Hilang Selamanya
rosarymic
____________
"Arwah pesan dia minta maaf dengan korang kalau ada silap salah. Dia kata halalkan segala makan minum korang berikan, duit korang pinjamkan atau bagi kat dia. Itu pesanan dia sebelum dia meninggal dunia."
—Kamal
___________
Tong ting!
Bunyi message masuk kedengaran. Ainnul segera mencapai telefon bimbitnya. Dia melihat siapa penghantarnya.
Alizatul
'Alizatul?! Akhirnya!' Ainnul mengeluh lega. Alizatul, kawannya dah 2 minggu tak datang sekolah. Apabila hantar message, call semua tak berjawab. Ainnul sekawan dah risau dengan kemungkinan apa terjadi kepada kawannya.
Dengan berdebarnya, dia menekan nama Alizatul dan membaca message diterima.
Assalamualaikum, ini abang Alizatul. Saya disini nak bagitahu Alizatul Dahiya dah menghadap illahi pagi semalam sebab penyakit. Tak lama nanti, saya akan padamkan account whatsapp dia atas kehendak terakhir arwah.
—Ahmad Kamal, abang arwah
Mulut Ainnul ternganga. 'Meninggal? Takkanlah!' Dia terdiam lama cuba memproses apa dia dah baca. Alizatul. Meninggal. Tu yang dia dapat. Air mata tiba-tiba mengaburi matanya.
Tiba-tiba dia terfikir, 'yang lain dapat tak agaknya message ni? Ke Alizatul bergurau je dengan aku?' Ainnul berharap sangat fikiran keduanya betul.
Tanpa lengah, dia menekan group chat mereka. Fatimah Az-Zahra. Dia segera menghantar soalan yang menghantuinya.
Ainnul : Wei, korang dapat tak berita dari Alizatul?
Seminit dua selepas itu, Najihah jawab.
Najihuhu : Alizatul? Takdelak. Apesal wei? Dia ada hantar kau message ke?
YOU ARE READING
Cerpen
Short Story'Adik tak pernah rasa adik patut dilahirkan, abang. Kelahiran adik ni satu kesilapan besar.' 'Kau anak tak guna! Menyesal aku lahirkan kau!' Memaparkan beberapa buah cerpen pendek rekaanku. AMARAN/ WARNING : CERITA INI MENGANDUNGI KONSEP YANG G...