Part 16 - It was me

105 14 0
                                    

                   Areum menguap kesekian kalinya. Matanya yang kuyu ditonyoh tonyoh agar tidak tidur.

Okay Areum, you can do it!

Buku yang berada tangan dibelek belek untuk mengingatinya buat kali terakhir sebelum masuk ke dewan peperiksaan.

Apabila pengumuman tentang peperiksaan akan bermula sebentar lagi, dia menyimpan buku ke dalam beg kemudian masuk ke dalam dewan peperiksaan.

...

"Macam mana last exam?"

"Hmm not bad." Areum minum air susu.

"Lepas ni pergilah tidur. Kesian aku tengok kau. Mata ada lingkaran gelap tak cukup tidur."

"Kau ni macam kakak aku lah Mino." Serius tak tipu. Suka membebel, suka nasihat, suka mengacau itulah perangai abadi kakaknya, Song Ara.

"Heh aku nak tackle kakak kau boleh tak?" Mino tersenyun nakal.

"Maaf, dia dah berpunya."

Mino memegang dadanya.

"Aww sakitnya tu disini." Mino mengerutkan mukanya. Kononnya hatinya mengalami sakit kanser kronik strok yang maha dasyat. Padahal hanya disebabkan kena tolak. Dengan bakal adik ipar pulak tu.

"Bila Jinwoo nak balik."

Serta merta lakonan teruk yang tak berbayar oleh Mino terhenti.

Ini dah kali yang ketiga puluh sembilan Areum bertanya.

Bukan nak riak atau nak tunjuk hebat. Tapi Mino sentiasa mengira. Bukan apa, dia dah muak dengar ayat dan soalan yang sama dari Areum. Nampak je muka Areum, dia akan tanya ''Jinwoo belum balik?''. Bila sekali lagi soalan itu ditanya dah boleh agak siapa yang tanya sedemikian.

"Tak." Jawabnya sepatah.

"Aku nak tidur." Areum bangun dan berjalan ke bilik Jinwoo.

Mino mengeluh. Kesian dia tengok Areum. Dah berbulan dia jadi begitu.

...

Areum termenung. Tangannya menongkat dagu di atas meja belajar.

Sekarang Areum jarang pulang ke rumahnya dengan alasan dia tak boleh berpisah daripada bau Jinwoo. Dia sukakan bilik ini. Jika ibu bapanya bertanya, dia hanya menjawab dia tidur di rumah kawan.

Areum membelek buku buku yang berada di atas meja.

Cis, tiada satu pun yang menarik. Semuanya bergenre aksi.

Sedang dia membelek, dia terjumpa satu buku nota berwarna hitam menarik minatnya untuk membuka.

Areum membukanya tanpa teragak agak.

Hmm kosong. Tiada apa pun. Bosan lah.

Areum hendak meletakkan kembali buku nota ke tempat asalnya tetapi terhenti apabila satu foto jatuh.

Areum mengambil foto dan terbalikkan.

Matanya membulat apabila melihat dirinya sedang berjalan keluar dari rumahnya di dalam foto yang dipegangnya.

Lantas dia mengambil kembali buku nota tadi. Dibeleknya hingga ke tengah muka surat. Terdapat banyak foto dan semuanya menunjukkan Areum dari jarak jauh.

Areum mengambil satu gambar.

Gambarnya sedang belajar di atas meja dalam perpustakaan.

Ini ketika dia mengambil ujian pertama sewaktu dia masuk alam kolej.

Areum melihat belakang foto. Terdapat satu tulisan atau kata kata.

16 May.

She's hiding her pain inside.

Areum mengerutkan dahinya. Memikirkan apa maksud ayat ini.

Dia mengambil sekeping lagi foto.

Gambarnya menunjukkan Areum membawa dua batang aiskrim dari kedai serbaneka 24 jam. Sudut gambar diambil dari jarak jauh. Pandai Jinwoo ambil gambar kerana kesemuanya cantik walaupun dari penjuru dan jarak yang jauh. Sebab itu Areum langsung tidak perasan.

7 May

It's all my fault for let her knowing. But, trust me. I deserve better than he does and feel sorry for stealing her lips.

Oh.. Sekarang barulah Areum faham.

Maksud ayat Jinwoo adalah tentang hari dimana mereka bertemu dengan Seungmin.

Areum tergelak kecil. Kelakar pula bila teringat tentang hari itu.

Bibirnya disentuh tatkala dadanya berdegup kencang.

Matanya dipejam.

Pada awalnya dia benci.

Tapi hati tidak boleh tipu.

Hello Stalker !Where stories live. Discover now