebabkan aku dikejar oleh 'mereka', sepanjang hidup aku terpaksa berpindah-randah. Seksanya Tuhan sahaja yang tahu. Waktu tu, sahabat baikku, Amri saja yang tahu tentang masalah aku.
Amri, bersahabat dengan aku sejak kecil. Dia sentiasa ada dengan aku tak kira waktu susah dan senang. Dia lah teman waktu aku menangis dengan kematian mak ayah. Mula-mula, dia nak cuba pujuk mak ayah dia untuk ambil aku sebagai anak angkat, tapi aku bantah. Aku cakap tak perlu. Bukannya aku taknak tapi aku taknak bebankan sesiapa. Aku dah cukup letih dengan keadaan aku. Aku taknak bebankan Amri dengan aku lagi.
Amri juga sahabat aku yang sorang je tahu masalah aku dengan persatuan tu. Ye, percaya atau tidak aku diburu oleh mereka sejak aku lahir. Bila aku dah besar sikit, baru aku tahu yang kemayian mak ayah aku bukan kematian biasa. Mereka dibunuh. Dibunuh sebab mak ayah aku taknak jadikan aku korban. Jadi, mereka lari dan keluar dari persatuan tu.
Mak ayah aku dulu ahli persatuan sesat tu. Sampailah satu hari, diorang terpaksa menyaksikan sesuatu yang amat menyedihkan. Biasanya, persatuan ni akan mengambil kanak-kanak sebagai 'sacrifice' mereka. Pada mak ayah aku, tu biasa. Tapi kali ini lain sikit. Memang 'sacrifice' dia budak. Tapi, cara nak dapatkan budak itu sangat mengerikan.
'Mereka' menangkap seorang wanita yang tengah mengandung. Yup, tengah mengandung. Macam biasa, 'mereka' akan baringkan wanita tu atas meja panjang. Meja tu dibuat dari kayu mahal. Bak kata untuk 'menguatkan' lagilah 'sacrifice' tu. Wanita tu menjerit-jerit suruh dilepaskan tapi tak terdaya. Yelah, dia tengah mengandung. Waktu tu, ketua persatuan tu anggarkan kandungan pompuan tu dalam 7-8 bulan. Sesuai dengan anggaran mereka untuk dikorban.
YOU ARE READING
Cerpen
Short Story'Adik tak pernah rasa adik patut dilahirkan, abang. Kelahiran adik ni satu kesilapan besar.' 'Kau anak tak guna! Menyesal aku lahirkan kau!' Memaparkan beberapa buah cerpen pendek rekaanku. AMARAN/ WARNING : CERITA INI MENGANDUNGI KONSEP YANG G...