Ruang alam ciptaan Tuhan yang terlalu indah itu direnung jauh. Sesekali nafasnya ditarik panjang. Memberi ruang udara segar disitu memasuki rongga nafasnya. Sekurangnya, sedikit ketenangan mampu menyelinap masuk kemindanya.
Keluhan kecil terbit dibibirnya untuk kesekian kali. Kadang dia terfikir, entah sampai bila nikmat alam itu mampu dinikmati. Dia sedar perubahanya kini. Tubuhnya terlalu lemah. Malah semakin kurus. Dia terlalu mudah penat dan hilang nafas. Dia tahu penyakitnya makin melarat. Tambahan lagi, ubat-ubatannya juga semakin kehabisan stok.
Rambutnya sendiri terasa semakin menipis. Mungkin kesan daripada kemoterapi dahulu. Rambutnya mudah gugur jika diikat.
Mataya mencapai sampul putih diatas meja berhampirannya. Senyuman berat terukir dihujung bibirnya setiap kali melihat sampul itu. Ya.. itulah penamatnya.
Bukan dia benci..bukan tiada langsung rasa sayang, malah sebelum lelaki itu menyanyanginya lagi, nama lelaki itu sudah tersemat kukuh ditempat paling atas di hatinya.
Bukan juga kerana ego. Dia cuma mahu dibenci. Dia hanya mahu syaher membuang namanya dalam hidup lelaki itu. Hidupnya tidak panjang. Dan yang pasti, dia tak kan mungkin mampu membahagiakan lelaki itu selama-lamanya.Kata orang, jika tidak boleh membahagiakan seseorang, cukuplah sekadar menyenangkannya. Dan tindakannya terasa tepat. Biarlah Syaher membencinya dari awal daripada lelaki itu meratapi pemergiannya nanti.
Semalam, dia menerima whatsapp chat dari Suffi yang tertera gambar mereka memilih busana pengantin. Terluka? Tak perlu ditanya. Sejujurnya hati nya rabak. Sukar untuk menerima hakikat bahawa syaher bukan lagi miliknya, tetapi itu pilihannya sendiri. Dan dia perlu berpegang pada janjinya. Biar hatinya rabak sekali pun asalkan Syaher bahagia. Melihat kebahagiaan Syaher sudah cukup untuk membahagiakanya.
Sisa hidupnya yang semakin singkat, biarlah dia penuhi dengan pengorbanan sebegitu.Dia rindu. Dia rindu kemesraan Syaher. Marah Syaher. Dan segalanya tentang Syaher. Tapi kerinduan itu walaupun tidak mampu dileraikan sekurangnya dia bahagia. Bahagia merindui lelaki itu dari jauh kerana dia pasti, selagi hatinya merindui lelaki itu selagi itulah nama lelaki itu masih bertakhta diruang hatinya.
Ingatannya teralih pula pada keluarganya. Ibu.. kak Syi.. dan semuanya. Sampai sekarang mereka tidak tahu tentang penyakitnya. malah tentang perceraiannya juga. Jika ditanya, ada saja ayat penipuannya. Dia rasa bersalah. Tetapi itulah sewajarnya. Biarlah mereka tahu hanya setelah dia tiada nanti.
"Ibu.. maafkan adik. Bukan niat adik untuk rahsiakan semua ni. Tapi adik tak kuat untuk tengok ibu terluka macam dulu. Biarlah adik tanggung semuanya sendiri. Adik tak nak bebankan ibu dan keluarga. Selagi Adik mampu bertahan sendiri, adik akan bertahan sendiri. Tiba masa, ibu akan tahu semua ni. Maafkan adik ibu."
Matanya memberat namun sempat dikawal. Janjinya dia tidak akan menangis lagi dan dia perlu berpegang pada janji itu."Abah.. tunggu adik pergi sana. Adik rindu abah sangat-sangat. Adik rindu nasihat dan pelukan abah. Adik akan pergi sana tak lama lagi. Kita akan jumpa nanti. Banyak benda Adik nak cerita dekat abah. Abah, adik dah rasa kesakitan abah dulu. Terima kasih sebab dulu abah banyak ajar adik jadi kuat. Adik tak sabar nak jumpa abah. Adik tak sabar nak cerita semua benda dekat abah."
Kali ini air matanya jatuh tanpa mampu diseka. Matanya kabur tiba-tiba. Dan seperti biasa, bila saja sesuatu yang berat singgah dimindanya, kepalanya akan mencucuk berat."Anna?"
Arheana berpaling. Wajah wanita separuh usia menjamah matanya. Semerta senyuman terukir dibibirnya."Kenapa ni? Anna ada masalah lagi? Cuba bagitahu umi?"
Wanita yang menggelarkan dirinya umi itu memeluk bahunya erat. Itulah wanita yang sudah hampir seminggu menjadi kekuatannya. Wanita itulah yang memberi sokongan kepadanya.
Rindu pada ibu terlerai setiap kali memandang wajah itu. Caranya, lagaknya, seperti ibu walaupun tidak setanding ibu.
YOU ARE READING
Wife Ku Penggoda (complete 💞)
Novela Juvenil*Bacaan 18 dan keatas shja! Kahwin dengan Mamat Ais Kutub Utara? Awal-awal Arheana geleng kepala. Tapi, bila dah kata jodoh, terpaksa juga Arheana terima. Dalam terpaksa, timbul jua rasa sayang pada Encik Suami. Tapi, Encik suami pula sebeku Ais at...