"Kak.. buat apa tu?"
Arheana berpaling. Wajah comel Mimi muncul disisinya. Senyuman manis terukir dibibir Arheana."Tak buat apa - apa. Tengok bulan tu ha"
senyuman masih setia dibibir Arheana.Mimi melabuhkan duduk disisi Arheana.
"Hmmm...kak.. akak tau tak? Semua orang dalam rumah ni bercakap pasal akak tau?"
Mimi tersengih panjang melihat kerutan didahi Arheana."Pasal akak? Kenapa?"
Cuak Arheana. Dia ada buat salah ke?"Pasal akak dah berjaya ubah Abang Syah balik."
Tubuh Arheana dipeluk sayang."Thanks akak. Thank you so much sebab kembalikan Abang Syah kitorang yang dulu. Abang Syah dah selalu ketawa sekarang. Selalu bergurau. "
Pipi Arheana dikucup tanda terima kasih. Bagai tak percaya Arheana mampu mengubah Syaher kembali."Ish. Akak tak buat apa-apa la. Abang Syah berubah balik sebab dia dah makin sedar kuk?"
Teka Arheana disambut tawa kecil Mimi."Tak.. sebab Akak. Mimi yakin la. Sebab kasih sayang Akak. Dulu abang Syah rasa kosong kuk.sekarang, bila akak datang dengan kasih sayang Akak, Abang Syah mula rasa dia ada kehidupan balik. Sebab tu Abang Syah berubah"
Giliran Arheana pula ketawa. Drama betul adik iparnya itu. Terpengaruh la tu."Hish. Ada-ada je dia."
Mimi melepaskan pelukannya. Wajah comel Arheana dipandang lama. Comel sangat!"Kak.. semua orang cakap Abang Syah beruntung sebab dapat Akak. Mimi pun rasa bertuah sangat dapat Kakak macam akak"
Arheana ketawa kecil. Entah apalah jasanya pada keluarga itu hingga kehadirannya dirasakan sebagai tuah."Mimi yakin Abang bahagia dengan Akak. Mimi tahu Abang terlalu sayang Akak. Abang tak pernah letak gambar mana-mana perempuan pun dekat phone dia tau, tapi semalam Mimi selongkar Phone abang. Lock screen, gambar Akak. Walpaper gambar akak, walpaper whats up pun gambar Akak"
Arheana termangu. Ye ke? Entah. Dia tak pernah sentuh pun telifon bimbit Syaher."Oh.. selongkar fon Abang Syah ea? Akak bagitahu nanti"
Arheana ketawa mengekek."Ehh.. jangan lah kak. Mimi tengok je"
Mimi tersengih cuak. Adui! Pecah rahsia pulak."Tak la. Akak gurau je"
Matanya dikenyitkan comel.
"Kak.. Mimi tahu akak sayangkan Abang. Kan? Mimi tak salah untuk harapkan Akak kan? Mimi tak nak Abang berubah balik. Mimi boleh harapkan Akak je."
Suara Mimi bertukar perlahan.
Matanya memandang penuh pengharapan.Arheana mengalih pandangan. Harapkan dia? Mampu ke? Mampu ke dia bahagia kan Syaher? Mampuke dia terus disisi Syaher? Tak mungkin. Tak mungkin dia mampu bahagiakan Syaher dengan keadaannya itu.
"Akak?"
Lamunan Arheana hilang. Wajah mimi kembali dipandang."Hmm.. Akak tak janji Mimi . Akak takut, akak tak mampu nak pegang harapan Mimi"
Mimi melabuhkan kepalanya kebahu Arheana."Kenapa? Akak tak sayang Abang?"
Teka Mimi rawak. Takkanlah Arheana tiada perasaan sama pada Abangnya?"Ish, akak sayang la.. tapi.. akak...akak cuma tak boleh janji untuk jaga Abang Syah sampai bila-bila. Ye lah. Ajalkan, ditangan tuhan. Mana tau, akak pergi dulu?"
