Part 4 - Childish girl

176 26 0
                                    

Kedua dua tangan dicantumkan dan mata dipejam rapat. Di dalam hati dia berharap sangat sangat dia dapat kerja ini. Perlahan lahan dia memulakan langkahnya masuk ke dalam pejabat itu.

Jinwoo menggelengkan kepalanya. Tak serik serik lagi nak cari kerja. Tengok lah lepas beberapa jam nanti mesti dia nangis lepastu call ' teman lelakinya '.

Selepas dua jam kemudian. Areum keluar dari pejabat itu dengan muka yang selalu menjadi rutin hariannya kemudian riak wajahnya bertukar menjadi sedih dan bermulah air matanya menitis satu persatu.

" Huwaaa...aku tak dapat lagi ! " rungutnya. Orang yang berjalan disekelilingnya hanya memandang Areum sekilas.

" Apa tengok tengok ?! " Marah Areum apabila melihat sekumpulan perempuan memandangnya dengan senyuman.

Areum mengeluarkan telefonnya . Setelah nombor yang dicari jumpa ditekupnya telefon pada telinganya.

" Oppa ! Saya nak jumpa dengan oppa . Boleh tak ? "

Kan Jinwoo sudah agak . Jinwoo tertawa kecil sambil menggelengkan kepalanya lagi. Sungguh perempuan tu seperti tiada kerja lain.

" Huh ? oppa busy ?! Kalau macam tu teman Areum sekejap . Satu minit pun boleh " rayunya dengan penuh harapan.

" Oppa ! Oppa ! " Areum menjerit apabila didapati panggilan telah pun ditamatkan. Dengan harapan yang musnah dia berjalan keseorangan atau sebenarnya berduaan. Jinwoo tetap memerhati Areum ke mana sahaja. Dah itu memang kerja dia.

Jinwoo terhenti tatkala melihat satu gerai di depannya. Matanya tidak berganjak apabila melihat Areum yang mengambil tempat di dalam gerai itu. Jangan jangan dia nak...

" Makcik ! Satu botol soju ! " laung Areum sambil mengankat tangannya.

" Dah agak "keluh Jinwoo . Ini lah yang biasa dia selalu lalui terhadap pelanggannya.

Satu botol hijau diletakkan di atas meja. Pantas Areum mengambilnya. Dituang laju ke dalam gelas. Kemudian diminumnya secara rakus dan mengulangi perkara yang sama . Setelah beberapa botol . Areum sudah pun kelihatan mabuk. Botol hijau yang mengandungi sedikit air diminumnya terus tanpa tuang ke dalam gelas.

" Satu botol lagi ! " laung Areum dalam keadaan mabuk . Nampaknya Areum cepat mabuk . Baru sahaja tiga botol.

Diletak lagi sebotol . Areum teus mencengkam botol itu dan diminumnya secara rakus sehingga habis.

Apabila kepalanya terlalu berat. Areum terlelap di atas meja . Siapa nak bayar ?

Dari jauh Jinwoo mendekatinya. Apabila pelanggan dalam keadaan tidak sedar atau dalam keadaan mabuk . Dia akan mendekati mereka. Itu adalah cara Jinwoo apabila ada hal seperti ini. Mereka bukannya tahu pun siapa dia sebab mereka tak sedar . Peraturan tentang 'jangan dedahkan identiti selagi tuan tidak suruh membongkarkannya '. Peraturan tersebut sentiasa dipegang.

Jinwoo mengambil tempat di hadapan Areum . Areum tidak sedar kehadiran Jinwoo. Dia telah pun terlelap . Jinwoo merasa nafas dihidung Areum dengan jari telunjuknya . Terasa nafas Areum turun naik.

" Hidup lagi rupanya " katanya perlahan. Jinwoo mengeluarkam beberapa keping duit kertas dan meletakkannya di atas meja . Kemudian dia merangkul badan Areum .Dibawanya Areum dibelakangnya. Perlahan lahan dia berjalan sambil membawa Areum dibelakangnya. Takde lah berat sangat.

" Oppa ~ "

Jinwoo menoleh pada wajah Areum . Bercakap dalam mimpi rupanya . Dia menyambung kembali perjalanannya.

" Oppa !! " Leher Jinwoo dipeluk kemas.

Mahu tercekik Jinwoo dibuatnya.Dia ingat Jinwoo ni teman lelaki dia ?

