Nafsu Cinta
rosarymic
__________
"Rida .. aku rasa aku dah tak boleh berlakon lagi .." Wanita berambut coklat tu mengangkat kening, keliru dengan penyataan kawan baiknya.
"Maksud kau?"
"A-Aku nak bagitahu kau something."
"Hmm? Ape bende?"
"A ..Aku cintakan kau."
Aku terpana. Dia sukakan aku? Kawan baik PEREMPUAN AKU sukakan aku?! Aku menggigit bibir, buntu nak jawab apa. Yelah, benda ni bukan sahaja serious tapi .. melibatkan agama.
I mean, this is straight up LGBT!
Tengok yang aku mendiam je, kawan baik aku tu meneruskan bicara.
"A-Aku sebenarnya dah lama sukakan kau .. sejak beberapa bulan kita jadi BFF, aku dah tahu aku sayang kau gila-gila. Tapi .. bila aku tengok dari cara hidup kau .. aku .. aku rasa macam aku takde peluang. Kau beragama, percayakan Tuhan .. bukan macam aku. Aku ni nama je Islam dekat IC tapi jujur dengan kau .. aku ni atheist. Sebab tu .. aku sorokkan je perasaan aku tapi .. aku dah tak tahan dah, wei!"
Kawan baik aku-- atau Wardah tu tak lama lepas tu menangis. Aku ni .. yang masih terkejut hanya mampu mengeluh dan mendakapnya dalam pelukan erat, membiarkan air matanya membasahi baju aku.
"Shh .. Shh .. Dah, dah .. Jangan nangis lagi, babe. Semua akan okay .. Percayalah cakap aku .." Aku cuba pujuk walaupun dalam hati, aku dah mula ragu-ragu sama ada benda ini akan okay atau tak.
Wardah, macam dapat membaca minda aku, menggeleng-gelengkan kepala, memendapkan kepalanya lebih dalam ke dalam baju aku.
"Tak ., semua ni takkan ok! Kau akan jauhkan diri kau dari aku dan aku .. aku .." Wardah terhenti, menarik nafas dalam-dalam sebelum melepaskannya.
"Aku akan masuk neraka."
Mataku membulat. Tak sangka pula Wardah cakap macam itu. Terus terangnya, aku ni pun entah-entah masuk neraka dengan apa yang aku akan cakap lepas ni.
Aku menutup mata, meletakkan dagu atas kepalanya, mendekatkan bibir aku ke telinganya.
"Kalau macam tu, kita sama-samalah masuk neraka .. sebab aku pun cintakan kau."
Aku sebenarnya ragu-ragu juga dengan diri sendiri lepas lama berkawan dengan Wardah. Aku ragu-ragu dengan .. orientasi seks aku.
I mean ...
Aku straight tapi .. lepas lama-lama kawan dengan Wardah .. aku tiba-tiba dapat rasa satu tarikan dekat dia. Dulu, aku banyak kali rasa jantung aku nerdebar-debar bila Wardah peluk aku dan setiap kali benda itu berlaku, aku marah sangat dekat diri sendiri sebab fikirkan benda berdosa tu dan sebab memikirkan yang aku kemungkinan bukan straight langsung.
Tapi sekarang .. sebabkan Wardah sendiri dah mengaku yang dia sukakan aku dan .. kitaorang berdua rapat betul-betul .. jadi, apa salahnya kot?
Wardah terus menarik diri, memegang bahuku dan memandang tepat ke dalam mata coklat aku dengan terkejut.
"K-Kau guraukan? Kau saja cakap macam ni sebab .. kau taknak aku sedihkan? Kan wei? Tolonglah jangan memainkan perasaan aku, babe. Ak--"
Aku berhentikannya dengan satu kucupan lembut di bibir. Wardah tercengang sekejap sebelum menutup mata, cair dengan ciuman itu dan membalas ciuman padu aku tu. Untuk pertama kalinya, aku rasa .. benda ni betul walaupun aku tahu benda ni salah sangat.
YOU ARE READING
Cerpen
Short Story'Adik tak pernah rasa adik patut dilahirkan, abang. Kelahiran adik ni satu kesilapan besar.' 'Kau anak tak guna! Menyesal aku lahirkan kau!' Memaparkan beberapa buah cerpen pendek rekaanku. AMARAN/ WARNING : CERITA INI MENGANDUNGI KONSEP YANG G...