Part 18 - Willing

94 12 0
                                    

       Mino yang sedang menikmati makanan terganggu pula apabila seorang manusia disebelahnya hanya merenung makanan.

"Kau taknak makan ke? Dah dua hari hari kau pandang makanan. Makanan pandang kau".

Tiada sahutan daripada Areum.

"Bruh, dia tengah dalam keadaan 'P' kot. Jangan ganggu dia". Bisik Seunghoon yang kebetulan jalan di situ.

"Oh yer? Nak tanya soalan sikit pun tak boleh?" Mino mengangkat kedua dua keningnya dan turut bisik dengan Seunghoon.

Seunghoon mengangguk.

"Nanti tak pasal pasal meja ni kena campak. " Bisik Seunghoon lagi.

PPAK!

"Aduh!!" Serentak Mino dan Seunghoon mengusap kepala setelah diketuk oleh seorang manusia yang tiba tiba sahaja muncul entah dari mana.

"Apahal dengan korang berdua ni? Duk bisik bisik daripada tadi. Aku perhati je dua ekor ni. " Marah Seungyoon geram.

"Woi! Kurang ajar kau eh budak? Umur kau berapa tahun eh?" Perli Mino. Mana taknya, Seungyoon lagi  muda daripadanya.

Seungyoon tidak layan tapi matanya tertumpu pada Seunghoon.

Seunghoon menunjukkan tanda senyap kepada Seungyoon kemudian berkata dalam bahasa isyarat.

Seungyoon pada mulanya tak faham dengan isyarat Seunghoon. Entah apa benda Seunghoon cuba sampaikan. Seunghoon pula sedaya upaya untuk telepati Seungyoon. Malangnya tak.

Seunghoon tertumpu pada Areum yang baru sahaja bangun dari tempat duduknya.

"Aik sikitnya kau makan?" Soal Seungyoon. Matanya tak lepas melihat Areum yang berjalan pergi.

"Wuih! Perempuan tu dalam keadaan zon merah. Sebab tu jadi macam tu". Kata Mino.

"Pandai pandai je korang ni. Malas lah aku nak layan". Seusai itu, Seungyoon pergi meninggalkan mereka berdua.

...

"Aku rasa kan Areum tu dia rindu Jinwoo hyung"

"Oh...patut lah aku dapat hidu kesedihan disebalik percintaan. "

"Wahh di mana mana mesti ada cinta"

"Eh! Korang ni! Kesitu pulak! Sekarang ni kita tengah bincang pasal benda ni tapi asal topik ni dah lari pulak ni? " Jerit Seungyoon geram. Mana taknya dia tengah serius nak berbincang tapi makhluk makhluk depan dia ni dah masuk air agaknya. Sudahlah dia tak boleh lama kat sini. Dia datang sini hanya singgah sementara.

"Aku sampai sekarang tak dapat apa apa berita pasal Jinwoo hyung. " Terang Taehyun.

"Aku kesian tengok Areum macam tu. Biasanya mulut dia bising bising kat rumah ni. " Kata Seunghoon sambil mengembungkan pipinya. 

"Nanti dia balik lah tu. Takkan korang semua tak biasa bila Jinwoo pergi jenguk keluarga dia kat sana. " Giliran Mino pula berkata. Dia memang malas nak fikir hal ni berlebihan. Mampu bersangka baik je.

"Aku kesian kat Areum." Seungyoon membuat muka sayu.

Mino mengangguk. Ya, memang betul. Dia pun kesian tengok Areum. Makan tak kenyang, mandi tak basah.

Dia buntu mahu buat apa. Memang mereka tak ambil tahu dan masuk campur apabila Jinwoo pergi melawat keluarganya di sana. Tapi, disebabkan keberadaan Areum kalau boleh dikatakan selama dua puluh empat jam dia berada di rumah mereka membuat mereka serba salah.

Areum duduk rumah ni semata mata untuk Jinwoo.

Hello Stalker !Where stories live. Discover now