Tidur je lah diam diam . Mabuk tu buat cara mabuk !

" Oppa ! Nak Air ! Saya haus ! " Rungut Areum dengan mata terpejam . Lantak kau lah nak mapus ke atau nak terjun kat Sungai . Yang penting kena hantar dia ke rumah dahulu.

" Oppa tak dengar ke saya cakap ? Saya nak air ! nak air ! " Areum melompat lompat di belakang Jinwoo . Jinwoo hampir hilang keseimbangan .

" Diam lah ! " Tegasnya. Jinwoo sudah pun mula geram dengan Areum. Areum menarik - narik rambut Jinwoo supaya berhenti.

"Saya haus !!!" pekiknya . Nak taknak terpaksa lah Jinwoo berhenti di perhentian bas yang berdekatan dengan mereka.

Badan Areum diletaknya di atas bangku. Hari dah pun masuk lewat malam. Mesti keluarga Areum risau .Takpe lah,dia boleh jelaskan keadaan Areum kepada mereka. Apa gunanya jadi Stalker ? mesti lah kena laporkan kepada keluarga Areum dan diupah pulak tu.

"Tunggu kat sini. Jangan pergi mana mana " Ujar Jinwoo .Areum hanya diam tiada tindak balas. Entah dia dengar ke tidak . Jinwoo berlari ke kedai serbaneka . Selepas membeli sebotol air mineral cepat cepat dia keluar untuk mendapatkan Areum. Takut budak tu lari pula.

"Nah air ! " Sebotol air mineral disuakan pada Areum . Areum membuka mulutnya minta untuk disuap dengan mata masih dipejam.

" Aih ~ macam macam lah kau ni " getus Jinwoo . Jinwoo membuka penutup botol . Penyedut minuman dimasukkan dalam botol air.

" Nah minum " Jinwoo menyuakan air kosong pada mulut Areum. Areum minum dengan menyedut air tanpa membuka matanya. Areum langsung tak gerak . Selepas beberapa teguk Areum menyemburkan airnya mengakibatkan Jinwoo yang berada di hadapannya terkena semburan tersebut.

Jinwoo memejamkan matanya . Ini pula yang dia dapat . Sabar dan sabar . Orang mabuk memang macam ni . Tak pernah dia kena bonus macam ni .

Terdengar bunyi dengkuran halus . Tak lain dan tak bukan ianya daripada Areum .

"Tidur nyenyak eh kau ? " Jinwoo mengambil sapu tangan dari poketnya. Hari ni dia tak membawa beg galas . Dia hanya membawa barang keperluan sahaja . Nasib ada bawa sapu tangan . Pantas dia mengelap mukanya yang basah akibat bonus daripada Areum.

Jinwoo membuka pagar rumah Areum . Keluarga Areum takkan kunci pagar selagi semua keluarganya dah ada dalam rumah barulah mereka kunci.

Dengan adanya Areum yang tidur lena dibelakangnya . Jinwoo masuk ke dalam kawasan rumah Areum yang besar.

Jinwoo mengetuk pintu rumah. Pantas pintu itu dibuka oleh pembantu rumah.

"Encik Song !! " Laungnya . Encik Song atau ayah Areum berlari ke pintu . Ara dan ibunya turut mengikutnya.

" Anak bawahan Oh Jong Hyuk kan ? " Soal Encik Song untuk mendapat kepastian. Ara dan Puan Song saling berpandangan.

Jinwoo hanya mengangguk .

"Mari lah masuk " Puan Song segera memberi ruang untuk Jinwoo masuk . Jinwoo membawa Areum ke ruang tamu . Perlahan lahan dia meletakkan tubuh Areum di atas sofa. Areum langsung tak terjaga.

" Dia mabuk " Jelas Jinwoo.

" Dia memang macam tu . Balik dari cari kerja je mesti dia mabuk . haih~ budak bertuah ni " Paha Areum terus dipukul oleh ibunya akibat geram yang teramat. Areum langsung tidak sedar.

"Saya balik dulu " Jinwoo membongkokkan badannya lalu mengatur langkahnya ke pintu diikuti Encik Song .

" Mama ! boleh tahan muka stalker tu " Ara tersenyum malu . Dia memandang Areum yang lena sekilas.

"Untung Areum "

"Kamu jangan nak menggatal kat dia pulak. Kamu kan dah berpunya " Puan Song turut senyum dengan telatah Ara.


Hello Stalker !Where stories live. Discover now