Bab 40

51.9K 777 100
                                    

"What?? You.. Ya Allah! Tak kan sampai macam tu sekali?"
Hafeq menggeggam bucu meja. Cuba mengawal amarahnya yang tiba-tiba datang. Syaher... kau melampau!

"You cakap, you nak tolong I kan? Please Eq, help me. I tak nak hilang dia. I tak nak dia kawin dengan Suffi. Please do something. Jangan biarkan perkahwinan diorang berlangsung Eq."
Lengan Hafeq dicapai. Pipi yang basah dibiarkan sahaja.

"Eq! Kenapa you diam? You tak nak tolong I?"
Matanya yang basah dek air mata merenung Hafeq dalam. Sungguh. Hanha Hafeq harapan yang dia ada.

"Tak... I. I..err.. okey macam ni, stop crying. Tarik nafas panjang-panjang . Cuba you bertenang dulu."
Arheana direnung lama. Syah.. betapa kau beruntung dapat dia. Betapa kau beruntung miliki hati gadis seperti Arheana. Andai aku diberi peluang untuk tukar hati, aku akan tukar hati Rhea agar terima aku. Bukan kau.

Arheana menyeka air matanya kesat. Rambutnya yang mengurai jatuh kedahi disebak kebelakang. Hatinya dipaksa untuk bertenang.
"Good. Okey, I akan bantu you. I akan buat apa saja yang you mintak, but now, paling penting you sendiri. Mental dan fizikal you. I boleh tolong you but just after you tenang. Kalau you sendiri lemah, menangis macam ni, apa pun yang I buat, takkan berjaya. Thats why, I nak you calm dowm dulu."
Arheana mengeluh halus. Dia tahu, kalau dia begitu apapun tak kan berjalan. Tapi dia sendiri tidak tahu bagaimana mahu menenangkan dirinya sendiri.

"I... I can't.. macam mana I nak tenang dengan keadaan sekarang Eq. I.. tak kisah kalau dia nak kahwin lain. But not dengan Suffi. I tak sanggup Eq"
Matanya berkaca lagi. Arhhh! Kenapa mesti dia sesensitif itu?!

"Hmmmm... I bawak you pergi Daim Marhah? Esok ada majlis dekat sana. Mana tau, dengan budak-budak tu you boleh tenangkan fikiran you?".
Arheana mendongak.Daim Marhah! Kenapa dia tak fikirkan dari awal?

"Boleh?''
Pertanyaan Hafeq dibalas dengan anggukan kecil. Tiba-tiba hatinya dipagut rindu pada anak-anak Daim Marhah. Semoga ketenangannya ada disana nanti.

***********

Ruang yang biasanya menempatkan ruang pembelajaran anak-anak Daim Marhah itu berubah wajah menjadi sebuah dewan sederhana yang sudah berhias indah.

Dewan kecil itu kelihatan meriah dengan lampu pelbagai warna dan langsir serta banner yang bergantungan disetiap sudut.

Arheana melangkah bersama Hafeq memasuki dewan kecil itu. Tiba-tiba hatinya gugup dengan suasana meriah begitu. Kelibat anak-anak Daim Marhah dicari setiap sudut namun tak seorang pun yang dijumpai.

"Hey.. kenapa? You macam tak selesa. Cari siapa?"
Hafeq memandang Arheana yang masih gelisah dengan pandangan aneh.

"Errr.. tak.. i..err.. lampu-lampu ni semua buat I takut."
Hafeq ketawa kecil. Tangannya melingkari bahu gadis itu.

"Nak takut apa? Its just lampu je kan? Dah.. relaks"
Bahu Arheana ditepuk lembut. Tiba-tiba dunianya terasa lengkap bila beriringan dengan gadis itu.

"Err... Eq.. I.. I pergi ladies kejap ea?"
Lengan Hafeq ditolak perlahan. Tidak manis pula jika dilihat orang.

"Hmmm? Okey"
Arheana tersenyum nipis sambil menjauhi lelaki itu. Kakinya melangkah ke kolam buatan dihujung ruang halaman itu.
Kesan cahaya menambahkan lagi keindahan kawasan kolam itu. Ikan guppy yang sibuk berkejar kelihatan berwarna warni.

Kawasan disitu lebih menenangkan. Sekurangnya, jauh dari kebisingan didalam dewan itu.

"So, kau bahagia?"
Arheana terkedu. Wajahnya semerta dipalingkan kebelakang.

"Abang...?"
Lelaki yang kemas berkot hitam dengan kemeja biru didalamnya tersenyum sinis. Kakinya menghampiri Arheana.

"Ternyata, keputusan aku memang betul. Kau bahagia dengan dia kan?"
Syaher menongkatkan kedua tangannya pada pagar penghadang disitu. Kolam berwarna warni itu direnung lama. Cuba mencari ketenangan dibalik meriah warna neon itu.

Wife Ku Penggoda (complete 💞)Where stories live. Discover now