章 14

84 1 0
                                    

Perjanjian Syaitan

rosarymic


____________


AMARAN - MENGANDUNGI UNSUR DEWASA DAN UNSUR ROGOL SERTA UNSUR AGAMA. PEMBACA TELAH DIBERI AMARAN.


___________


Yasmin .. Aku mintak maaf.


__________


"Bob! Woi!" Aku menjeling, mengeluh. 'Pehal lak pulak minah ni?' Aku terfikir sendiri, geram. Bila aku nak tidur aje, kena kacau. Tadi waktu bangun tadi, taknak pula ditanya. Haduh.

"Bob!" Minah tu sekali lagi menjerit. Aku menjeling, mengeliat. Nanti karang kalau tak jawab, kena lagi teruk pula. 

"Pe bende?!" Minah itu tiba-tiba terus masuk bilikku, menghempaskan pintu ke dinding. Dia mengetap gigi. 

Sebaik sahaja matanya menatap mataku, jelingan maut diberikan, membuatkan aku seram semacam. Rasanya kalau dengan pandangan dah boleh mati, entah berapa kali aku dah mati dah dengan jelingan maut minah ni.

"Dah berapa banyak kali aku cakap, kalau aku panggil tu, JAWAB!" Dia menjerit, mencekak pinggang. Aku membalas jelingan dan menjelirkan lidah.

"Aku tahulah, Yasmin! Aku tahu! Sorrylah aku tak jawab! Masalahnya, kau tadi waktu aku nak tidur kau panggil aku!" 

Minah tu a.k.a Yasmin merupakan macam adik akulah. Dia ni roommate aku tapi lada masa yang sama, dia lah juga yang aku mengaku keluarga sebab ..

Dia je yang macam family aku. Yang lain, haram. Keluarga bebetul macam hancur. Haih.

Yasmin mengeluh, menggelengkan kepala sebelum berjalan ke tempat tidur aku dan duduk atasnya. Matanya kemudian melilau, mencari sesuatu. Aku mengangkat pening, pelik.

Aku baru nak tanya tapi tak jadi bila minah tu tiba-tiba meyeringai dan mengambil penyapu dan mula menyapu bilik aku. Eh? Baik benar dia ni. Selalunya takde macam ni de.

Lagi sekali, aku baru nak puji sampailah bila dia dah habis menyapu, dia membuang isi penyodok sampah tu dekat tempat tidur aku. Aku rasa mulut aku ternganga kot bila nampak tu.

I mean, TEMPAT TIDUR AKU TU WOI!

"WOI!" Aku terjerit, berlari ke Yasmin dan merampas penyodok sampah tu dari tangan dia. Aku baru fikir yang dia nam buat baik tadi dan puji tapi mendajal lah pula minah ni!

Yasmin tersenyum, menepuk-nepuk tangan dia daripada habuk dan membalingkan penyapu ke arah aku, yang nasib baiknya aku tangkap kalai tak, aduh.

Dia terus tersenyum, tergelak kecil,menunjukkan sekeliling bilik aku, mengenyitkan mata sebelum keluar dan menutup pintu bilik.

CerpenWhere stories live. Discover now