Bab 26

62K 970 27
                                    

"Bila you nak buat kemoterapi tu?"
Hafeq membelek fail merah ditangannya. Fail berisi keputusan ujian darah Arheana.

"Hmm.. I.. I tak ready lagi"
Arheana menekur lantai. Hatinya berat. Berat untuk jalani rawatan itu. Dia tahu risiko dan kesan dari rawatan itu.

"Hah.. habis bila you nak ready? You nak tunggu benda ni makin kritikal?"
Hafeq mengeluh. Degil betul gadis itu. Dia bukan mahu memaksa, tapi.. tapi hatinya.. arh!

"I.. Eq, kalaupun I buat rawatan tu, I tak komferm bebas dari penyakit ni kan?"
Hafeq mengangkat wajah. Kenapa mesti Arheana selalu negatif? Tak boleh kah jika dia berfikiran positif untuk seketika?

"Rhea.. berapa kali i nak cakap? Kita kena cuba. Benda ni bukan kita tentukan Arheana.We've Allah. Kita cuma mencuba dan disuruh mencuba. Kenapa you mudah sangat give up?"
Wajah tanpa perasaan Arheana direnung. Kalaulah dia boleh baca minda gadis itu.

"Eq.. bagi I masa untuk fikirkan semula"
Renungan Hafeq dibalas. Dia takut sebenarnya. Dia Takut kesan kemoterapi itu menjejaskan lagi kesihatannya.

"Arheana. Looks! You punya ujian darah. Look it Rhea"
Fail merah yang ditatap Hafeq tadi diputarkna kearah Arheana.

"Tengoklah. Ubat yang you makan tu, semua tak beri kesan pada penyakit you. Tak berubah langsung. I khuatir kalau you terus tangguhkan rawatan ni, penyakit you beralih ke next stage. Come on Rhea. Sekurangkan kita cuba apa yang ada"
Panjang bicara Hafeq. Sungguh dia harapkan Arheana faham dan mengubah fikiran.

"But, kalau i jalani rawatan ni, I perlu jauh dari husband I untuk at least one day kan? Eq, you faham tak? I just need my husband. I cuma nak habiskan masa dengan dia!"
Arheana mengeluh kecil. Dia tidak mahu bazirkan sesaat pun masa dia bersama Syaher. Dia nak Syaher selalu disisi dia.

"Huh.. i know Rhea. Tapi kalau you cuba rawatan ni, you have masa yang lagi banyak untuk suami you"
Giliran Hafeq pula mengeluh berat. Terusik hatinya mendengar bicara Arheana.
Rhea.. kenapa mesti aku terlewat??

"I.. hmmm.. I need time. Please.sehari je. Esok I akan bagitahu keputusan I"
Wajah Hafeq dipandang merayu. Otaknya tidak boleh berfungsi sebenarnya saat itu.

"Huh.. you degil Rhea. Okey. I boleh bagi you masa sehari. You fikir masak-masak. Fikir keluarga you. Fikir rumah tangga you. Fikirkan masa depan you. "
Arheana tersenyum nipis bila Hafeq mengalah.

"Yes. I nak balik. Thanks for today. I janji i akan datang balik esok."
Beg tangannya dicapai. Tiba-tiba dia terbayangkan chocolate cheese cake. Kek kegemarannya.
Ada senyum bahagia terukir diwajahnya.

Langkah Arheana sekadar dihantar dengan pandangan. Wajahnya diraup lemah. Kenapa mesti Arheana? Kenapa mesti isteri orang? Kenapa mereka tak bertemu setahun yang lalu?

Arhh! Hati.. lupakanlah. Dia takkan sesekali jadi milik kau.

**********

"Abang"
Syaher berpaling. Semerta wajahnya terukir senyum. Arheana melabuhkan duduknya disisi Syaher.

"Buat apa kat dapur tu? Lama betul. Abang nak tolong, tak kasi"
Fokus Syaher pada telivisyen sedari tadi beralih pada Arheana.

"Ni, buat ni"
Arheana menayangkan piring putih ditangannya kepada Syaher. Dua keping kek coklat cheese terisi diatas piring itu.

"Wauu.. cheese coklat cake?"
Syaher tersengih suka. Sejak dia tahu kek itu kek kegemaran Arheana, sejak itu jugalah kek itu menjadi kegemarannya.

"Tak lah. Coklat cheese cake la Abang"
Arheana ketawa kecil melihat kerutan diwajah Syaher. Suka benar bila Syaher begitu. Comel. Macam budak-budak!

Wife Ku Penggoda (complete 💞)Where stories live. Discover now