"Satu acara tambahan yang pasti akan mengejutkan, dipersilakan..."
Arheana menekur meja. Dari tadi tumpuannya hilang. Bicara pengerusi majlis satu pun tidak singgah ditelinganya. Kalau boleh lari, nak je dia tinggalkan majlis itu. Tapi, apa pula kata keluarga Hafeq nanti.'Tingg....'
Petikan gitar dari pentas tiba-tiba menarik perhatian Arheana.
Lantas wajahnya ditumpukan kepentas.
Syaher!"I'm dedicated this song to no one"
Ujarnya tanpa perasaan. Sedikit senyum pun tidak terukir dibibirnya.
Seluruh dewan kini tertumpu pada Syaher bersama gitar diatas pentas. Menanti dengan penuh rasa teruja."Ada apa dengan cinta yang ku beri,
Semua perlahan hilang musnah.
Ada apa dengan janji yang terukir,
Semua beranjak kau ingkari.Arheana menggeggam erat jemarinya. Mengumpul kekuatan. Lagu itu.. seolah sengaja ditujukan pada dia.
"Bunuh saja, cinta kita..
Yang telah ku tanam didalam hati mu.
Lupakanlah, janji kita..
Yang pernah terucap sehidup semati.."Syaher menarik nafas panjang. Hujung gitar digenggam kuat. Dia perlukan kekuatan. Dia perlukan ketenangan. Dia tidak mahu terlihat lemah didepan tetamu walaupun mereka tidak tahu masalah yang dia hadap.
"Adakah hari yang telah dilewati,
Tak berkesan untuk dikenang.
Adakah bahagia yang telah dijalani,
Tak dapat menghapus ragumu."Kali ini Syaher kalah. Air mata yang cuba ditahan jatuh jua. Suaranya berubah rentak. Ada getar yang tak dapat disembunyikan.
Arheana bangkit tiba-tiba. Makin lama dia disitu, makin pedih hatinya. Dia nampak Syaher menangis, dia nampak suara lelaki itu berubah walau sekuat mana Syaher menyembunyikan riaknya.
"Rhea? Nak pergi mana?"
Pertanyaan Hafeq langsung dibiarkan. Kakinya melangkah keluar dari dewan itu."Rhea wait!"
Hafeq turut bangkit mengejar langkah gadis itu. Dia yakin Syaher penyebabnya. Tapi dia sendiri tidak tahu Syaher turut dijemput dalam majlis itu.Syaher tersenyum nipis. Wajahnya langsung tak diangkat. Dia nampak Hafeq mengejar Arheana. Mengapa dia bukan Hafeq? Kenapa dia bukan lelaki yang Arheana cintai? Apa lagi yang dia kurang hingga dia tidak layak memiliki hati gadis itu?
Tepukan gemuruh dari dewan itu langsung tidak menarik perhatiannya. Dia cuma perlukan kekuatan saat ini. Bukan tepukan gemuruh itu. Dia perlukan Arheana sebetulnya.**************
"Rhea! Wait! You nak pergi mana?"
Lengan Arheana ditarik agar berhenti melangkah. Termegah dia mengejar gadis itu."Kenapa ni? Are you okey"
Tubuh Arheana dipusingkan meghadapnya. Terpaku! Pipi Arheana basah dengan air mata."Am i looks like im okey?"
Legannya ditarik dari pegangan Hafeq."Okey, i tahu semuanya sebab Syaher, kan? But please Rhea. Berapa kali you nak i pesan? Cuba jadi kuat"
Hafeq mengeluh halus. Dia benci bila Arheana menangis kerana lelaki itu."Stop Eq. Stop. Sampai bila i kena berpura jadi kuat? You tak tahu apa yang I rasa. You tak tahu apa yang i kena hadap. You cuma tahu minta I jadi kuat. I bukan robot yang tak ada perasaan. I bukan manusia yang langsung tak ada perasaan untuk terus bertahan sorang-sorang macam ni!"
Tinggi suaranya..Cuba menghamburkan segala yang berselirat dimindanya dan Hafeq menjadi mangsa."Rhea.. you ada I, kan? I tak mintak you hadap sorang-sorang. I always ada untuk you kan? You cakap je apa yang you nak i buat, i akan buat sebaik mungkn."
Lembut suara Hafeq cuba memujuk.
YOU ARE READING
Wife Ku Penggoda (complete 💞)
Teen Fiction*Bacaan 18 dan keatas shja! Kahwin dengan Mamat Ais Kutub Utara? Awal-awal Arheana geleng kepala. Tapi, bila dah kata jodoh, terpaksa juga Arheana terima. Dalam terpaksa, timbul jua rasa sayang pada Encik Suami. Tapi, Encik suami pula sebeku Ais at...