Part 7 - Happy or Tears

114 17 8
                                    

"Yeah !!"

Areum melompat gembira . Akhirnya dia berjaya mendapat pekerjaan. Mungkin ini berkat daripada baju yang dia pakai ini ?

Dia kena berterima kasih kepada pemberi baju ini.

Jinwoo yang mengintainya dari belakang tersenyum gembira. Lepas ni tiadalah Areum tertekan lagi disebabkan tiada pekerjaan.

Telefon dikeluarkan daripada kocek. Dah semestinya dia hubungi kekasih hatinya.

Setelah nombor didail,telefon ditekap pada telinga.

Lama Areum menunggu disebabkan Seungmin tidak mengangkat panggilannya.

Kali ketiga didail masih tidak diangkat.

Areum mendengus geram. Kali keempat didailnya lagi .

"eoh"

Areum tersenyum mendengar suara yang dirinduinya. Akhirnya,panggilan diangkat.

"oppa"

"Sorry Areum.Oppa tak dapat telefon lama lama ni. Oppa busy"

"hmm boleh kita jumpa ? sekejap je " Tergesa gesa Areum bertanya.

Kedengaran keluhan yang berat dilepaskan oleh seungmin.

"Areum,mulai hari ini kita dah tiada apa apa lagi hubungan"

"huh ? op-oppa main main kan ?". Terketar ketar tangan Areum.

Tak mungkin...

Masih tiada jawapan. Kemudian panggilan diputuskan oleh Seungmin.

Air mata mengalir turun serentak dengan tangan yang memegang telefon jatuh ke bawah.

Perlahan lahan kakinya melangkah satu persatu sehinggalah dia berhenti di hadapan gerai.

Dia mengambil tempat dan mengambil pesanan.

"Soju satu botol!".

...

Selepas beberapa botol. Areum bangun dari tempat duduknya. Dengan langkah yang terawang awangan dia berjalan ke Sungai Han. Dia terduduk sambil menangis. Terhinjut hinjut badannya akibat menangis.

Jinwoo yang setia mengikutnya daripada tadi melihat jam di telefonnya.

Dah lewat malam. Dia harus membawa Areum pulang. Keluarganya sudah pun risau. Lagipun cuaca makin sejuk. Nak taknak dia kena heret Areum sekarang.

Jinwoo segera mendekatinya.

"Jom balik". Jinwoo menyarungkan jaketnya pada badan Areum.

Areum terkejut dengan kehadiran Jinwoo secara tiba tiba.

"Awak..siapa..hah?" Soal Areum dengan mabuknya yang tidak hilang.

Jinwoo tidak jawab sebaliknya dia mengangkat tubuh Areum keatas bahunya.Walapun Areum meronta ronta untuk dilepaskan,Jinwoo masih stabil membawa Areum sambil berjalan menuju ke rumah keluarga Areum.

Lama kelamaan Areum diam kepenatan dan terlelap.

"Tidur pun. Tak habis habis nak menyusahkan aku. Itulah,bodoh sangat couple dengan lelaki hingusan tu.Kan dah mabuk". Bebel Jinwoo sendirian. Entah kenapa dia banyak bercakap pula sekarang.

...

Perlahan lahan tubuh Areum dibaringkan ke atas katil.

"Oppa ! Oppa ! Jangan tinggalkan Areum !". Dengan mata terpejam dia memeluk Jinwoo dengan erat. Mimpi ? Dah semestinya.

Jinwoo melihat keluarga Areum yang menumpu kepadanya.

Aduh! malunya.

Jinwoo menepis tangan dan menolak badan Areum.

Tch! dah lah busuk !

Kemudian,seperti biasa Jinwoo melaporkan pada Encik Song dan berakhir sudah kerjanya hari ni.

Hello Stalker !Where stories live. Discover now