Bab 6

110K 1.6K 34
                                    

"Rhea.. cubalah ni. Mama masak istimewa tau hari ni untuk Rhea."
Ujar Datin seri Suffiya merangkap mama Syaher.
Arheana tersengih lebar . Memanglah pencuci mulut mamanya itu sedap-sedap. Biasalah, makanan orang-orang kaya, tapi tekaknya tak serasi dengan makanan tu semua. Dinner tadi pun dia dah terpaksa telan dua pinggan nasi demi menjaga hati mertuanya itu.

"Tak apalah Ma. Rhea dah full dah ni"
Balas Arheana jujur. Kalau dia makan lagi, agaknya boleh terburai isi perutnya kat situ juga.

"Akak jaga badan la ma."
Gurau syamimi, Satu satunya adik Syaher. Arheana tersengih lagi. Ayu tak? Mestilah. Depan mertua kuk.

"Hah? Nak jaga badan apanya? Dah slim, cun melecun dah tu"
Mama memandangnya pelik. Ish ish. Mama ni. Banyak pulak soalannya.

"Tak la Ma. Rhea memang macam ni. Jarang makan berat malam- malam macam ni. Tadi pun dah kira banyak sangat dah dia makan. Mananya dia nak makan lagi ma"
Tiba-tiba Syaher membela. Arheana mengagguk sambil tersengih lebar. Huhu. Nasiblah ada penyelamat auta ni ha!

"Hmm. Ya lah tu. Tak payah nak diet sangat lah Rhea oii. Dah cantik dah tu"
Bantah Datin seri Suffiya lagi. Tak berkenan dengan cara Arheana menjaga badannya. Sampai tak boleh makan banyak-banyak.

"Bukan jaga badan la Ma. Rhea dah terbiasa macam tu"
Dalam hati Arheana membebel sendiri. Dosa lagi hari ni sebab menipu mamanya.

"Iya lah tu Arheana. Yang penting kamu berdua bahagia. Hmmm.. malam ni tidur sini lah ye?"
Pelawa Datin seri Suffiya. Arheana ternganga.

"Hah? Eh..tak boleh la Ma. Syah kerja esok"
Belum apa-apa Syaher dah membantah. Laju je dia.

"Syah pergi dengan papa la ."
Sampuk Datuk seri Ruzlan pula setelah dari tadi menjadi pendengar.

"Err.. tapi Ma, Rhea pun kerja esok"
Alasan Arheana pula. Hish! Mana boleh tidur rumah tu. Dia tak bawak apa- apa pun!

"Alaa kak. Tidur sini lah. Please.. Dah lama Mimi tak borak dengan Akak"
Giliran Syamimi pula memujuk. Arheana memandang Syaher. Meminta bantuan..

"Esok ada meeting dengan client dari china la pa. Semua barang nak bawak Syah tinggal dekat rumah".
Kali ini Syaher tak menipu. Memang benar dia ada mesyuarat awal pagi esok.

"Tak payah risau. Papa dah tunda temujanji tu."
Simple! Tapi cukup membuatkan Syaher mengeluh kecil. Mengalah barangkali.

"Tapi Ma, Rhea tak bawak baju lebih la. Takkan Rhea nak tidur dengan pakaian ni?"
Yes! Idea datang lagi. Arheana tahu Syaher tak setuju, sebab itu dia perlukan alasan alasan logik sebegitu.

"Eh. Mimi ada belikan baju as hadiah untuk akak. Dari korea tau? Wedding day akan dengan abang hari tu kan Mimi tak sempat kasi hadiah"
Arheana ternganga. Alah! Kalau macam ni, dia pun putus asa lah! Semua alasan ada saja jawapannya.
Mengalah! Ye. Nampaknya terpaksalah mereka bermalam divilla itu malam ni!

"Jom kak. Mimi tunjukkan hadiah tu. Mimi yakin you both will like it damn much!"
Syamimi ketawa lucu. Entah apa yang lucu pun dia tak tahu sebenarnya. Nak atau tak, terpaksa juga dia ikut langkah Syamimi yang sudah pun menjejak anak tangga.

"Rhea naik dulu ye Abang, ma,pa"
Syaher mengangguk ringan. Sementara mama dan papanya tersenyum nakal.

*************

Untuk kesekian kali, Arheana memerhati pantulan penampilannya dihadapan cermin.

Baju tidur yang tersarung di tubuhnya terasa terlalu terdedah. Malu pula nak berhadapan dengan Syaher. Tapi bila difikirkan balik, inilah masanya untuk dia goda suami atlantiknya itu.

'Rhea.. kau kena cuba! Kau kena realisasikan impian arwah abah kau! Cuba Rhea! Cuba!'
Bisik saru suara seolah memberi semangat padanya.

Sekali lagi pantulannya diperhati. Baju tidur itu hanya dilengkapi tali halus dibahu. Tak cukup dengan tali nipis, baju tidur itu sekadar separas lututnya. bahagian lehernya terdedah luas tanpa dilapisi kain.Apatah lagi baju itu dibuat dari kain satin berwarna merah.Mimi.. kenapalah kau beli baju seksa sebegini??

Dalam kekalutan memikirkan rasional dia memakai baju terlebih seksa itu, pintu biliknya dibuka.

"Rhe---a?"
Arheana ternganga, Syaher terkaku.
lama anak mata hazel Syaher merenung wajahnya. Tak! Bukan wajahnya! Tapi dadanya yang terdedah luas.

Syaher menghampiri Arheana yang kaku dihadapan cermin. Arheana tegak. Hanya mampu melihat langkah Syaher dari pantulan pada cermin.
Jantungnya? Usah dikata. Dah nak meletup pun ya!

Syaher membuka butang bajunya sebelum ditanggalkan dan digenggam mendekati Arheana.
Arheana memejam rapat matanya. Ibu!! Rhea nak balik kampung! Kalau dia boleh ghaib, dah lama dia ghaib dari situ.

Syaher melilitkan sebelah tangannya ke pinggan Eressa. Sebelah lagi menekap bahagian dada Arheana yang terdedah.
Sentuhan Syaher, seolah membawa jauh jasad Arheana. Matanya masih rapat terpejam bersama detap jantung yang menggila.

Pelukannya dieratkan hingga belakang tubuh Arheana menyentuh tubuhnya. Rapat! Sehinggakan detap jantung Syaher yang nyata tidak stabil jelas pada pendengaran Arheana. Desah nafas Syaher yang juga tidak teratur menampar kasar leher Arheana.

Makin kaku tubuh Arheana bila terasa usapan halus pada dadanya.

"Rhea.. I....cant..sleep...with all of this. Please.. wear this"
Ujar Syaher perlahan. Nadanya seolah merayu pada Arheana. Bicara Syaher membuatkan Arheana membuka matanya.
Kemeja biru Syaher melekap di tubuhnya.

Semerta Arheana memandang wajah lelaki itu setelah Pelukannya dilepaskan. Langsung Syaher tidak memandangnya. Malah Syaher selamba berbaring diatas sofa panjang dihujung katil. Eressa mengeluh kecil. Dia ingatkan Syaher tergoda! Bersusah payah dia tahan jantungnya tadi! Huh!!!

#hi guys.. tak boleh sleep bila idea menggila. Otak full. Selagi tak luahkan, selagi tu tak boleh tidur. Kesian sis. Hahaahah
.okee dah. Babaii love..muah..

Wife Ku Penggoda (complete 💞)Where stories live. Discover now