Warning!! Warning!! ⚠ ⚠ ⚠
Bab ni mengandungi unsur panas. Pastikan anda berumur 18 dan keatas dan layak membaca bahan bahan begini!!.♂♀♂♀Arheana mengelap hujung rambutnya yang masih basah sebelum disanggulkan menggunakan tuala itu. Terasa segar bila tubuhnya dibasahi air tadi.
Baju mandi tebal disarungkan ketubuhnya. Belum sempat tali baju itu diikat, mata Arheana menangkap kelibat sesuatu dihujung bilik air. Terjengil mata Arheana. Mukanya terasa panas.
Ibu!! Tolong adik!Dari hujung bilik air, kelibat itu semakin menghampiri Arheana. Bulu roma mula mencanak. Tolong!!!!
"Abang!!!"
Jerit Eressa kuat. Bibirnya bergetar dengan kaki yang kaku. Tak boleh bergerak!"Abang! Tolong Rhea!"
Sekali lagi jeritan Arheana bergema.
Mana pulak perginya mamat nii?? Takkan beku dalam bilik dia pulak!"Abanggg!!!!"
Nah! Hamik kau. Bergegar rumah dengar jeritan Arheana."What the hell Rhea? Yang kau menjerit malam-malam buta ni kenapa?"
Ujar Syaher geram. Apa taknya, dia yang tengah sedap bermimpi tadi tiba- tiba dikejutkan dengan suara jeritan Arheana. Gila ke apa? Jerit malam.- malam buta macam ni!"Tuu.. tolong!!"
Lengan Syaher dipeluk erat. Bergetar suaranya.
Syaher memandang dinding bilik mandi. Tiba- tiba tawanya terletus.Arheana terkedu. Okey. Terkejut! Kali pertama Syaher ketawa macam tu!
"What going on Rhea? Tak kan benda tu pun kau takut?"
Syaher mengesat hujung matanya. Gila kelakar! Sampai berair matanya."Buang lah! Tak payah lah gelak!"
Bergetar lagi suara Arheana. Matanya mula berkaca. Takut, geram, semua bercampur.Syaher menarik hujung sesungut lipas itu. Arheana terlonggo.
"Tak payah lah pegang tanduk dia! Nanti putus, dia jatuh lepas tu terbang, tau tak?"
Bebel Arheana lagi. Kakinya mula menjauhi Syaher. Gerun!"What? Tanduk??"
Sekali lagi Syaher ketawa lucu. Sengaja lipas itu dilambai lambaikan kearah Arheana."Mana tanduk? Ni? Ya allah Rhea, ni bukan tanduk lah. Lipas keturunan mana pulak yang ada tanduk?"
Syaher ketawa lagi. Huh! Panas matanya dek ketawa terlalu kuat.Rhea..Rhea.."Buang lah!!!!!!!"
Arheana menjerit lagi. Syaher memang sengaja melambaikan lipas itu kearahnya.Tanpa diduga, Lipas itu jatuh betul- betul di kaki Arheana.
"Syaher!!!"
Jerit Arheana kuat. Tubuhnya bergetar. Serius dia takut! Kali ni dia langsung tak tipu.
Lambat-lambat syaher menangkap kembali lipas itu.Syaher ketawa lagi."Stop it Syaher!"
Air mata Arheana jatuh laju. Tak sedar panggilannya dah bertukar.DUMM!!
Pintu bilik air dihempas kasar. Sakit betul hati dia! Suka sangat ye mainkan dia? Mentang-mentang dia penakut!Syaher terkedu. Sempat matanya menangkap mata Arheana yang basah. Eh? Gadis tu memang betul-betul takut ke? Bukan saja-saja?
Lipas yang sudah hilang nyawa itu dipam kedalam tandas. Syaher keluar dari bilik air.melilau matanya mencari kelibat Arheana.
Pintu koridor bilik yang terbuka menggamit pandangan Syaher. Dia yakin Arheana disitu.
Cepat saja dia melangkah.
Tekaan nya tepat."Rhea.. err"
"Nak apa lagi? Tak puas lagi gelakkan Rhea?"
Potong Arheana cepat. Wajah Syaher langsung tak dipandang. Marah benar agaknya!"Err.. im sorry. Aku.. aku ingat kau.. kau pura-pura je"
Arheana mengeluh berat. Mood dia dah melayan entah kemana. Malas pula mahu berbual dengan lelaki itu. Semuanya gara-gara cik lipas tu!
![](https://img.wattpad.com/cover/63292711-288-k729266.jpg)
YOU ARE READING
Wife Ku Penggoda (complete 💞)
Fiksi Remaja*Bacaan 18 dan keatas shja! Kahwin dengan Mamat Ais Kutub Utara? Awal-awal Arheana geleng kepala. Tapi, bila dah kata jodoh, terpaksa juga Arheana terima. Dalam terpaksa, timbul jua rasa sayang pada Encik Suami. Tapi, Encik suami pula sebeku Ais at...