Part 5 - Who you ?

180 19 5
                                    

"Perghh busuk !" Lantas jaketnya ditanggalkan. Dia tak suka bau alkohol malah benci dengan minuman tersebut. Badannya seperti tidak menerima minuman itu. Kebanyakan orang dihendap oleh Jinwoo adalah seorang yang kuat mabuk dan dia masih kena uruskan orang seperti ini. Entah lah kenapa.

Telefon dicapai lalu mendail nombor seseorang untuk meminta tolong.

★☆★☆★☆

Areum bangun dari pembaringanya. Terasa sakit di kepalanya. Dia mengerang kesakitan. Inilah disebabkan dia minum banyak semalam.
"Eh...aku kat bilik ?"
Tangannya memicit micit kepalanya.
"Dah bangun ?" Muncul kepala Ara di muka pintu dengan membawa sedulang makanan di tangannya.
"Itu la ! Minum lagi !" Ara mengetuk kepala Areum sebelum melabuhkan punggungnya di birai katil.
"Macam mana Areum balik semalam ? " Puas dia cuba mengingati perkara semalam tapi kabur. Sebelum ni apabila dia mabuk dia akan menelefoni keluarganya untuk ambil. Semalam dia langsung tak hubungi sesiapa disebabkan dia terlelap dahulu.
"Adalah" Ara tersenyum sinis. Suka lah tu.
"Kenapa Areum belum minta putus dengan Seungmin tu ?" Soal Ara.
"Kenapa ?" Soal Areum pula.
"Mama dah tahu yang korang still berpasangan. Kalau mama tanya nanti kau pandai pandai lah jawab"

Areum memisat misat matanya yang berat .
"Makan lah" ujar Ara segera keluar dari bilik Areum.

Areum memejamkan matanya. Tak sangka dia boleh tak sedar semalam. Yelah,dia minum banyak sangat daripada yang sebelum ni.

"Tunggu kat sini. Jangan pergi mana mana "

Ayat tersebut terlintas di fikirannya. Adakah itu Seungmin ?

"Seungmin ke yang bawa aku balik semalam ? Kalau tak kenapa mama boleh tahu yang aku masih ada hubungan dengan Seungmin ?"

"Tapi bau dia lain"

Banyak Areum fikir sehinggakan dia bercakap seorang diri.

Bila difikirkan betul betul dia merasa seperti Seungmin atau iras iras Seungmin ?

Areum mencuba lagi mengingati perkara tadi. Setahu Areum Seungmin sibuk. Takkanlah dia datang berjumpa dengannya ?

"Tunggu kat sini. Jangan pergi mana mana"

Dia cuba menganalisis suara itu. Mindanya mengatakan suara tersebut bukan Seungmin tapi siapa ?
Mata dipejam kembali. Masih tak dapat untuk mengenali wajah tersebut.

Tiba tiba fikirannya menunjukkan waktu Areum separuh sedar malam tadi. Ketika itu dia berada di ruang tamu. Areum seperti dapat mendengar suatu perbualan mama dan kakaknya.

"Mama ! Boleh tahan muka stalker tu"

Ayat daripada Ara. Itu sahaja dia ingat. Yang selebihnya 'error'.

"Stalker ? Maknanya itu bukan Seungmin'

Kepalanya diketuk ketuk.

Tadi Ara berahsia. Ya,bukan Seungmin tapi siapa ?

Hello Stalker !Where stories live. Discover now