Part 23 - Something

81 9 0
                                    

◀◀◀

    Aku melihat Areum mengulang kaji sambil menunggu masa untuk masuk ke dewan peperiksaan. Dia nampak tekun.

"Budak, aku pergi dulu lah". Tanpa menunggu jawapan dari Areum, aku terus bangun dan berjalan memasuki lorong rak buku bukan berjalan keluar dari perpustakaan ni.

Dia tak perasan. Aku mengambil kamera. Secara diam gambar Areum telah diambil.

Aku tersenyum kecil.

Aku tahu dia buat ni semua di atas kehendak dirinya sendiri walaupun baru lepas dia berpisah dengan bekas teman lelakinya. Dia banyak pendam dalam dirinya. Tapi, tidak pada aku. Aku tahu di sebalik reaksi dan tingkah lakunya dia masih sedih.

Disebabkan itulah aku berfikir mungkin aku lah penemannya hingga ke akhir hayat?

◀◀◀

             Selesai memujuk Areum, dia sedikit tenang berbanding tadi.

   Cinta benda yang mengarut dan merumitkan tsk...

Aku tak percaya bahawa aku yang harus memujuknya tadi.

Paling gila adalah aku terpaksa cium bibirnya untuk mengelak dirinya dari bertembung lelaki itu.

Damn, itu juga ciuman pertama aku. Tsk..

Aku melihat sekeliling.

Dia ni beli aiskrim atau buat aiskrim?

Aku mengeluh kecil.

Baru sahaja aku mahu meneruskan perjalanan. Sudah nampak kelibat Areum keluar dari kedai serbaneka membawa dua batang aiskrim dalam genggaman kedua tangan bersama muka yang muram.

Haih.. Dia ni. 

Tatkala itu ,aku mengambil gambar dari jauh.

■ ■ ■

"Jinwoo"

Aku tersentak.

Baru aku sedar bahawa aku berhadapan dengan ibu bapa Areum atau aku gelar mereka Tuan Song dan Puan Song.

Tak pernah aku berasa gugup seperti ini. Haish! Tak guna!

Ini adalah kali pertama aku tewas terhadap perkara kantoi atau tidak kantoi.

Semestinya, kantoi untuk situasi sekarang.

Areum memegang tanganku erat. Mungkin ingin menyalurkan keberanian dalam diriku agar berasa tenang.

"Maaf". Aku terus duduk melutut kehadapan kedua ibu bapa Areum.

"Maafkan saya, tuan. Saya yang bersalah. Saya su-suka kat Areum. Kami dah lama bercinta. Sekali lagi. Maafkan saya, tuan"

Mati lah aku. Selamat tinggal semua.

"Ayah, Areum pun minta maaf. Areum yang bersalah sebenarnya. Areum tak bagitahu kat semua orang yang Areum bercinta dengan Jinwoo".

Kini Areum melutut di sebelah.

"Kahwin je lah kamu berdua ni"

Aku mengangkat muka memandang Puan Song.

Puan Song tersenyum lebar.

"K- kahwin? Tapi Areum muda lagi!!"

Bentak Areum.

Aku terdiam.

"Muda konon. Kamu tengoklah diri kamu sendiri. Umur macam ni sesuai menyusukan anak!".

Balas Puan Song buat aku menelan air liur. Anak?

"Areum,kamu mengandung ?" . Soal Tuan Song pula. Belum sempat Areum mengeluarkan suaranya, aku sudah mencelah.

"Tak. Saya tak apa apakan dia lagi".

"Iya! Kami tak buat apa apa pun! Kami cuma bercium sahaja! Tak lebih daripada itu! " Areum menyambung. Dia ni lagi menambahkan debaran situasi sekarang.

Aku memandang Tuan Song sekilas sambil menggaru leher belakang yang tidak gatal.

"Jinwoo, telinga kau merah". Bisik Areum.

Aku terus menutup kedua telingaku.

"Kami tak marah pun. Kami fikir Areum mengandung. Baru kami nak bergembira".

Kata Puan Song bersama anggukkan dari Tuan Song membuatkan aku tergamam.

●●●

"Bukankah sepatutnya kakak kau kahwin dulu?"

Areum mengangkat bahu sambil memuncungkan bibirnya. 

"Aku dengar dia baru sahaja putus"

"Putus? Mana kau dengar?". Kalau bagitahu Mino. Mesti dia suka. Sudah lama aku tidak berjumpa dengan dia. Dia selalu menghilangkan diri bila aku melawat ke rumah itu.

"Kawan kawan dia. Mula mula aku cemburu sangat sangat sebab hubungan Ara dan teman lelakinya bertahan lama. Tapi sekarang tidak cemburu lagi dah. " Areum menerbitkan senyuman.

"Sebab ada aku kan?" Aku membalas senyuman.

Areum mengangguk laju. Senyuman masih melekat dibibir. Kemudian dia meletakkan kepalanya di atas bahuku.

"Areum"

Areum hanya mengumam.

"Jom kita ke tahap seterusnya". Aku tersenyum nakal.

"Alang alang keluarga awak bagi lampu hijau. " Sambungku.

"Ishh!" Terus bahuku ditumbuk laju.

"Tunggu lah nanti" Areum berpeluk tubuh.

"Nanti? Bila?". Keningku terjungkit keatas.

"Lepas kita kahwin lah"

"Baiklah, Areum". Jawabku hampa sambil menggosok lembut kepalanya.

Tiba tiba kami dengar suara Puan Song dari bawah.

Aku dan Areum saling berpandangan sebelum turun kebawah.

"Hah bagus lah. Siapa ayah kepada anak dalam perut kamu tu?". Sampai sahaja di bawah, kami lihat ibu bapa Areum, Ara dan.... Mino?

Aku menggosok mataku. Mungkin aku rindunya sangat sampaikan nampak bayang bayangnya disini.

Tapi tidak!

Dia betul betul Mino.

Kelihatan Mino menundukkan kepalanya ke bawah dengan perasaan takut .

Apa yang dia buat? Takkan lah dia...

"Kenalkan ini Song Minho, ayah kepada anak dalam perut Ara ni". Jawab Ara dengan gugup sambil mengusap perutnya.

Sekejap.

Anak dalam perut tu.




Mino.


Ara dan Mino ???






APA??!!!!!





Hello Stalker !Where stories live. Discover now