Bab 3

110K 1.7K 22
                                    

"Abang nak hot choc?"
Arheana menyapa syaher yang ralit menonton tv. Dihadapannya, berselerak kertas kerja bersama laptop.

    "Boleh jugak"
Tanpa memandang Arheana, Syaher menjawab. Arheana menonong ke dapur.

  Beberapa minit kemudian dia keluar bersama dua gelas hot chocolate yang masih berasap nipis. Satunya dihulurkan kearah Syaher sebelum dia melabuhkan duduk disisi lelaki itu.

   "Penat ke?"
Arheana memandang lelaki itu yang sibuk memandang telivisyen. Syaher menyepi. Tidak menjawab, tidak juga memberi reaksi.

   "Abang nak Rhea urutkan ke?"
Tawar Arheana. Syaher dihampiri.

   "Tak payah lah. Tak penat pun"
Mendatar suara Syaher. Entah kenapa sehari dua ini, gadis itu mula banyak bercakap.

   "Emm.. tak pelah. Meh Rhea urutkan"
  Tanpa dipinta, Arheana mendaratkan tangannya kebahu Syaher. Hujung bibirnya digigit. Gila! Sapa cakap tak segan hah? Cuba lah jadi macam Arheana. Dah hijau pun mukanya saat itu. Namun, Arheana mengawal wajahnya. Tidak mahu terlihat ketara.
  
    "Rhea, I said tak payah kan?"
Tangan Arheana yang mengurut bahunya ditolak jauh. Arheana mengerutkan keningnya. Amboi! Sombong betul. Tahulah hensom,
Tak payah lah sombong bagai.
Bebel Eressa sendiri. Menyampah betul lah!

  "Rhea nak tolong Abang je"
Duduknya kembali dibetulkan. Tak nak sudah! Offer ni tak buat berkali kali tau? Rugi kalau tak nak. Arheana mencebikkan bibirnya. Cuba disabarkan hatinya demi amanat Abah.
 
    "Esok Mama suruh balik Villa Suffi."
Arheana mengerutkan dahinya. Baru minggu lepas kuk balik sana, tak kan nak balik lagi? Syaher memang tak adil. Kalau balik villa Suffi, fuh! Laju je. Kalau ajak balik kampung dia? Haram lelaki itu nak setuju.

  "Lagi? Kan baru je kita balik sana?"
Bicara Arheana langsung tidak dipedulikan. Malah matanya masih sibuk menatap skrin laptop. Arheana mencebik. Lagi satu perangai Syaher yang amatlah dia tak berkenan. Lelaki itu akan diam tanpa membalas bicaranya bila dia tidak bersetuju dengan sesuatu perkara.

    "Hmmm.. lepas tu, kita balik kampung nak? Rindu la dekat ibu"
Usul Arheana bersungguh. Bukan saja dia rindukan ibu,malah dia betul- betul rindukan kampungnya itu. Rindukan suasana kampungnya. Hidup ditengah - tengah bandar begini tak seseronok tinggal di kampung yang bebas kesana kemari.

   "Kerja banyak lah"
Terbuntang mata Arheana. Amboi! Mudah nya alasan! Ni yang aku pantang ni! Wajah tanpa perasaan Syaher dipandang geram.

"Tak acila macam ni! Rumah mama, tiap minggu balik. Bila ajak balik kampung, bukan main lagi abang mengelak!"
Eressa memeluk tubuhnya tanda tidak puas hati. Arh! Makin tercabar pula bila melihat wajah selamba lelaki itu. Ish! Kalau mamat tu tak handsome ,dah lama dia pelakung dengan remote control. Nasib baik handsome, sejuk jugak lah hati ni.

"Kalau nak balik kampung sangat, balik je lah. Kereta ada tu kan?"
Mak aihh! Ayat dia. Hah! Ni dah sengaja cabar kesabaran Arheana ni, memang nak kena pelangkung betul ni! Tapi.. tak baiklah buat suami macam tu.

"Eleh. Kalau villa Suffi tu, beria ajak orang. Kalau macam tu, tak nak balik villa Suffi"
Arheana bingkas bangun. Makin lama disitu, makin tinggi risiko dia nak dapat tekanan darah tinggi. Tanpa sengaja, tangannya tertampar mug chocolate diatas meja.
 
"Arheana!!!"
Jeritan bingit Syaher mematikan langkah Arheana. Semerta Arheana berpaling. Terkedu! Makkkkkk!!!!!

"Iddiot!! Kau tahu tak berapa lama aku ambil masa nak siapkan kertas kerja ni? And now kau rosakkan everything! You are too much Arheana!"
Mata Arheana tertala pada helaian kertas putih yang dah bertukar warna coklat itu.
Oh tuhan! Apa dia dah buat??!!

"R-rhea..."
"Kalau kau tak nak balik villa Suffi, okey fine. Tak payah balik sana! Tapi tak perlu kau rosakkan kerja aku! "
Sekali lagi jeritan Syaher bergema. Hah! Tu dia. Susah sangat kan nak dengar suara dia?
Sekali keluar. Mak aih. Bergegor rumah.

"Rhea.."
"Shut up!"
Sekali lagi bicara Arheana dipotong. Bibir nya dikemam. Wajah Syaher jelas tegang. Mak!!!
Help me! Rhea tak sengaja!!
Syaher mencapai laptopnya dan berlalu ke tingkat atas rumahnya.
Alamak!! Apa nak buat ni? Masalah masalah!

Tangannya mencapai kertas yang makin layu dek disiram hot choc itu. Kepalanya berpusing mencari idea. Alahai. Niat nak manja manja, lain pula yang terjadi.
Tiba- tiba lampu kuning menyala diatas kepala Arheana. Dia punya idea bernas untuk menyelesaikan masalah itu.

"Yess!! Yess!!"
Arheana melompat riang sebelum berlalu ke bilik nya. Laptop pinknya dicapai sebelum kembali ke ruang tamu.
Jam dikerli. Agaknya, sempat tak dia siapkan semua tu? Sekarang dah jam 12 pun. Hish!! Kau kena cuba Rhea.. cuba!!
Arheana melabuhkan duduknya bersama laptop diatas meja. Misinya dimulakan.

Aigoo!!!💜  hi love. This part tak ada apa yang menarik. Yes, sha kena ambik mood dulu. Dah 2 bulan dah tak typing ni. Idea mencurah curah kat kepala tapi tak boleh nak buat dalam bentuk penulisan. HAHAHA.. sorry yaa guys.. otak sha tengah membeku sekarang..hohoho.😭
   Keep waiting ya syg2. Malam nanti sha update

Wife Ku Penggoda (complete 💞)Where stories live. Discover now