Goodbye, Hell House.
rosarymic
___________________
"Aku tak patut dilahirkan"
"Kalau aku takde, dunia ni lagi aman"
"Takde siapa peduli pun aku mati"
"Kalau aku hilang sekali pun, diorang takkan kisah"
"Manusia ni bodoh"
Aku memandang ke luar. Mukaku penuh dengan geram dan benci. Tiada lagi senyuman yang terselit di wajahku macam dulu. Kereta bergerak laju menuju ke tempat tujuan utamaku - rumah. Dalam kereta, semua diam. Tiada siapa yang bercakap kecuali kalau benda tu penting. Mataku tetap terlekap di alam indah. Benda ni dah biasa. Memang dalam kereta takde sebarang percakapan melainkan kalau news tu penting ataupun sekadar untuk ringankan mood. Lain dari itu, takde sebab lagi.
Aku duduk di belakang, mendengar radio yang dipasang. Mataku lama-lama menjadi berat. Tak lama lepas itu, aku menyandar ke seat kereta dan mula terbuai dalam mimpi.
______________
Dia memandang refleksi dirinya di cermin. Parutan, lebam kebiruan, berbagai garisan merah hampir memenuhi tubuhnya. Dia keluh perlahan. 'Bende dah biasa, kan?' Walaupun dia cuba untuk menerimanya tapi masih terdapat lagi perasaan memberontak dalam hatinya. Dia tak sangka ayahnya sanggup buat macam ni. Kesedihan mengaburi mindanya.
Tiada lagi ruang untuk bebas. Kebebasannya telah lama dirampas sejak dia berumur 5 tahun lagi. Sejak dia berumur 5 tahun, ayahnya selalu akan memukul, merotan, menyepak, melempang, menghayun badan kecilnya tanpa belas kasihan. Tiada wujud lagi belas kasihan dalam hidupnya sejak dia kecik lagi.
"Aku patut bunuh kau waktu kau dalam perut aku lagi!" Ibunya pula bantai menjerit macam orang histeria.
Wajahnya pucat memandang ibu. Dalam hatinya, dia tertanya-tanya tentang kewujudan hidupnya sendiri.
'Kenapa aku hidup?'
'Kenapa mak ayah sanggup buat macam ni?''Kenapa kaklong tinggalkan aku?'
'Kenapa semua orang bencikan aku?'
'Ya Allah .. Apa salah aku?"Fikiran demi fikiran. Tak berhenti-henti. Itulah kehidupannya.
"Kau anak tak guna! Dahlah tak guna, bodoh pulak tu!" Ibu menjerit sebelum menolaknya ke dinding.
Ibu menggenggam segenggam rambutnya sebelum menghayunkan kepalanya ke dinding. Kalau waktu tu ibu tiba-tiba marah, hayunannya menjadi lebih laju. Darah memercik pada dinding lama. Dinding yang telah lama dikotori dengan darahnya. Dah tak terkira berapa kali darahnya tertumpah dalam rumah ni.
Dia dah letih. Dia nak lari dari rumah neraka ni. Neraka. Hidupnya macam neraka sejak kecik. Dia nak lari. Dia benci rumah ni. Selamanya. Dia dah cukup dengan penyeksaan yang diberi. 13 tahun .. 13 tahun dia bertahan, siang malam menahan seksaan per seksaan.
Semua ni akan berakhir.
_______________
Aku bangun, terkejut dengan mimpi ngeriku pasal mereka. Mata memandang sekeliling.
Aku masih dalam kereta dengan Ummi dan abi. Aku keluh lega. Ummi, nampak aku terbangun terus menanya dengan risau tentang keadaanku. Aku tersenyum kecil dan kata semua okay.
Ummi hanya mengganguk dan menayang senyuman ikhlas kepadaku. Aku membalas senyumannya dan membiarkan minda aku meliar.
Tak sangka aku mimpi pasal silam aku again. Aku keluh perlahan. Itu semua 4 tahun lepas sebelum aku berjaya melepaskan diri. Bebas. Bebas dari cengkaman azab mereka.
Selepas mak ayah aku hampir bunuh aku, aku lari keluar, melarikan diri. Beberapa bulan lepas tu, aku diambil oleh sepasang suami isteri yang tidak ada anak. Bukan takde tapi dah pergi menghadap illahi. Mereka terus jadikan aku anak mereka selepas pertama kali jumpa. Aku mulanya takut nak percayakan orang, takut mereka jadi jahat macam mak ayah tapi tengok daripada muka dan sifat diorang, aku cuba. Cuba untuk percayakan orang.
Perihal mak ayah .. Aku pernah terdengar orang cakap mak ayah aku dah gila. Aku tak tahulah. Ikutkan hati ni, tak ingin aku nak pijak kaki ke tanah neraka itu. Tapi, mak ayah tetap mak ayah. Tapi itu boleh fikirkan kemudian. Sekarang aku nak nikmati kehidupan indah aku ni.
Goodbye, hell house.
YOU ARE READING
Cerpen
Short Story'Adik tak pernah rasa adik patut dilahirkan, abang. Kelahiran adik ni satu kesilapan besar.' 'Kau anak tak guna! Menyesal aku lahirkan kau!' Memaparkan beberapa buah cerpen pendek rekaanku. AMARAN/ WARNING : CERITA INI MENGANDUNGI KONSEP YANG G...