Gigi pantai menjadi pilihan Arheana. Dingin mentari pagi terasa tenang menyentuh kulitnya.
Hembusan nafas berat terlepas dari bibir kecil itu.Kejadian semalam terimbau lagi pada mindanya. Layanan dan kemesraan Syaher menerjah lagi ingatannya.
Kesian kali, hembusan nafas berat terhela dibibir Arheana. Cuba menghalau rasa bingung yang dari tadi menghuni fikirannya. Bingung dengan perasaannya. Bingung dengan rasa hati sendiri. Adakah apa yang berlaku semalam berlandaskan cinta suci antara mereka atau hanya kerana wasiat serta keinginan Arwah abah? Atau mungkinkah hanya kerana godaan nafsu?
Ahhh! Kenapa dia perlu fikirkan semua tu? Itukan kehendak dia sendiri? Kenapa perlu diserabutkan otaknya? Kakinya terus melangkah.
Namun langkahnya makin perlahan bila pandangannya terasa kabur. kepalanya terasa berat tiba-tiba. Perlahan kakinya melangkah kearah batang pokok yang tumbang berhampirannya. Cuna menyeimbangkan tubuhnya yang terasa terhuyun-hayang.
Ah! Apa kena pulak? Tiba-tiba begitu? Wajahnya diraup berkali kali. Dingin angin yang dari tadi meniup tubuhnya sedikitpun tidak membantu. Malah tubuhnya terasa basah dek peluh.
"Sayang.. laa.. dekat sini rupanya. Dari tadi Abang cari"
Suara Syaher yang hampir pada telinganya terasa sayup sahaja."Buat apa dekat sini? Tak ajak abang pun kan?"
Syaher melabuhkan duduknya disisi Arheana. Arheana tersenyum kecil saat kucupan Syaher singgah dipipinya. Sedaya dikawal wajahnya."Eh, you look pale. Kenapa sayang? What happen?"
Mata Syaher meluas. Wajah Arheana dipalingkan kearahnya."Tak ada apa-apa lah. Rhea okey"
Tangan Syaher yang memegang dagunya ditolak . Senyuman kecil terukir dibibirnya. Ahhh!! Kenapa ni? Kenapa ni?"Tak. Rhea tak okey. Muka pucat sangat. Bagitahu abang kenapa?"
Sekali lagi wajah Arheana ditarik menghadapnya. Risau!"Rhea oke. Pening sikit. Tengok laut sana tu kuk"
Alasan semborono diberikan. Ah! Lantak lah. Aku pun tak tahu kenapa?"Ya Allah! Dah tau mabuk laut kenapa jalan-jalan dekat sini? "
Rengusan berat dilepaskan. Kan tak pasal dah jadi macam tu!"Bukan mabuk laut la. Hari ni je. Sebab penat kuk. Tu la jadi macam ni"
Alasan Arheana disambut senyum nipis Syaher. Tubuh Arheana ditarik rapat kedadanya."Penat ea? Sorry.. dah jom rehat. Petang nanti kita jalan-jalan ea?"
Arheana sekadar mengangguk lemah. Apa-apa lah. Memang dia rasa penat sangat. Kepalanya tak henti-henti berpusing."Come! "
Tangan Arhana dicapai. Membantu gadis itu menyeimbangkan tubuhnya sebelum melangkah ke chalet mereka.************
Cahaya matahari yang menerjah lurus melalui celahan langsir mengganggu lena Arheana. Lengannya diregangkan membetulkan sarafnya yang terasa tegang.
Hidungnya menangkap bau masakan yang menusuk hidungnya. Tiba-tiba berkeriut perutnya. Lapar! Digagahkan tubuhnya untuk bangkit.
"Eh, nak pergi mana tu?"
Tegur Syaher yang tiba-tiba muncul dibalik pintu."Lapar"
Arheana tersengih lebar. Perutnya digosok perlahan. Syaher ketawa kecil. Alahai! Macam tu pun tetap comel."Dah dah. Tak payah bangun. Duduk je dekat situ. Abang dah bawak ni"
Syaher menunjukkan dulang ditangannya. Gadis itu dihampiri."Come! Abang suapkan"
Arheana mencebik. Dia dah sihat kuk!"Tak nak lah. Nak makan sendiri. Rhea dah sihat la"
Duduknya dilabuhhkan disisi Syaher. Tangannya dihulur meinta mangkuk ditangan Syaher."Nope! Abang suap ea?"
Arheana mengeluh kecil. Orang lapar ni, nak main main ea? Debik karang!
![](https://img.wattpad.com/cover/63292711-288-k729266.jpg)
YOU ARE READING
Wife Ku Penggoda (complete 💞)
Teen Fiction*Bacaan 18 dan keatas shja! Kahwin dengan Mamat Ais Kutub Utara? Awal-awal Arheana geleng kepala. Tapi, bila dah kata jodoh, terpaksa juga Arheana terima. Dalam terpaksa, timbul jua rasa sayang pada Encik Suami. Tapi, Encik suami pula sebeku Ais at...