Part 11 - I'm here

102 19 1
                                    

        Jinwoo menghulurkan tisu kali ke 12 sambil membuat muka pasrah. Dalam hati,tak habis habis maki tentang hal tadi. Bukan salah dia jadi macam ni. 

"Kenapa dia ada perempuan lain?!!!!"

"Aku dah tak cantik ke?!!! "

"Mesti aku dah gemuk!!! Huwaaaaa"

Areum merampas tisu kali ke 23 daripada tangan Jinwoo.

Jinwoo mengeluh berat. Dia langsung tidak memujuk Areum. Tengok orang jogging lagi seronok baginya sekarang.

"Woi! Gila! Aku cakap dengan siapa hah?! Aku cakap dengan kau kan?!!!!"

Ahh... Sudah. Areum dah gila.

Jinwoo membuat muka 'entah siapa dia ni. Aku tak kenal dia'  kepada manusia yang memandang ke arah mereka pelik.

"Wehhh... Aku dah gemuk ke???". Areum mencebik. Air mata masih laju meluncur ke bawah. Nada suara pula semakin perlahan.

Tanpa berfikir Jinwoo mengangguk.

"Hah?!! Kau bukan nak pujuk aku! Huwaaaaa" . Areum kembali menangis melalak.

Jinwoo bangun dengan malas. Baru sahaja selangkah dia menapak.

"Ja..jangan tinggalkan a.. Aku". Tersedu sedan dia menangis sambil menyedut hingus. Cengeng betul budak ni. 

Jinwoo menanggalkan sweater hoodie miliknya. Kemudian disarungkan pada badan Areum. Hoodie ditarik menutupi separuh muka Areum.

"Nangis lah puas puas."

...

"Aku Song Areum. Berjanji akan melupakan jantan itu. Aku tak nak sebut nama dia. Aku takut aku akan..."

Baru sahaja air matanya hendak keluar. Cepat cepat Jinwoo memotong.

"Aip! No woman no cries! "

"Yer. No woman no cries! Okay, aku buat semula. "

Tapak tangan diangkat kembali untuk berikrar.

"Aku Song Areum berjanji akan melupakan jantan tak guna. Berjanji akan padam namanya dari contact telefon aku. Berjanji akan buang segala tentang jantan itu dalam fikiran. Berjanji tidak bekerja. Berjanji untuk sambung belajar dan belajar untuk jadi matang. "

Jinwoo menepuk tangan.

"Aku pegang janji kau, Song Areum."

Baru sebulan dia kenal Areum. Sudah nampak perangai yang jelas tentang perempuan ini. Tidak matang, degil, hati tisu, suka bertindak tanpa berfikir dan hmm banyak lagi .

Baru baru ini satu perkara Areum berubah. Areum menolak jawatan yang dia dapat di sesebuah syarikat hari itu. Dia membuat keputusan untuk sambung belajar dan melupakan lelaki yang menipunya. Yalah, lagipun kerja yang Areum dapat adalah recommend daripada lelaki itu .

Hello Stalker !Where stories live. Discover now