Bab 30

59.6K 877 22
                                    

Syaher melangkah perlahan. Kelibat Arheana yang sibuk melayan arnab putih diribanya menarik perhatian Syaher. Rindunya dia pada wajah itu. Huarh! Tak tertanggung rasanya!

Tubuh Arheana yang membelakanginya didekati. Serentak mata Arheana ditutup kemas.

Arheana terkedu. Fuh! Hampir luruh jantungnya. Ooo. Nak main tutup - tutup mata ye? Macamlah dia tak cam bau wangian itu.

"Siapa ni?? Kau nak apa? Lepas lah"
Jerit Arheana pura-pura terkejut.
"Cuba teka?"
Syaher mengasarkan suaranya. Hampir saja tawa Arheana terhambur. Aduii.. lawak apa ni?

"Hah! Awak perompak kan?? Lepaslah! Tolong! Tolong! Mama!! Tolong!!"
Jerit Arheana acah acah cemas. Sedangkan hati dia dah berhambur ketawa.

"Eh, eh, wait sayang.. sayang.. .ni Abang la! Bukan perompak!"
Syaher pula bertukar cemas. Gila suara dia! Agak-agak satu rumah dengar. Cepat-cepat tangannya yang ditekapkan pada mata Arheana dilepaskan.

"Eh.. betullah! Perompak. Abang dah rompak hati Rhea!"
Syaher terpaku. Aik aik.. kenakan dia ye? Hmmm..comel je pickup line dia. Mana dia celup entah lah.

"Eee.. nakal! "
Hidung Arheana ditarik hingga gadis itu merengek sakit. Alaaa.. comel je hidung dia bila merah!

"Rindunya dekat mangsa rompakan Abang ni!"
Syaher ketawa kecil. Itulah lebihnya Arheana. Bila dia dengan Arheana, pasti personalitinya berubah terus.

"Rhea pun.. rindu gila dekat perompak kejam ni!"
Sekelip mata tubuh Syaher dirangkul. Pipi syaher dikucup mesra. Syaher menjengilkan matanya.

"Eee.. tak malu kiss orang!"
Usik Syaher nakal. Lama juga rasanya tidak bermanja dengan gadis itu.

"Kenapa? Perlu malu ke?"
Arheana memandang Syaher lama. Wajahnya mula berubah riak.

"Hah? Er r. Tak.. buat apa nak malu? Kan?"
Syaher menggaru kepala. Alamak! Sensitif lah pulak!

"Hmmm"
Arheana mengalih pandang.
"Sayang...."
Seru Syaher. Wajah Arheana dipalingkan kearahnya. Sekelip mata bibir Arheana dikunci.

"Abang!"
Dada Syaher dipukul lembut. Terkejut bak hang!

"Siapa suruh merajuk?"
Arheana mencebik. Wajahnya menekur lantai rumput pula. Menyembunyikan senyum.

"Orang bukan merajuk sebab tu la. Orang sedih sebab tu,cik putih dah lari dah. Abang tahu tak susah gila nak tangkap dia! Berpeluh-peluh tau! Abang datang je, dah terlepas. "
Tiba-tiba gelak syaher meletus. Ya Allah! Apa punya bini la!

"Tak payah mengada tangkap cik putih tu. Come, tangkap Abang lagi bagus!"
Cadang Syaher. Arheana mencebikkan bibirnya.

"Tangkap Abang nak buat apa?"
Arheana bangkit bersama cebikan dibibirnya.

"Untuk buat Baby."
Selamba jawapan Syaher bersama tawa kecil. Lengan Arheana yang baru saja bangkit ditarik.

"Kotor"
Sisa rumput yang melekat pada punggung Arheana ditepuk perlahan. Hiarhhh!! Makin dia tak sabar nak masuk bilik. Nak bermanja manja. Sayangnya, Arheana sedang cuti. Terasa Arheana memakai pad ketika dia menyapu kotoran pada seluar gadis itu. Hmm.. tiada rezeki. Apa boleh buat?!

*******

"Rhea.."
Suara familiar! Arheana berpaling. Hish! Dia nih lagi. Tak ada orang lain gamaknya.

"Rhea.. tunggulah."
Hafeq berlari anak mengejar langkah Arheana yang makin luas.

"Rhea!!"
Tangan Arheana ditarik geram. Tercungap jugaklah kejar budak kecik tu sorang. Huh!

Arheana merenggus geram. Lengannya direntap dingin.
"Apa? Nak apa lagi?"
Acuh tak acuh saja pertanyaan Arheana. Adui! Cari nahas betul mamak ni! Nampak dek Syaher nanti?

"I.. I nak cakap something. You ada masa kan untuk I kejap? Kejap je Rhea!"
Ujar Hafeq separuh merayu. Dia tahu Arheana marahkan dia. Salah dia juga kerana terlalu memaksa.

