Special chapter : Seduce

97 5 3
                                    

        Sudah selesai segala kerja rumah. Areum menaiki tangga menuju ke bilik. Bilik dia dan Jinwoo. Anak mereka sudah pun tidur dengan nyenyak di biliknya.

Areum membuka pintu dan masuk ke dalam bilik. Dapat dia dengar bunyi pancuran air dari dalam bilik air. Pasti Jinwoo mandi. Kalau tak siapa lagi?

Badannya terasa melekit dari kesan peluh akibat mengemas rumah tadi. Terpaksa dia menunggu di atas katil untuk menunggu si sang suami selesai mandi dan barulah giliran dia.

Sambil itu dia membaca novel untuk menghilangkan bosan. Kakinya bergerak gerak di atas katil.

Bunyi pintu bilik air terbuka.

Areum terus mengalihkan muka dan matanya membulat.

Tak jadi pula nak bangun. Cepat cepat dia menumpukan kembali ke arah buku novel.

Tatkala itu hatinya berdegup pantas seperti biasa.

Matanya di naikkan ke atas buku yang dibaca. Ya, dia mengambil peluang untuk mengintai sikit. Sikit je lah.

Jinwoo memakai jubah mandi namun di bahagian dadanya tersebar luas. Tangannya masih mengeringkan rambut yang basah dengan tuala di hadapan cermin solek.

Bukankah sepatutnya Jinwoo memang sudah sedia memakai baju tidur sebelum keluar dari bilik air?

Tapi kenapa hari ni dia nampak hot semacam? Sengaja nak goda ke apa ni?!! 

"Mengintai ya?" Tegur Jinwoo membuatkan Areum pantas menutup mukanya dengan buku buat tidak tahu.

Jinwoo tersenyum sinis melihat tingkah laku isterinya di sebalik biasan cermin.

Eleh ingat dia tak tahu?

"Kalau nak tengok, teruskan je lah. Tak payah nak mengintai." Katanya lagi.

Melihat isterinya tidak bergerak membuatkan Jinwoo berkerut dahi.

Dengan perlahan Jinwoo menapak ke arah katil.

Areum yang mendengar derapan kaki yang semakin hampir membuat denyutan jantungnya tidak keruan.

Tidak habis dia berharap agar Jinwoo tidak mendekatinya.

Air liur yang kelat di telan berbanyak kali.

Jinwoo menurunkan buku novelnya. Areum mengeraskan pegangannya agar tidak jatuh kebawah.

Jinwoo terus merampas buku novelnya dan diangkat keatas supaya Areum tidak mampu mengambilnya.

"Kyaa!!" Jerit Areum seraya dengan itu dia bangun mahu mengambil buku dari pegangan Jinwoo.

"Awak nak apa?!" Getus Areum. Akhirnya dia mengalah. Tak lupa pandangannya dihalakan ke arah lain.

Jinwoo tersenyum puas.

"Tolong keringkan rambut saya?" Pinta Jinwoo dengan suara yang lembut.

"Hair dryer kan ad-..."

"Tolonglah suami awak ni."

Areum pun cair. Ini memang parah. Baru buat suara belum buat muka comel lagi.

Jinwoo menghulurkan tuala. Areum mengambilnya.

"Duduk" Arahnya.

Jinwoo pun menurut. Dia duduk di atas katil menghadap Areum.

Tangan Areum terus bergerak laju mengeringkan rambut Jinwoo yang basah.

Jinwoo melingkarkan tangannya ke pinggang Areum.

Dia membenamkan mukanya ke perut Areum.

"Jauhlah sikit muka tu. Saya tengah busuk ni."

"Tak lah. Wangi je." Tatkala itu Jinwo mengeratkan lagi pelukannya.

Areum menjulingkan mata keatas. Entah apa perangai suaminya harini.

"Saya tak mandi lagi."

"Tak kisah."

Pandai je suami dia ni menjawab.

"Awak, saya dah selesai. Saya nak pergi mandi." Areum ingin meleraikan pelukan Jinwoo tapi tidak boleh.

"Jinwoo". Masih tiada respon.

"Kyaa!! Kim Jinwoo!!"

Jinwoo mengangkat mukanya dari perut Areum. Dia masih tidak meleraikan tangannya.

Jinwoo mencium perut Areum.

"Bila nak ada baby lagi ni?"

Soalan keramat tersebut berjaya membuatkan Areum berkerut dahi.

"Areum."

Areum menelan air liur apabila Jinwoo memanggilnya dengan nada serius.

"Tak nak cuba lagi?" Jinwoo mengangkat sebelah keningnya.

Areum terkaku.

Bukan dia tak nak. Dia rasa dia dah cukup mempunyai satu anak. Tak fikir pun lagi untuk tambah.

Oh patut lah Jinwoo lain macam hari ni. Dia mahukan 'sesuatu'.

"S-saya tak fi-fikir lagi." Areum menggarukan kepalanya tidak gatal.

"Awak boleh lepas tak? Saya nak mandi." Sedaya upaya Areum menahan getaran dalam dirinya.

"Arhh!" Areum terjerit kecil apabila Jinwoo menariknya keatas katil dan menindihnya.

"Saya nak anak lelaki." Jelas terpancar mata yang memandang Areum dengan pandangan lembut.

Makin pelik pulak perangai suaminya. Menyesal naik bilik.

"Saya nak mandi."

"Tak perlu." Bibir Areum dikucupnya.

"Awak!! Saya tengah busuk ni!!"

Sekali lagi dia mengucup bubur Areum.

Jinwoo tersenyum kemenangan melihat muka merah padam Areum.

Areum mengeluh berat.

"Pintu tak kunci lagi." Areum mengingati Jinwoo. Lagipun, Areum yang terakhir menutup pintu bilik ini.

"Sudah beres sayang." Makin melebar senyuman Jinwoo.

Sejak bila pula dia kunci?

Wah menjadi sungguh plan Kim Jinwoo pada malam ini.

"Tapi kita bukan buat kat sini. Kita buat kat bilik air memandangkan awak tak mandi lagi." Jinwoo tersenyum nakal. Terus dia menggengdong tubuh Areum ke dalam bilik air.

Areum dah bagi green light cepat sangat. Makin senanglah kerja Jinwoo.


Alright sampai di situ sahaja 🌚
Tetibe rindu Jinwoo 😂.. So here ! Special chap for yall . If still keep this story in library lah ehe

Hello Stalker !Where stories live. Discover now