Prolog

184K 2.2K 31
                                    

"Aku terima nikahnya, Nur Raisya Arheana Binti Mohd Rezaimie dengan mas kahwinnya Rm 222.22 tunai"
Dengan sekali lafaz, sahlah Ezzwin Syaher menjadi suaminya.

Arheanna menyapu mata. Bajet sedih macam dalam movie - movie kat Telivisyen. Tangannya digenggam oleh ibunya, Hajah Amina erat.

'Aduh.. ibu ni. Mesti terpengaruh dengan cerita - cerita kat Tv ni.'
Sempat Arheanna menggomel sendiri.

Syaher menghampirinya. Tangannya ditarik dan seutas cincin berlian disarung ke jarinya.

'Wah!! Besarnya berlian ni. Kalau aku jual ni, kaya! '
Bisik hati kecilnya lagi. Kalau boleh nak je dia lompat - lompat kat situ. Teruja benar dapat cincin semewah itu. Lepas ni, boleh lah dia menunjuk - nunjuk dekat orang kampung. HAHAHA.. Hatinya ketawa jahat.

Tiba- tiba, kucupan hangat singgah didahinya. Sempat anak mata hazelnya ditikam anak mata hitam Syaher.
'Hah! Yang ni lagi sekor. Sibuk nak buat drama. Apa aku kisah dengan muka jeruk basinya itu? Asalkan dapat cincin besar gedabak ni. Tak de hallah'
Arheana mengomel lagi. Langsung terlupa lelaki itu adalah suaminya.

Selepas berpeluh satu badan dek dipaksa posing dengan suaminya itu, majlis akad nikahnya selesai.

Satu hari yang memenatkan. Tapi yang pasti, esok majlis persandingannya akan lebih membuang tenaganya.

Siapa tak bangga bila semua sibuk duk puji pelaminnya yang ala - ala artis gitu. Tapi sumpah dia rimas. Kalau ikut hati, dia nak kahwin ala kadar je. Tak memenatkan dan jimat kos.

Tapi, ibunya yang bersungguh nakkan majlis gempak begitu. Untung juga dia jadi anak bongsu. Semua kos, abang dan kakaknya yang menanggung. Senang sungguh dalam hati.

Jam baru saja melangkah ke angka 9.15 malam. Tapi dia dah berkurung dalam bilik. sibuk memproses tahi mata. Kumpul tenaga untuk esok kononnya.

#welcome to Dunia Arheana. Ni baru prolog oke? Bosan sikik tu biasalah. Ho ho ho ho.. Tunggu bab seterusnya yaa?
*btw, voted la sikit. Kasik semangat gitu. Sob sob😂😂

Wife Ku Penggoda (complete 💞)Where stories live. Discover now