Part 9 - Faint

125 15 1
                                    

Areum berjalan mendekati Jinwoo.

"Engk.. Kau.. ". Jari telunjuk dituju tepat pada muka Jinwoo dengan lemah.

"Kau... ". Tiba tiba pandangannya menjadi gelap.

...

"Dah tiba masanya Tuan Oh nak buang aku... "

"Hyung!! Chill la. Tuan Oh takkan buang kau"

"Identiti aku dah bocor"

"Hyung!! Kau jangan tinggalkan aku!!". Air mata palsu dikeluarkan dengan mukanya yang berkerut. Hmm drama swasta dah mula.

Jinwoo memandangnya tiada perasaan.

Dia yang perasan muka Jinwoo yang serius terus berhenti dan mengesat air mata palsu.

"Seungyoon, kau boleh balik sekarang". Tegas Jinwoo. Bukan apa, malas nak layan perangai kawan yang annoying semasa kita serius.

"Ok aku serious sekarang". Seungyoon mendiamkan dirinya. Matanya melihat tubuh kaku yang tidak sedar daripada pengsan terbaring di atas katil.

"Aku cuma tunggu masa je kalau Tuan Oh buang aku". Jinwoo bersuara setelah lima minit diam.

"Chill, Tuan Oh takkan buang kau. Dia sayang dekat kau. Percayalah". Seungyoon menyakinkannya.

Jinwoo mengeluh. Dah lama dia berkhidmat bekerja di bawah Tuan Oh. Mungkin dah tiba masa dia akan mengundur diri.

Seungyoon melihat jam tangannya.

"Hyung, aku balik dulu. Kes pasal mafia tu aku kena settlekan cepat. Kalau perlukan bantuan, telefon Mino. Dia tengah free tu. Baru je habis satu kes".

Jinwoo mengangguk.

"Thanks tolong aku"

Seungyoon menepuk bahu Jinwoo kemudian dia berjalan meninggalkan wad.

Baru sahaja Seungyoon pergi. Mata Areum terkelip kelip melihat cahaya dalam keadaan samar samar. Matanya terbuka luas. Automatik badannya juga bangun dan melihat sekeliling.

"Sekarang kau dalam wad"

Areum menoleh kesebelah. Kelihatan Jinwoo sedang berpeluk tubuh.

"Parents aku- "

"Aku tak bagitahu diorang"

Diam seketika. Agak janggal untuk mereka berdua dalam wad ni.

"Hari ni hari pertama aku kerja tapi aku pengsan pula".

Areum turun dari katil.

"Kau tak boleh pergi kerja- "

"Aku taknak kerja. Aku nak sambung belajar. Hantar aku balik sekarang"

....

Hello Stalker !Where stories live. Discover now