Part 1 - Girl ??

583 38 1
                                    

Baru sahaja kerja selesai. Ada panggilan daripada tuannya . Katanya ada tugas baru. Dia berharap bahawa selepas habisnya tugas ni dia akan rehat tapi tidak. Apa boleh buat ? Dia terima aje lah. Segera dia berjumpa dengan tuannya di tempat rahsia.

"Ambik nih ! " Satu sampul dicampak dihadapan Jinwoo. Jinwoo menunduk mengambil sampul itu. Benda ni la yang penting untuk dia menyara dirinya sendiri.

" Bagus kerja kau ! Semua pelanggan suka dengan cara kau berbanding yang lain."

Jinwoo hanya menganggukkan kepalanya. Dia bukannya jenis berlagak atau mahu menunujukkan yang dirinya hebat. Dia kerja di sini pun kerana duit. Keluarganya menetap di luar negara. Hanya dia seorang sahaja yang menetap di Korea ini tanpa sesiapa.

" Oh ya ! Ada call . Kali ni 'perempuan' " Oh Jonghyuk atau dikenali sebagai Tuan Oh menerbitkan senyuman sinisnya apabila menyebut 'perempuan' .

Perempuan ?!! Dalam seumur hidup dia bekerja di bawah Tuan Oh ni tak pernah dia menghendap seorang perempuan. Selama ni dia selalu menghendap lelaki. Baginya dah biasa tapi kali ini perempuan ??

" Kau boleh buat tak ? ! " Tegas Tuan Oh setelah lama Jinwoo berdiam diri.

" Boleh ! Boleh ! " Laju sahaja kepalanya mengangguk.

" Bayarannya lagi up daripada yang sebelum ni "

Terbuntang mata Jinwoo . Duit yg diterima oleh Jinwoo sebelum ni kesemuanya sangatlah banyak dan cukup untuk menyara dirinya. Ini lagikan lebih dari itu dan lumayan.

" Kau setuju kan ?" Soal Tuan Oh setelah lama Jinwoo berdiam diri.

" Setuju." Jawab Jinwoo dengan yakin.

" Good nanti macam biasa kau akan terima emel pasal perempuan tu. Aku nak kau baca kesemua maklumat pasal dia supaya kau tak cuai. " Jelas Tuan Oh.

Jinwoo hanya diam. Kakinya dihanyun ke pintu . Setelah menjejaki di luar dari bangunan itu dia terhenti . Apabila difikirkan balik. Mampu kah dia membuat tugasan tentang menghendap 'perempuan'?. Betul kah dia ambil keputusan ini ? arghhh perempuan ! tak tahu kenapa dia kurang suka dengan perempuan .

Keluhan yang berat dilepaskan. Dia meneruskan perjalanannya. Dia mesti buat juga tugasan ini. Kerana hidup seorang diri dia terpaksa mengambil kerja ini. Kerja ini sahajalah yang mampu baginya. Nak sambung belajar ? Jangan haraplah. Dia sanggup buat kerja kerja begini. Asalkan ada duit untuk dia mencari makan dan kesemua keperluan hidup.

Hidup keseorangan memang mudah baginya kerana dia terlalu hidup dalam kebebasan dan tiada sesiapa yang melarang atau menghalang segala perbuatannya. Kecuali kerja di bawahan Tuan Oh, memang ada sedikit kepayahan tapi Tuan Oh akan sentiasa memberi kebebasan kepada orang bawahannya jika mereka buat tugasan yang diarah olehnya dengan teliti. Kerja seperti ini ramai orang tak dapat lakukan. Tak kesemua daripada mereka yang membuat kerja sebanyak seratus peratus. Mesti ada sedikit silap yang timbul. Orang seperti Jinwoo sudah lama mengambil bahagian dalam tugas jenis sebegini walaupun banyak cabaran . Dia suka hidup seperti ini. Hidup sebagai seorang stalker.

Hello Stalker !Where stories live. Discover now