Bab 1

137K 1.6K 22
                                    

Iphone Rose Gold nya dicampak ke katil. Geram! Tapi setakat ke katil sajalah. Mana sanggup dia nak campak hantaran perkahwinannya itu ke lantai. Mahal tu. Kalau kira gajinya, mahu 4, 5 bulan baru dapat.

Arheanna mengetuk ngetuk kepalanya. Cik Gugel dengan Pak Cik Crome juga tak mampu membantu. Arhh!! Stress! Stress!
Susah juga sebenarnya jadi isteri nih.

Arheanna melabuhkan duduknya diatas katil. Kepalanya digaru buntu. Kemudian dia berbaring dengan kaki terjuntai. Langit syiling dipandang seolah ada idea disitu. Kemudian, Arheana mengeluh lagi.

Terimbas kisah rumah tangganya yang sudah hampir 4 bulan berlalu. Bagaimana si Syaher beku itu melayannya.
Arheana mencebik. Sombong sangat. Mentang - mentang dia kaya! Bergurau? Ketawa? Uhh.. jangan harap. Senyum pun tak pernah.

Tapi yang untungnya, walaupun mamat beku tu beku sebeku- bekunya, kebajikannya tak pernah diabaikan. Makan, minum, nafkah, semuanya cukup. Tak sikit pun kurang.

Dan kerana itu, semakin hari, hatinya makin dekat pada lelaki itu. Cewahh!

Tapi... lelaki itu? Susah nak cerita. Dah muka pun beku, hati, perasaan, hempedu, usus, semuanya beku.

Mama dan ibu pulak, sibuk duk mintaq cucu. Ingat dia anak patung ka? Apatah nak kasi cucu, tidur sekatil pun tak! Memang lah, rumah tangganya bajet drama Tv.

Deruan enjin kereta mematikan lamunan Arheana. Tahu itu kereta Syaher, cepat - cepat dia melangkah ke tingkat bawah.

Pintu besar gedabak itu dibuka luas. Terjengul wajah Ibunya dan kak syira dimuka pintu bersama Syaher. Eh?

"Eh, ibu. Kak syi. Bila datang? Kenapa datang tak bagitahu? Tak kol Adik

pun?"
Hajah Amina tersenyum lebar. Rindu pada anak bongsunya itu terlerai. Tiba - tiba anak bongsunya itu dipeluk.
Terkial- kial Arheana mencari nafas.

"Buu.. dah la. Adik lemas lah!"
Hajah Amina melepaskan pelukannya. Bibirnya mencebik geram. Baru je nak acah lepas rindu. Tak sporting langsung anaknya itu.
Kak Syira ketawa mengekek melihat wajah adik bongsunya itu.

"Ibu sengaja buat suprise. Tahu sangat anak ibu ni rindu ibu"
Arheanna ketawa halus. Memang dia rindukan ibunya. Rindukan kampungnya. Namun, Syaher busy memanjang. Cuti pun susah!

"Betul la Ibu ni paham jiwa. Kak Syi pulak? Dah kenapa tiba-tiba terpacak kat sini? Bukan Kak Syi kerja ke? Selalu, bukan maing payah nak cuti?"
Syira menjeling adik kesayangannya itu. Sejak dah jadi bini orang ni, susah benar nak dengar suara adiknya itu. Biasa, dialah tempat mereka berperang bergegar rumah.

"Aku dah berhenti kerja. Bos tu gila kau tau? Nak hantar orang minang aku. Terus aku cabuk."
Arheana ketawa kuat. Hah! Kakaknya yang sorang ni, pantang sungguh dengan ayat 'meminang'. Sebab tu lah dia membujang hingga kini.

"Rhea, dah - dah la tu. Ajak ibu dengan akak masuk dulu. Kesian diorang"
suara Syaher tiba- tiba mencelah menyedarkan Arheana bahawa mereka masih diluar.

"Opss.. sorry. Jom bu, masuk. Kak syi. Kalau kau tak malu, jemputlah"
Syaher menjengilkan matanya. Sedap betul dia bercakap!
Syira mencebik.Apa dia kisah? Nak malu hapenya? Macam lah dia ada sifat malu tu!

" Duduk lah. Adik buat air dulu. Abang, duduklah dulu."
Syira menahan tawa. Boleh pulak si Rhea ni jadi sopan ayu bila bercakap dengan Syaher.

"Tak pelah. Abang nak naik mandi. Ibu dengan akak duduklah dulu"
Hajah Amina tersenyum dengan anggukan kecil. Punggungnya dilabuhkan ke sofa coklat di ruang tamu itu. Wah! Besar sungguh rumah menantunya itu!
Mewah pula dengan perabot- perabot mahal. Setiap penjuru akan dihias dengan perabot comel. Alhamdulillah. Senang hidup anaknya.
Arheana melangkah ke dapur menyediakan apa yang patut. Dalam diam dia tersenyum. Bestnya kak syi ada! Tak perlu dia kedapur lagi. Chef syira kan ada. Hohoho.

#Bab 2 done. Babai.. tengah usahakan bab2 seterusnya..

Wife Ku Penggoda (complete 💞)Where stories live. Discover now