Part 12 - Different

107 13 2
                                    

"Aku dah dapat!!!"

Kertas peperiksaan ditunjukkan kepada Jinwoo.

"Tahniah. Walaupun dapat 50 je "

Itu je Jinwoo balas? Tak apa lah at least dia cakap tahniah.

"Kira okay la aku dapat 50 dalam subjek eng"

Areum mencebik.

Jinwoo tertawa kecil kemudian dia menggosok kepala Areum perlahan.

"Jom balik. Parents kau dah tunggu"

Areum terkaku melihat tawaan kecil Jinwoo. Rasanya jarang dia lihat sisi lain Jinwoo. Jinwoo tak pernah senyum dengannya.

Kini mereka pula makin rapat. Jinwoo pula sudah seperti bodyguard Areum. Kemana sahaja dia pergi, Jinwoo ikut dan apa apa Areum buat benda yang tak dijangka, dia akan memberitahu kepada bapa Areum. 

Mula mula memang rasa rimas tapi lama kelamaan rasa rimas tu hilang. Dulu bukan main lagi dia marah Jinwoo mengikutnya sana sini. Sekarang, dia seperti ada kawan yang akan dengar luahannya ketika balik dari kolej.

"Kau tak nak masuk sekali?"

Tombol pintu dipulas.

"Tak apa lah. Aku ada kerja lain. Annyeong "

Jinwoo melambaikan tangannya. Areum membalas. 

"Yah!"

Jinwoo menghentikan langkahnya dan berpusing belakang. 

"Ya?"

"Besok kelas aku mula lambat. Dalam tengah hari macam tu"

"Tahu"

"Mana kau tahu?"

Areum berfikir sejenak.

"Jangan jangan kau letak rakaman dalam beg aku"

Lantas Areum memeriksa beg galasnya.

"Dah lah aku nak pergi ni"

Pantas sahaja Jinwoo berjalan meninggalkan kawasan perumahan Areum.

...

"Sasaran diterima"

Jinwoo menyampaikan maklumat melalui alat telekomunikasi khas.

"Mangsa adalah kaki kelab"

"Lagi?"

"Itu sahaja. Dia bukan kaki perempuan"

Jelas Jinwoo.

"Nampaknya si pentuduh ni salah faham haihhh... "

"Senangnya kerja kau, Seungyoon"

Jinwoo berjalan meninggalkan kelab tersebut. Cap diatas kepalanya dipakai rapi.

"Kerja aku memang senang. Aku pun sendiri dah bosan jumpa mangsa yang sama perangai"

Jinwoo tersenyum kecil.

"Cuba lah ikut Mino. Baru mencabar"

"Mino punya mencabar sangat. Bunuh sana sini. Aku takut hehe"

"Kalau aku boleh, kenapa kau tak boleh? "

Jinwoo berhenti di sebuah cafe.

"Capuccino satu".

Selesai order, Jinwoo mengambil tempat di sebelah cermin lutsinar. 

"Kau kan pro. Semua orang respect kau. Semua benda kau boleh buat"

"Tch! Dah lah Seungyoon. Aku nak rehat ni"

"Kau tolong belikan aku donat sekali tau. Aku lapar gila ni"

"Yalah Seungyoon. Kau nak apa lagi? "

Air capuccino sudah pun sampai di atas meja. Jinwoo menyisip sedikit air panas itu.

"Hmm nak cakap terima kasih sebab tolong aku hari ni"

"Sama sama. Baik baik kat Busan tu. Apa apa bagitahu aku"

"Aip! Aip! Hyung! "

Jinwoo menggeleng perlahan.

"Baru nak panggil aku hyung. Ayy budak zaman sekarang"

Kebanyakkan pekerja bawah Tuan Oh majoriti berumur muda daripada Jinwoo. Jadi disebabkan Jinwoo berahsia tentang umurnya, mereka pun hanya membahaskan aku kau.

Apabila mendapat bahawa Jinwoo ahli yang tertua, tergagap gagap mereka menyebut hyung.

Jinwoo mengaktifkan telefonnya.

Teet!

Jinwoo mengerutkan dahinya.

Emel?? 

Dia membuka emel tersebut dan membacanya. 

Comeback home, son. Your mom was here.

Jinwoo mengurut dahinya. Nak tak nak dia kena pergi ke sana untuk menguruskan hal keluarga.

Tiba tiba wajah Areum muncul di minda. 

Dia mengeluh perlahan.

Areum perlukan dia untuk memerhatinya. Apa dia harus buat?

Keluarga atau kerja?

Fikir Jinwoo. Fikir.

Hello Stalker !Where stories live. Discover now