Part 6 - Dress

126 21 8
                                    

Areum menuruni tangga menuju ke dapur.

Baru sahaja dia mengambil tempat.

"Sebelum kamu makan. Mama nak kamu explain tentang hubungan kamu dengan si Seungmin tu."

Ahhh...sudah.

"Eoh,mana mama tahu ?"
Mama dah tahu. Bagitahu aje lah perkara sebenar.

"Sejak bila kamu berdua bersama?" Soal mama tanpa menjawab soalan Areum.

"Sejak tahun lepas ?" Jawab Areum tidak pasti. Dia sendiri tidak tahu sejak bila dia bercinta dengan Seungmin. First kiss pun belum.

"Disebabkan dia,kamu malas nak sambung belajar kan ?"
Areum tersentak.

"Mama nak kamu putuskan hubungan kamu berdua. Lelaki tu tak sesuai dengan kamu"
Tegas mama.

"Kenapa ? Seungmin tu orang yang baik lah !"
Areum masih mempertahankan hubungannya.

"Mama nak kamu sambung belajar so tiada lah kamu nak keluar rumah selalu"
Ujar mama sambil bercekak pinggang.

"Suka hati Areum lah ! Areum tetap tak akan dengar cakap mama. Mama tak faham apa pentingnya Seungmin di hati Areum. Dia sangat penting."

Laju sahaja kaki berlari naik keatas. Sempat dia ambil roti kerana tidak mengusik sedikit sarapan di atas meja akibat dibebel percuma daripada mama.

☆★☆★☆

Areum bersiap segera untuk pergi ke temu duga. Ini saja lah harapan yang terakhir. Kalau tidak dia buntu sama ada terpaksa menyambung belajar. Temu duga ni pun Seungmin yang suggest. Tengok tu,Seungmin baik orangnya.

Sementara itu,

Jinwoo menunggu seseorang di luar rumah. Tak lama kemudian,seorang penunggang motor mendekati Jinwoo dan menghentikan motornya dihadapan Jinwoo.

"Mana ?" Jinwoo menghulurkan tangannya untuk meminta sesuatu.

"Sabar lah aku baru nak bukak helmet ni " Mino membuka helmetnya. Selepas itu, dia memberi satu beg kepada Jinwoo dan Jinwoo menyambutnya.

"Semua ada ?" Soal Jinwoo. Matanya ralit melihat isi yang berada di dalam beg itu.

"Semua ada kat dalam tu termasuk baju tu. Seriously ? kau suruh aku beli baju tu ?"

Jinwoo hanya mendiamkan diri.

"Mujur aku ada tau. Kalau tak kau bukannya tahu pasal perempuan haha" Usik Mino dengan gelak tawanya. Terkejut dia apabila Jinwoo meminta dia membeli baju yang sesuai untuk temu duga. Baju yang dituju adalah untuk perempuan. Siapa perempuan tu ? fikir fikir lah sendiri.

"Apa apa pun, thanks" Jinwoo menepuk bahu Mino.

"Kalau ada apa apa berkaitan perempuan. Tanya je aku okay ? haha goodluck dengan perempuan yang kau hendap sekarang ni". Mino masih dengan gelak tawanya. Tak tahu la apa yang kelakar sangat.

Jinwoo membuat muka tiada perasaan. Geram sungguh dengan kawan sekerjanya yang kuat menyakat lagi lagi budak depan dia ni. Rasa nak campak je motor tu atas gaung. Biar padan muka dia tak payah nak naik motor. Jalan je kaki macam Jinwoo ni. Kurus je badan haha terperasan sekejap.

"Aku chaw dulu. Anything,call aku kalau kau nak minta tolong. Bye !" Selepas memakai helmet dia memulakan tunggangannya sampai hilang dari pandangan mata Jinwoo.

☆★☆★☆

Jinwoo membuka beg. Dikeluarnya satu fail dan sebuah kotak.

Dia mengambil fail dan membeleknya satu persatu dan membaca setiap butiran di setiap muka surat.

Jinwoo tersenyum sinis selepas membaca butiran tersebut.

"Dah sah Areum memang bodoh" fail yang berada di genggamannya dicampak atas meja. Sebuah kotak dicapainya pula. Dia membuka kotak tersebut. Di dalam kotak itu terdapat pakaian yang elegan untuk seorang perempuan yang dia minta Mino untuk belikan.

"Nice" Pujinya apabila melihat dress tersebut. Dia menyimpannya kembali. Cepat cepat dia bersiap untuk ke rumah Areum.

★☆★☆★☆

"Areum! "

Areum menoleh ke arah pintu biliknya yang diketuk. Pantas dia membuka pintu.

"Nah! " Ara memberi satu beg kertas kepada Areum.

Areum mengerutkan dahinya.

"Untuk Areum? "

Ara menganggukkan kepalanya tanda 'ya'.

"Tapi hari jadi Areum lambat lagi"

"Aihh ambik aje lah". Beg kertas terus dihempas ke perut Areum. Areum menyambutnya.

"Siapa bagi ni?". Soal Areum tidak berpuas hati.

"Entah lah tapi bukan dari Ara. Dalam kad tu ada tulis nama Areum. Jadi Ara bagi kat Areum. Ada orang bagi la tu"

Sedang melihat perisian beg kertas. Areum terjumpa satu kad ucapan kemudian dibaca olehnya.

To : Areum
From : Jw

Itu yang sahaja yang tertulis pada kad ucapan.

'Jw? Siapa pula ni?'

Areum melihat semula beg kertas. Dikeluarnya satu pakaian yang berjenama. Bulat matanya apabila melihat pakaian tersebut. Satu persatu dibeleknya.

"Woah! Cantiknya baju tu! " Ara yang memerhati tadi terus bersuara.

"Lepas ni kau interview kat mana?" Mata Ara masih melihat pakaian yang dipegang oleh Areum.

"Syarikat fesyen"

"Better Areum pakai baju ni"

"Pakai? Baiklah Areum tukar". Betul betul juga kata kakaknya jadi Areum pun bersetuju.

Hello Stalker !Where stories live. Discover now