Rania melihat pemandangan Cameron Highland dibalkoni bilik hotelnya. Nyaman sekali. Bunyi deringan telefon membuatkan hati Rania panas. Terus dia mengangkat deringan itu.
"Macam mana semalam?"
"Tak oke..k.o sebab Hanna diselamatkan oleh Adam"
"What!! Sh*t!! Dah kau tengok Adam yang selamatkan Hanna tu..kau tak buat apa apa ke?"
"Tapi you..i blur masa tu"
"alasan!! Esok aku nak jumpa kau! Taman lavendar pukul 10:00 pagi!"
"Oke you! Asal pukul 10:00 pagi? Kenapa tak pukul 8:30 pagi?"
Izz tahu yang Rania masih membuta pada pukul itu. Sahaja menaikan tekanan Rania.
"Kau ni bodoh lah! Aku tengah membuta masa tu"
"Oh..oke..i nak pergi keluar..thanks sebab nak jumpa"
"Dah blahh"
Panggilan tamat begitu sahaja.
Malas nak cara pasal tu.
Rania kusut memikirkan kejadian semalam.
Satu idea datang dikepala Rania.
Dia tersenyum sinis."Aku tahu nak buat apa"katanya seraya telefonnya diketuk perlahan dimeja balkoni.
***********************
Hanna melihat suasana diladang teh itu. Nyamannya.
Kelihatan beberapa pelancong asing sibuk mengambil gambar."Awak, Ambil gambar saya dan Emir kat sini"arah Hanna lalu menghulur sebuah kamera jenama Nikon.
Adam menyambut dengan baik.Bermacam macam gaya yang dibuat oleh Hanna, sekejap peace sekejap candid sekejap cium pipi Emir dan lain lain lagi aksi yang mencuit hati.
Setelah lama diladang teh, mereka pergi ke kedai yang berhampiran untuk membeli beberapa teh yang ada disitu. Ada perisa strawberry, anggur dan yang biasa.
"Banyaknya beli! Nak bagi siapa ni? Nak buat hantaran ke?"soal Adam dengan mimik muka yang lucu.
"Nak buat senjata! Tak lah nak minum lah..kan saya ada papa, mama, abang long, Mak Leha, Faisal, dan...."
Belum sempat Hanna menghabiskan syarahannya, bibirnya dipegang oleh Adam kuat.
Hanna marah. Bukan muhrim."Bukan muhrim!"marah Hanna kuat. dia memukul kepala Adam dengan kotak teh yang dibeli oleh Hanna.
"Maaf..mianhe..i am sorry"ujar Adam lalu merapatkan kedua belah tangannya.
Hanna ketawa.***************
"Sebelum anak saya balik, kita kena buat persiapan tunang dulu..lepas tu kita baru buat majlis makan makan oke?"ujar Dato' Farid serius.
"Oke oke..jemput ahli keluarga sahaja"
"Oke..lusa mereka dah balik..lepas sehari selepas lusa tunang? Macam tu?"soal Datin Amina hairan.
Semua angguk.
---------------------------------------------------
Maaf lambat update..mianhe..ops tersesat pulak..maafkan saya..
Tak pe double update today..tak janji oke?
YOU ARE READING
Janji Kita ✔
General FictionHati yang rabak kian lama, kini dijahit semula. Kemunculan dia kini datang untuk menunaikan janji. Bagi memuaskan hati seorang gadis yang senipis tisu. Janji bukan sebarang janji. Janji seharusnya ditepati. COMPLETED : May2016 Best achievement : #1...