Mimi terlopong. Tiba-tiba dia sebak. Arheana seolah memaksudkan bicaranya."Ish akak ni. Jangan lah sebut benda tu. "
Arheana tersenyum nipis. Rambut Mimi dielus lembut."Akak cuma ingatkan je. Nanti, kalau akak pergi dulu,Mimi pulak yang kena pegang amanah ni tau? Akak tak nak Abang Syah berubah. Akak nak, Mimi carikan perempuan yang lebih baik dari akak untuk Abang Syah. Boleh?"
Arheana memandang langit. Tangan Mimi digenggam erat. Huh! Sukarnya memendam."Kak.. apa Akak ni. Tak baik tau. Akak sanggup ke bermadu? Mimi tak sanggup. Mimi tak nak kakak ipar lain. Dah lah. Mimi nak naik atas"
Mimi bangkit. Tidak sanggup mendengar bicara kakaknya itu. Kenapa Arheana begitu? Mereka bergaduh kah? Tapi, mesra saja mereka tadi. Hmm.. entahlah.Dada hitam langit direnung. Setitis air mata yang sedari tadi ditahan jatuh jua.
Mimi..Maafkan akak. Mungkin, Allah dah catatkan yang jodoh kami tak panjang. Maafkan Akak Mimi, Akak tak mintak semua ni. Tapi.. Akak redha . Akak yakin hikmah Allah disebaliknya.
Pipinya diseka. Peritnya meredhai hakikat itu. Namun dia perlu Redha.
"Sayang.. buat apa ni"
Arheana cepat-cepat menyapu tubir matanya. Senyuman kecil terukir mengawal riaknya."Tak buat apa-apa la. "
Bahunya diraih mendekati Syaher"Kenapa murum je Abang tengok ni?"
Hujung dahi Arheana dikucup lembut. Senyuman terukir lagi dibibir Arheana."Tak lah. Tiba-tiba teringat dekat ibu dengan kak syi"
Spontan saja alasan itu terbit dibibirnya."Hmm.. kesiannya isteri Abang. Macam ni lah. Weekend ni kita balik kampung ea?"
Arheana mengangkat wajah. Wajah tenang Syaher direnung."Tak apalah. Abang kan busy. "
Syaher ketawa kecil. Rambut Arheana dielus lembut."Tak apa. Kerja tu tak sepenting isteri Abang. Tak kisah lah tinggalkan kerja tu kejap asalkan isteri Abang tak sedih macam ni"
Arheana menyepi. Hah! Kenapa dia terlalu sensitif? Bicara begitu pun dia rasa sebak."Haa.. tengok ni? Hmm.. terseksa la hati Abang tengok Sayang macam ni, tau tak? "
Pipi Arheana dielus lembut. Dia sedar sejak dua tiga minggu ini, Arheana murum sahaja. Entah apalah masalah gadis itu. Ingatkan, bila Suffiya keluar,Arheana happy balik..tapi.. entahlah. Tanya pun tak diberitahu."Mana ada Rhea sedih la Abang. Tengok. Rhea senyum ni kan?"
Arheana menarik senyum lebar. Melampau kah kalau dia kata, hanya dengan melihat wajah Syaher, hatinya mudah saja sebak.Kepalanya dijatuhkan pada bahu Syaher. Setiap saat dia melihat lelaki itu, setiap saat juga dia rindukan wajah yang sama.
Singkat benat rasanya jodoh mereka. Air matanya bertakung lagi. Dipalingkan wajahnya. Tidak mahu Syaher mengesan air matanya.#yuhuu... okey done.
Muahhhhh sikikk... syg supporters sis bnyak2.😂Enjoy... jgn sedih2...jgn marah2.. huahuahua..😂😂😂
![](https://img.wattpad.com/cover/63292711-288-k729266.jpg)
YOU ARE READING
Wife Ku Penggoda (complete 💞)
Novela Juvenil*Bacaan 18 dan keatas shja! Kahwin dengan Mamat Ais Kutub Utara? Awal-awal Arheana geleng kepala. Tapi, bila dah kata jodoh, terpaksa juga Arheana terima. Dalam terpaksa, timbul jua rasa sayang pada Encik Suami. Tapi, Encik suami pula sebeku Ais at...