"Huh! I busy sekarang doktor. Suami I tengah tunggu I. "
Arheana kembali menapak,namun sekali lagi langkahnya dihalang.

"Please Rhea. Sekejap je!"
Hafeq melekapkan kedua tangannya tanda merayu. Keluhan berat terbit dibibir Arheana. Hmm.. Hafeq yang bersungguh merayu atau suaminya yang dari tadi menunggu? Adui!

"Okey, you ada 5 minit. Cakap semuanya sebab I betul-betul busy sekarang ni!"
Arheana memeluk tubuh menanti bicara Doktor muda itu. Hafeq menarik nagas lega.

"Okey,macam ni, I.. I nak mintak maaf pasal semalam. I tahu,I tak sepatutnya paksa You. I betul-betul mintak maaf. Niat I cuma nak tolong You. I janji lepas ni, I tak kan paksa You lagi. But... I.. I harap sangat. About penukaran doktor untuk rawat you tu, you fikirkan balik. You tak boleh tukar doktor macam ni sebab sejak awal I yang rawat you. I yang bekalkan ubat-ubat you. I yang pantau tahap kesihatan you. I bukan apa. I cuma takut nanti ada masalah kemudian hari."
Panjang lebar! Dah bajet untuk lima minit mungkin.

Arheana menyembunyikan cebikannya. Dah agak dah.
"Hmm.. nantilah I fikirkan"
Balas Arheana mudah. Hua hua! Siapa suruh main paksa paksa aku?

"Rhea... okey, you boleh fikir balik. But I harap sangat you ubah balik keputusan you. And...you maafkan I?"
Hafeq tersenyum kecil. Aww.. rindu sebenarnya dekat pesakit yang sorang itu.

"Hmmm.. I.."
"Sayang? "
Arheana terkedu. Hah sudah! Wajah Syaher yang berkerut diperhati.

"Buat apa ni?"
Arheana tersenyum nipis. Nak jawab apa ni? Takkan nak kenalkan Hafeq sebagai doktor dia kut?

"Err.. Abang.. Rhea...Err.. kenalkan, ni Hafeq, kawan.. err kawan universiti Rhea. Eq, my husband, Syaher"
Tergagap gagap jadinya. Dui! Janganlah kantoi sekarang! I tak ready lagi!

"Ohh.. Abang ingat Rhea pergi mana..lama sangat Abang tunggu dekat dalam tu."
Syaher memandang lelaki dihadapan isterinya dengan ekor mata. Ada riak cemburu disitu?eh? Lelaki itu cemburukan siapa? Dia dengan Rhea ke?

"Ohh..sorry Abang. Kebetulan kitorang terjumpa dekat sini. Tu sebab sangkut sini kejap. Tanya khabar dulu"
Hafeq tersenyum nipis. Cuba mengiakan jawapan Arheana. Namun matanya masih tetap memandang keduanya. Mesra! Dan..dia cemburu!

"Hmm.. lain kali, call abang dulu. Buat Abang risau je, tau?"
Pinggan Arheana dirangkul sengaja. Hidung Arheana disepit dengan jarinya.

"Auuu.. sakit la! Suka sangat jadi ketam"
Syaher ketawa kecil. Hah! Sengaja nak suruh lelaki itu cemburu. Hewhew.

"Hmmm.. dah lah. Jom. Abang dah lapar ni. Err.. Hafeq.. hafeq kan? You tak kisahkan tak berteman. Sebab i nak ambik isteri i"
Syaher tersenyum sinis. Keningnya dijongket sebelah. Arheana mengerutkan kening. Lain macam je dua orang tu?

"Er.. maaflah curi masa wife you kejap. I pergi dulu.Take care of her"
Bahu Syaher ditepuk lembut sebelum berlalu. Tercabar juga dengan senyum sinis lelaki itu.

"Siapa tu?"
Wajah Arheana direnung lama. Cuba mencari jawapan disebalik
wajah gadis itu. Dia kenal Arheana. Dia tahu gadis itu tidak reti berbohong. Dia kenal riak wajah Arheana!

"Err.. kan dah cakap tadi. Kawan. Eh, dah la Abang. Jom. Rhea laparlah"
Arheana tersengih kecil. Serba salah! Sorry Abang, bukan Rhea sengaja tipu.

"Hmm.yelah"
Syaher tersenyum nipis. Arheana sembunyikan sesuatu! Ye, dia tahu.

Keluhan kecil terlepas dibibir Arheana. Risau dengan perubahan riak wajah Syaher. Apa agaknya lelaki itu sedang fikirkan?

#holla!! Nahh.. blanja satuuu..😜 rini tak laqat nak cakap bnyak2.
Cuma nak mintak voted ng komen je bnyak2. Huhuahaha.💜💜💜
See yaa..😘😘

Wife Ku Penggoda (complete 💞)Where stories live. Discover now