Pintu bilik tidak berkunci itu dibuka perlahan. Seperti semalam, tubuh itu masih terlentang diatas katil dengan gebar membalutinya.
Perlahan dihampiri. Tidak mahu mengganggu lena lelaki itu.
Wajah pucat itu masih seperti semalam. Jelas lemah dan tidak berdaya.Arheana mengeluh halus. Rindu? Bukan manusia namanya jika dia langsung tidak merindui lelaki itu. Sayang apatah lagi. Hampir dua tahun melayari alam rumah tangga bersama. Tipulah jika dia langsung tidak punya rasa pada lelaki itu. Tipu juga kalau dikatakan dia mampu lupakan Syaher dalam beberapa minggu ini.
Ya.. memang hatinya hancur saat lafaz cerai mudah saja terbit dibibir Syaher. Tapi itu juga separuh dari kehendaknya. Dia sendiri mahu Syaher membencinya. Benar juga, hatinya punah ranah saat mendengar pengakuan Suffiya . Sungguh saat itu dia bencikan Syaher. Namun hari ini, dia kalah lagi. Kalah apabila wajah itu berada dihadapan matanya dengan keadaan sebegitu.
Sukar untuk dia membenci lelaki itu sebetulnya. Namun berhak kah dia merampas hak Suffiya? Ya. Suffiya lebih berhak kini. Dia cuma bekas isteri. Sedangkan Suffiya punya zuriat milik lelaki itu.
Abang.. Rhea sayang Abang. Tak pernah berubah pun. Tapi... jodoh kita tak panjang. Rhea pun cuma menanti hari. Maafkan Rhea. Menjauhi Abang satu cara terbaik bagi Rhea."Rhea? Menungkan apa tu?"
Suara serak basah yang tiba-tiba kedengran itu mematikan lamunannya. Cepat-cepat diseka tubir matanya yang mula bergenang."Tak...errr... ni.. umi.. buatkan... bubur.. ni"
Kalut Arheana meletakkan dulang berisi bubur bersama ubat diatas meja disisi katil. Hish.. boleh pulak dia termenung disitu.Syaher tersenyum nipis. Wajah Arheana yang sibuk menekur lantai direnung dalam. Sebak. Andainya dia tidak bodoh. Andainya dia tidak terlalu ego. Andainya dia tidak termakan dengan kata-kata Suffiya. Pasti sekarang mereka bahagia. Pasti juga saat - saat begitu berhias tawa dan manja Arheana.
Nafasnya dilepaskan berat. Andainya dia punya kuasa untuk kembalikan masa-masa dahulu, sumpah. Masa bahagia bersama Arheana akan diputar berulang kali.
"Makanlah. Nanti sejuk. Tu. Umi dah letakkan ubat sekali. Saya keluar dulu"
Tanpa memandang Syaher, Arheana mula berlalu."Rhea tak nak suapkan abang pun tak pe. Tapi tolong Abang bangun boleh? "
Pinta Syaher menghentikan langkah Arheana. Arheana menarik nafas panjang. Itulah yang dia cuba elakkan. Membantu lelaki itu seolah mendekatkan mereka. Namun, takkan nak dibiarkan saja lelaki itu?Dalam terpaksa, dia menurut juga. bantal ditinggikan sedikit agar lelaki itu selesa sebelum tubuh lelaki itu dibangunkan separuh.
Syaher tersenyum nipis. Cuba ditahan gelodak hatinya.
"Makanlah. Keluar dulu"
Cepat-cepat Arheana membuka langkah. Cuba jadi dia sekarang, siapa yang akan selesa dengan keadaan begitu? Dadanya seolah mahu melompat keluar.Namun tak sampai dua langkah, lengannya direntap kuat. Rentapan yang langsung tidak dijangka itu membuatkan tubuh Arheana terdorong kehadapan.
Arheana terkaku. Matanya membundar tanda terkejut. Namun tubuhnya seolah digam disitu.
Lengan Syaher melingkari pinggangnya. Erat. Kemas. Dan masih seperti dulu. Kebahagian dulu seolah terflashback diminda Arheana.
"Syah... le..lepaslah.. apa ni?"
Bagai tersedar dari mimpi, terkial-kial Arheana cuba meloloskan dirinya. Lengan Syaher cuba ditolak dari pinggangnya, namun semakin kemas pelukan Syaher."Syahh... lepaslah.. awak sedar tak ni?"
Suara Arheana naik senot. Namun tiada langsung perubahan pada pelukan Syaher."Please.... just a while"
Serak suara Syaher mematikan rontaan Arheana.
YOU ARE READING
Wife Ku Penggoda (complete 💞)
Roman pour Adolescents*Bacaan 18 dan keatas shja! Kahwin dengan Mamat Ais Kutub Utara? Awal-awal Arheana geleng kepala. Tapi, bila dah kata jodoh, terpaksa juga Arheana terima. Dalam terpaksa, timbul jua rasa sayang pada Encik Suami. Tapi, Encik suami pula sebeku Ais at...