Part 13 - The day you leave me

127 15 0
                                    

"Nak pergi mana ni?"

Bulat matanya melihat Jinwoo memasukkan pakaiannya ke dalam beg.

"Aku ada emergency leave"

Jinwoo berjalan meninggalkan bilik diekori kawan rumahnya. Sampai sahaja di pintu rumah dia berhenti dan berpusing menghadap kawannya.

"Boleh aku minta tolong?"

"Boleh je. Aku dah free sekarang"

...

"Aku pergi dulu. Kau boleh buat kan?"

"Dah semestinya boleh! Senang je tu"

"Okey, Taehyun"

Jinwoo membuka pintu teksi dan masuk ke dalam.

"Bye hyung!!!!"

Taehyun melambaikan tangannya sehinggalah teksi hilang daripada pandangannya.

Taehyun, ahli termuda yang rapat dengan Jinwoo. Taehyun tidak mengeluh bila dapat tugasan baru. Jinwoo dengan senangnya bagi sedikit tugasnya kepada Taehyun. Alang alang Taehyun free.

"Oh ya! Apa aku nak buat dulu eh?"

Baru sahaja mengelamun seketika, dia sedar bahawa dia kena menguruskan kerja Jinwoo sementara Jinwoo tiada. Cepat cepat dia masuk ke dalam rumah.

...

"Aihh bosannya". Buku majalah dicampak oleh Areum. Areum duduk bersandar pada kepala katil.

Bosan pula tiada kelas di pagi ni.

Areum bangun menuju ke balkoni. Dia menopang dagu pada penghadang balkoni.

"Mana dia ni? Biasa datang awal". Gumamnya.

Biasanya waktu macam ni dia akan nampak penghendapnya di hadapan rumah. Sama ada dalam semak, di sebalik kereta tak pun berdiri di hadapan rumahnya.

Tapi hari ni dia tiada. Takkan dia datang lambat.

Tak. Dia takkan datang lambat.

Areum mengerutkan dahinya kerana pelik dengan situasinya sekarang.

"Dah kenapa aku fikir pasal dia sangat"

"Lebih baik aku pergi kolej sekarang"

Akibat bosan tahap dewa melandanya, Areum terus bersiap untuk pergi ke kolej dalam waktu yang sangat awal. Tidak apa kalau sekali sekala buang tebiat.

...

Areum berjalan keseorangan. Lagi dia berasa bosan yang teramat. Dia seperti rasa kesunyian sangat sangat.

"Dah kenapa dengan aku hari ni? Ishh" . Areum mengetuk kepalanya. Dia berasa semuanya tidak kena dengannya hari ni. Kenapa ya?

Areum berhenti di perhentian bas dan duduk di kerusi yang di sediakan. Tiada orang pun di situ.

Areum mengeluh kuat.

Teringat pula ketika dia mabuk. Dia pernah di bawa oleh penghendapnya di perhentian bas. Ada la sikit sikit dia teringat. Rasa kelakar pula bila teringat tentang kejadian hari itu.

"Aik! Taknak pergi kelas ke?". Seorang lelaki asing menyoalnya.

Areum memandang lelaki tersebut dengan pandangan hairan. Kepalanya dipusingkan melihat sekeliling perhentian bas ini.

Tiada orang. Hanya dia seorang. Maknanya lelaki itu menyoalnya.

"Kau tanya aku ke?". Jari telunjuk dihalakan pada diri sendiri.

Hello Stalker !Where stories live. Discover now