Degupan Terakhir
@rosarymic
Yuna Halina:
Aku cuba untuk menenangkan dengupan laju jantungku.
Dap Dup Dap Dup
"Ya Allah ..." Aku mengucap, memegang dadaku erat, terasa jantungku mahu meletup apabila ia tiba-tiba berdegup lebih kencang dan menaikkan rasa ketidakselesaanku. Aku rimas. Rimas sungguh dengan masalah-masalah yang membebaniku begini.
Selalunya, benda ni semua terjadi bersumberkan sesuatu dan sesuatu itulah yang akan membuat aku rasa macam terperangkap;tiada jalan keluar dan aku terpaksa hadapi benda ni sensorang.
Nak bagitahu sesiapa? Tolonglah. Siapa aje yang faham?
Nak bagitahu ibu, nanti dikatanya pula ini hanya satu fasa ataupun ini semua mainan minda aku aje.
Nak bagitahu ayah pula .. aku tak berani. Lagipun aku taknak bebankan dia dengan masalah aku lagi. Cukuplah melayan kerenah aku selama ni. Nanti aku nak bebankan pula kedua-duanya dengan ini?
Haih. Takpelah.
Adik-beradik ... Aku tak tahulah. Aku tetap taknak jadi bebanan tambahan bagi diorang semua.
"Sabar .. Tahan .." Aku berkata sendiri, memberi semangat kepada diri sendiri yang makin lama makin lemah dek kerana kekurangan udara. Aku tak boleh bernafas. Letih tepat, dada terasa sesak nak tarik. Kalau aku tarik pun, nanti akan wujud macam rasa tak puas dengan nafas tu dan aku akan tarik makin laju.
Shit.
Aku makin pening. Tak lama lepas itu, air mata mengaburi pandangan tapi aku tak bagi lepas. Sungguh, aku penat menangis. Penat sangat. Dah berapa banyak kali perkara sekecil kena marah pun mampu memerahkan mata berair aku ni. Dah berapa banyak kali aku minta untuk hilang—terus hilang dari dunia fana ini sbab aku penat.
Hidup bagi aku bukan satu perkara aku suka sangat malah kalau boleh, aku nak tamatkan terus.
Biar semua orang terlepas daripada bebanan berat aku. Biar tiada bebanan tambahan bernama 'aku' lagi dalam hidup mereka. Biar tiada lagi air mata yang tertumpah di bumi ini disebabkan kesalahanku.
Dengan mata merah dan berair, aku cuba untuk mengangkat tangan, memohon kepada Tuhan supaya mempercepatkan proses kematianku agar bebanan ini terlepas dari bahu mereka.
"Aku penat ..." Suara aku tersekat-sekat, sedaya upaya mengawal pernafasan yang makin lama makin tidak terkawal. Otak aku dah berpusing. Ini ke penamatnya?
Dengan sedaya kudrat yang diberi Tuhan, aku mengesot perlahan ke pintu, memastikan ia tidak dikunci dan membiarkan diriku masuk dalam awangan indah di persada dunia yang lebih indah daripada dunia yang aku duduki sekarang.
Aku makin lemah tetapi aku membiarkannya; melepaskan setiap nafas yang ditarik dengan lajunya sehingga terasa kepalaku terhenti.
Aku dah tak boleh bernafas.
Tangan terletak di dada, merenyuk lembut baju di situ sebelum aku rasa seperti semuanya kian hilang di pandangan.
Semua makin gelap.
Dengan perlahan, aku menarik nafas terakhir dan membiarkan mataku tertutup buat selamanya, langsung tidak mendengar jeritan nyaring ibuku di balik pintu.
YOU ARE READING
Cerpen
Short Story'Adik tak pernah rasa adik patut dilahirkan, abang. Kelahiran adik ni satu kesilapan besar.' 'Kau anak tak guna! Menyesal aku lahirkan kau!' Memaparkan beberapa buah cerpen pendek rekaanku. AMARAN/ WARNING : CERITA INI MENGANDUNGI KONSEP YANG G...