Bab 39

51.7K 897 225
                                    

"Thanks Abang"
Suffiya merengek manja. Gelas berisi jus oren yang dihulur Syaher dicapai.

"Mmm... Abang free tak hari ni? Suffi nak pergi shopping la"
Lengan sasa Syaher dipeluk erat. Kepalanya disandarkan pada bahu tegak Syaher.

"Okey"
Pendek balasan Syaher, tapi cukup untuk memuaskan Suffiya. Walaupun Syaher masih terlihat dingin, tapi sekurangnya Syaher masih melayannya elok.

"Betul? Saayaangg Abang"
Suffiya ketawa kecil dengan bicaranya sendiri. Terasa bangga pula mendapat layanan sebaik itu dari Syaher.

Kesian kau Rhea. Menjanda diusia mudalah jawabnya. Kau baru kenal siapa Suffiya Aneesa sebenarnya kan? Huh! Kau ingat aku tak mampu buat semua ni?

"Hmm.. Rhea mana Abang? Tak nampak pun?"
Usul Suffiya. Tidak puas pula jika gadis itu tidak melihat kemesraan mereka.

"Entah. Buat apa nak kisahkan perempuan tu?"
Jus oren miliknya diteguk rakus. Gelisah setiap kali mendengar nama gadis itu.

"Hmmm.. Suffi nak tumpang bilik air boleh?"
Syaher mengangguk tanpa perasaan. Dibiar saja gadis itu. Arh! Suffiya pernah tinggal disitu. Dia pasti tahu selok belok rumah itu.

---

Arheana menyapu tubir matanya yang terasa basah. Sampai begitu sekali kah benci Syaher pada dia? Takkan kerana salah faham itu, Syaher sanggup menduakan dia?

Sudah seminggu sejak peristiwa hitam itu. Sudah seminggu juga Syaher berubah 100%.
Dia takut. Dia takut hilang lelaki itu. Sungguh, kasih yang pernah subur buat lelaki itu langsung tidak tergoyah. Tetap sama seperti dulu. Mana mungkin boleh hilang sekelip mata.

"Haii Rhea"
Sapaan seseorang mematikan lamunan Arheana. Wajahnya dipalingkan kearah empunya suara.

"Jauhnya menung. Ingatkan buah hati yang jauh disana ke?"
Sinis bicara Suffiya. Langkahnya menghampiri Arheana.

"Apa kau nak? Tak cukup lagi ke semua benda yang kau dah buat ni?"
Dingin suara Arheana sekdar dibalas dengan ketawa sinis Suffiya.

"Well, aku takkan berhenti selagi aku tak puas. Just... get ready untuk sesuatu yang kau takkan jangka"
Suffiya ketawa lagi. Bangga melihat wajah lemah Arheana. Seolah kemenangan semakin menjadi miliknya.

"Kenapa Suffi? Kenapa kau sanggup buat macam ni?"
Tajam renungan Arheana. Namun seperti biasa, hanya ketawa sinis yang dibalas Suffiya.

"Sebab? Kau nak tahu sebabnya? Sebab kau rampas..."
"Suffi, apa bising-bising ni? "
Bicara Suffiya terhenti. Wajah dingin Syaher dikerli. Fuh! Nasib tak terbongkar.

"Hmmm? Tak.. tak ada apa-apa Abang. Ni, Suffi cuma nak mintak maaf denga Rhea sebab tersayang Abang. Err.. Rhea.. tadi kau tanya sebab kan? Hmm.. sebabnya, aku cintakan Abang Syah sepenuh hati aku. Maafkan aku Rhea sebab tersayang suami kau. Aku tak boleh halang perasaan ni. Maafkan aku"
rengek Suffiya dengan suara sayunya. Bajet sedih! Arhh!

"Kenapa nak kena mintak maaf? Dahla.. tak payah buang masa minta maaf dengan orang yang tak tahu menghargai."
Arheana terkedu. Syaher kah itu? Dia seolah tidak kenal lelaki itu. Jauhnya lelaki itu berubah.

"Abang.. Rhea.."
"Jom keluar. Serabut la duduk dekat rumah ni"
Potong Syaher sambil menarik lengan Suffiya. Lagaknya cuba dimesrakan dengan Suffiya.

Rhea..Abang rindu Rhea.. tapi.. Abang tak boleh.. Rhea bukan lagi milik Abang sorang sekarang ni.

Langkah Syaher diperhati sepi. Entah sampai bila hubungan mereka harus begitu.
Hati mana mampu terus bertahan melihat suami punya hubungan dengan perempuan lain?

Wife Ku Penggoda (complete 💞)Where stories live. Discover now