"Dush!"
Tumbukan tepat pada pipi kiri Syaher membuatkan lelaki itu tersungkur terus kedinding."Shittt!!"
Tengkingan Syaher bergema dek kerana terkejut."Encik.. maafkan saya Encik. Saya dah halang tapi Encik ni masuk jugak!"
Cemas setiausaha Syaher menjelaskan. Mulutnya masih ditekup dengan tangan dek kerana terkejut dengan tindakan tiba-tiba lelaki yang baru saja merempuh masuk pejabat bosnya itu."Its okey. You boleh keluar"
Syaher bangkit. Hujung bibirnya yang terasa I kebas disentuh perlahan. Wajah Hafeq direnung tajam."Kauu? Kau nak apa datang sini? "
Hujung kolar bajunya dibetulkan dengan pandangan yang masih tertumpu pada Hafeq."Bodoh!"
Kolar baju Syaher dicekak kuat. Tindakan Syaher seolah mencabar amarahnya.
"Jawab satu je soalan aku.Kenapa kau ceraikan Arheana?"
melantung lagi suara Hafeq. Kalau diikut hatinya, memang Syaher akan dapat satu lagi tumbukan padu."Kenapa aku perlu jawab? Kau siapa nak tahu ? "
Cengkaman hafeq direntap kasar."Jawab soalan aku! Kenapa kau ceraikan Arheana??!"
Tempikan Hafeq memenuhi lagi ruang office itu. Mencerlung matanya merenung Syaher."Sebab She's nothing to me! Buat apa aku simpan perempuan macam tu?"
Sekelip mata tubuhnya menyembah lantai lagi. Perutnya terasa senak dek penangan Hafeq.
Tubuh Syaher dihampiri. Sekali lagi tumbukannya dilepaskan namun kali ini berjaya dielak oleh Syaher.
Seketika, tumbukan demi tumbukan bertingkah.
Tubuh Syaher akhirnya dikunci pada lantai. Hafiq mengenggam tangannya kemas dan diangkat tinggi. Bersedia untuk melepaskan satu lagi tumbukan."Arhhhh!!"
Tumbukannya disasarkan kearah lain. Kolar baju Syaher dilepas kasar. Hafeq bangkit. Jika terus diikut marah hatinya, memang parah lelaki itu."Shitt!! Bodoh!"
Wajahnya diraup kasar. Fikiranya berserabut lagi. Arhh! Fikirannya masih pada Arheana. Bagaimana masalah ini mahu diselesaikan jika fikirannya sibuk memikirkan dimana Arheana."Apa masalah kau sebenarnya? Dulu kau yang sibuk goda perempuan tu. Bila aku dah lepaskan, kau datang sini serang aku. Kau nak apa sebenarnya?"
Bibirnya dikesat kasar. Ada darah merah yang melekat pada jarinya.
"Kau lelaki paling bodoh Syah. Kau tinggalkan permata yang hanya ada satu dalam seribu. kau lepaskan satu benda yang tak mungkin kau akan dapat cari penggantinya."
Hafeq mengeluh berat. Andainya Syaher tahu kebenaran itu, apakah reaksi lelaki itu?"Permata? Huh.. kau pun salah sorang lelaki yang akan tertipu dengan permata yang kau agungkan sangat tu"
Syaher ketawa sinis. Dia serik. Dia serik mempercayai gadis itu. Dulu pun dia sanjung gadis itu. Dia letakkan Arheana diaras paling tinggi dihatnya. Namun sekelip mata, Arheana hancurkan segalanya."Watch your words Syah. Kau dengan ego kau yang hancurkan segalanya sebenarnya. Kau tak boleh salahkan Arheana."
Bicaranya perlahan tapi cukup keras apabila dihantar melalui renungan dalam."Huh... whatever. Aku tak rasa nak dengar cerita kau tu. Better kau balik. Jangan buang masa aku dengan benda bodoh macam ni. Aku dah lepaskan dia. Kau boleh ambik dia kakau kau nak."
Tali leher yang sudah renyuk ditarik bebas dari lehernya. Rimas.. bukan kerana berlawan kekuatan tadi, tapi kerana Arheana. Nafasnya terasa sesak walaupun bibirnya lancar berkata."Tu sebab aku cakap kau bodoh Syah. Kau ceraikan Arheana tanpa kau siasat apa punca masalah ni. Kau hukum dia atas satu sebab yang dia sendiri tak nak. Kau lukakan hati perempuan sebaik Arheana hanya kerana tuduhan-tuduhan orang"
Hafeq meraup wajah untuk kesekian kali. Cuba mengumpul kekuatan dan kesabaran. Dia tidak mahu selesaikan masalah itu dengan cara yang tak sepatutnya.
YOU ARE READING
Wife Ku Penggoda (complete 💞)
Teen Fiction*Bacaan 18 dan keatas shja! Kahwin dengan Mamat Ais Kutub Utara? Awal-awal Arheana geleng kepala. Tapi, bila dah kata jodoh, terpaksa juga Arheana terima. Dalam terpaksa, timbul jua rasa sayang pada Encik Suami. Tapi, Encik suami pula sebeku Ais at...