#27 - Trans

47 1 0
                                    

RING!

Aku membiarkan air mata jatuh, tangan bergetar memegang telefon bimbitku. Terasa telefon ini akan jatuh pada bila-bila masa dengan tangan bergetar ini. Nak tulis pun tanganku enggan bekerjasama.

Tapi, aku tetap tulis juga, memaklumkan ketiadaan aku kelak.

All 6 Etika Y'zalls!

You, Ustazah Syarina, Majid ...

You : Assalamualaikum, ustazah, semua. Saya mintak maaf tapi saya tak dapat hadir hari ni dan minggu hadapan. Saya ade masalah keluarga dan saya harap korang semua faham. Maaf, ustazah tapi hal keluarga ni penting tapi saya akan maklumkan kepada Ustazah perihalnya. Sekian, terima kasih.

Sebaik sahaja aku habis menulis, tangan terus melepaskan bahan besi tersebut dan badanku terus terlantar, membiarkan air mata mengalir deras. Aku memupuk tempat sebelahku, memeluk bantal peluk kesayangan seraya membiarkan hati piluku menjerit sekuat alam.

Penatnya. Penatnya, ya Tuhan.

Aku penat sangat jadi sebegini sejak ketiadaan mereka. Aku penat sungguh dengan kehilangan rasa tidur disebabkan mimpi ngeri menyambut saat mata menutup untuk dibuai tidur. Aku penat yang amat mengingati saat gembira bersama mereka tetapi dihancurkan dengan ketiadaan mereka di sisi lagi selamanya. Aku paling penat apabila memikirkan janji yang diputuskan di saat jantung mereka berdua terhenti di pangkuanku ketika menunggu bantuan datang.

Sungguh, aku penat dengan semua ini.

"Korang tipu .." Aku membisik, tangan mencapai gambar kecil di tepi katil. Aku mengusap gambar tersebut perlahan, air mata laju meluru sebelum sehembus nafas dilepaskan untuk cuba menenangkan diri ini.

Aku ingat lagi benda itu seperti perkara tersebut baru sahaja berlaku semalam.


"So, hari ni mak nak masak apa?" Aku menanya, mengambil sebiji epal dan menggigit buah tersebut dengan seleranya. Ibu kesayangan menghmm sahaja, mindanya geligat memikirkan jawapan yang sesuai untuk anaknya.

"Nak masak ape eh ..?" Dia turut menanya dirinya sendiri, buntu untuk memilih masakan harian. Huh. Padahal selalunya dirinya ini tahu sahaja masakan yang sesuai dan enak dimakan tetapi hati ini buntu pula.

Aku menggelengkan kepala, satu gelakan kecil terlepas melihat kebuntuan ibuku. Buat kali pertamanya sejak aku tanya soalan ini, ibu buntu. Selalunya beliau akan jawab sepantas kilat tidak kira situasi apa pun namun kali ini, berbeza pula. Pelik tapi tidak mustahil.

'Entah-entah, mak dah habis choice kot.' Aku terfikir sendiri, tergelak sekali lagi. Ah, terhibur betul aku dengan fikiran itu. Ibu memandangku, hairan agaknya mendengar anak daranya tertawa sedangkan tiada benda pun yang kelakar mahupun sedang berlaku untuk digelakkan.

"Apa yang kelakarnya ni?" Aku tergelak, menggelengkan kepala dan menayangkan senyuman selebar mungkin.

"Takde pape, mak tapi lawak pula tengok mak buntu ni. Tu aje." Respons aku mendapat satu keluhan lembut daripada ibu kesayangan. Mesti ibu pening sebab biasanya beliau tahu aje nak buat apa tapi kali ini aje. Rasa macam semua hilang. Memori resepinya hilang pula tiba-tiba.

Aku menepuk bahu ibu, senyuman lebar tetap berada di bibir.

"Takpelah, mak .. Jangan stress sangat. Nanti mak tahulah nak masak apa tu. Ohh! Masak ayam lada api macam sedap!"

CerpenWhere stories live. Discover now