章 12.5

50 1 0
                                    

Kau Takkan Faham!

II

rosarymic


___________


"Eh, awak ni! Tolong sikit! Hahahah!"

TAP TAP TAP

"Eh wei, Dahlia! Kau perasan tak mamat ni macam suka kau jeee! Haaa! Ayokk!"

"Eish! Takdelahh! Dia usha orang lain tu! Mustahil aku!"

TAP TAP TAP

"Kau okay tak ni?" Anis bertanya, risau tak pernah hilang dari mukanya sejak peninggalan Dahlia.

Ciel hanya mampu mengangguk tanpa berkata apa. Takde benda nak dibincangkan. Dahlia dah meninggal. Tu fakta dan tu hakikatnya. Walau dia nak tolak seboleh mungkin.

Anis mengeluh. Dia tahu kenapa Ciel jadi diam macam ni. Sejak Ciel nampak Dahlia jatuh tu, dia pun dah macam jatuh. Jatuh jauh ke dalam kegelapan.

Ciel memandang ke bawah, menyorokkan muka sedih dia. Dia dah mula tak tahan hidup ni. Hidup tanpa Dahlia rasa macam .. kosong. Macam, dah takde benda atau yujuan hidup dah.

Tapi walau apa pun, dia tetap cuba bertahan dalam hidup walaupun .. rasa nak mati tu dah makin tinggi. Kalau tak untuk diri dia .. untuk Anis.

"Urm .. awak?" Si gadis bertudung labuh tu tersenyum lembut. Tapi Ciel tahu. Di sebalik senyuman tu, ada beribu kesedihan yang tersirat dalam si gadis tu punya senyuman.

"Ye?"

"S-Saya sebenarnya sukakan awak .."

Dia tahu kalau dia give up macam tu je untuk bersama dengan Dahlia, Dahlia bukannya happy, silap aribulan dia kena marah dalam mati nanti adalah!

Tapi apa pun ..

Pengebumian jalan macam biasa. Imam baca talkin, doa semua. Takde masalah bagai. Mayat ok. Tapi yelah .. walaupun benda lain ok, yang tak ok, orangnyalah. Paling sedih sekali waktu funeral tu sebab .. mak ayah Dahlia sendiri tak datang untuk pengebuamian anak dia.

Sampai hati betul. Dahlah seksa budak tu .. lepas tu bila orang tu dah meninggal .. tak datang.

Kengkawan, guru semua datang .. Haih. Kesian, Dahlia.

Lepas pengebumian, macam biasalah manusia. Semua mula nak balik, nak buat aktiviti harian diorang balik. Yelah. Ada yang nak rehat. Ada yang kena pergi kerja balik.

Semua orang balik. Ada yang peluk Anis dan Ciel, mengucap takziah semua. Ada yang bagi duit, sebagai tanda simpati.

Bila semua orang dah balik, tinggallah diorang berdua tapi tak lama lepas tu Anis balik. Dia ada hal .. jadi dia pergi dulu. Tinggallah tunang arwah, Ciel.

Bila bebetul takde orang, Ciel terus melutut, memeluk batu nisan biru kehitaman tu erat. Air mata terus mengalir laju.

"Dahlia ... Dahlia ... Kenapa tinggalkan saya ...?" Ciel meratap, memeluk lebih erat.

Tadi dia tahan sebab ada orang tapi bila dah takde siapa, dia tunjuklah diri dia yang lemah.

Yang menangis tanpa henti, yang tak henti-henti mengharapkan Tuhan yang dia tak percaya ada hidupkan Dahlia balik.

CerpenWhere stories live. Discover now