Part 20 - Stealer Heart

100 12 1
                                    

           "Berapa lama lagi kau nak tenung aku"

Terkejut Areum dibuatnya.  Sedang dia tenung Jinwoo yang nyenyak tidur tiba tiba lelaki ni soalnya mendatar walaupun dengan mata terpejam.

Ngigau? Bercakap dalam tidur? Fikirnya dalam hati.

Mata Jinwoo yang tadi terpejam, di celik merenung Areum.

Areum pun membatu disebabkan padangan yang membawa maut diberikan oleh Jinwoo.

Dugeun~Dugeun~

"Pukul berapa sekarang?" Renungan Areum dihiraukan.

"Erm.. Pukul 4 pagi"

"Dah tu kenapa kau bangun?" Mendatar sahaja nada Jinwoo bersama riak muka yang tenang.

"Aku nak ke dapur" Jawab Areum dengan muka polosnya.

"Oh.. Ini dapur" Sindir Jinwoo.

"A-aku datang sini sebab aku nampak kau kesejukkan sebab tu lah aku kat sini. " Terkebil kebil mata Areum ketika menjawab. Takut kantoi.

Jinwoo baru perasan yang dirinya dibaluti selimut. Patutlah hangat.

"Asal kau nak ke dapur? " Kening Jinwoo terjungkit keatas.

Jinwoo ni susah betul nak cakap elok elok. Daripada tadi kasar sahaja ayatnya walaupun nadanya mendatar.

"Haus"

Jinwoo bingkas bangun. Areum pula hanya melihat Jinwoo berdiri dan berlalu pergi ke dapur. Dia pun mengikuti Jinwoo. 

Jinwoo menuang air kosong ke dalam gelas kemudian menghulurnya kepada Areum.

"T-terima kasih" Areum tersenyum lebar. Terharu sekejap.

"Pergi sambung tidur."

"Baiklah" Jawab Areum acuh tak acuh sambil minum air kosong.  Sesekali dia menjeling Jinwoo. Jinwoo ni acah dingin pulak. Areum tahu bahawa Jinwoo sekarang ambil berat pasal dirinya.

Jinwoo terus mengambil gelas kosong yang sudah habis diminum oleh Areum. Segera dia basuh di singki.

Tengok tu?

Dia ambik berat tapi dingin. Jual mahal ke apa ni?

Areum termenung sampai tak sedar Jinwoo pun memerhatinya.

"Kau tak nak masuk tidur?"

Tersentak Areum. Terus dia menggeleng laju.

"Aku tiba tiba rasa tak boleh tidur" Areum tersengih.

Jinwoo memegang lengan Areum dengan berhati hati. Takut Areum sakit.

"Masuk bilik. Se. ka. rang "

Ambik kau,Areum. Ayat 'sekarang' disebutnya satu persatu.

Areum mencebik tatkala dia mengikut langkah Jinwoo sampai lah ke bilik. 

Jinwoo memeriksa sekeliling biliknya. Mana lah tahu ada benda yang membuatkan Areum tak selesa.

"Kau rasa tak selesa ke sampai tak boleh tidur?"

Areum menggeleng perlahan.

"Aku cuma perlukan seseorang sekarang. Aku takut." Areum menyentuh kesan lebam yang berada di lengannya. 

Tadi tidurnya langsung tak nyenyak. Dia sekadar tidur tidur ayam.

Setiap kali dia pejam mata, kejadian tersebut terulang di mindanya. 

"Kau nak aku teman?" Soal Jinwoo.

Areum menganggukkan kepalanya dengan perlahan. Hakikatnya, dia malu. Kalau lah dia berada di rumah sekarang dah semestinya Ara akan menemaninya.

Hello Stalker !Where stories live. Discover now