Part 14 - Empty

103 14 0
                                    

Dah hampir seminggu tanpa Jinwoo. Bukan ke itu yang Areum nak?

Selama ni dia rimas dengan kehadiran Jinwoo. Kemana dia pergi, dia pun turut ada.

Dan minggu ni berbeza. Tiada orang yang mengikutnya ke mana dia pergi. Taehyun pula tiada lah selalu sangat memerhatinya.

Areum mengeluh kecil. Bosan pula. Kalau tidak dia akan berbual dengan Jinwoo di waktu begini.

Areum bukannya ada kawan. Sejak masuk ke alam kolej. Belum pernah dia nak bersosial. Sikit pun tak. Sehinggakan orang kata dia sombong.

Kisah apa dia.

Areum metakkan kembali buku yang dia ulangkaji tadi. Ada lagi satu ujian dia perlu hadiri.

Dia berjalan keluar dari perpustakaan. Tiba tiba sahaja ada seorang menghulurkan sekuntum bunga membuatkan dia terhenti.

"Hmm ini untuk nuna. Saya dah lama perhatikan nuna. Saya harap nuna terima hehe". Tersengih sengih lelaki itu berkata.

Areum dengan muka tak berperasaan mengambil bunga itu dan pergi meninggalkan budak lelaki tersebut.

"Terima kasih nuna kerana terima bunga saya!!!!". Dari jauh budak tu laung tapi langsung Areum tidak toleh.

Apabila sudah jauh dari perpustakaan, Areum menuju ke tong sampah dan membuang bunga yang diberikan oleh budak tadi.

"Eh eh tak elok buang. Orang bagi kita kenalah terima". Sampuk satu suara.

"Kau ni, Taehyun. Suka datang secara tiba tiba". Jeling Areum.

"Alahhh dia marah pulak. Dah ah.. Aku nak pergi". Taehyun memulas pegangan motornya berpura pura ingin pergi. Kononnya dia merajuk.

"Jangan lah pergi!". Dengan kadar segera Areum menghentikannya.

Taehyun tersenyum kemenangan. Sudah dia agak.

Areum duduk di belakang Taehyun.

"Aku takda mood."

Sudah faham apa yang Areum nak. Lantas Taehyun mengangguk.

"Aip aip!"

...

"Kau rasa kenapa aku macam ni?". Soal Areum. Matanya hanyut dalam hamparan lautan yang terbentang luas di hadapannya.

"Aku rasa kau dalam level di mana seseorang itu sedang merasai kehilangannya yang amat dia sayangi. Betul tak?". Taehyun menjongketkan keningnya.

"Entah lah". Areum mengangkat bahu.

Mungkin betul apa yang dicakapkan oleh Taehyun. Entah kenapa dia berasa seperti ini sampai susah dia nak ungkapkan dari segi perkataan. Ini mungkin disebabkan dia tak pernah mengalami perasaan ini sehinggakan dia keliru.

"Boleh bagi nombor Jinwoo?". Areum beralih pandangannya ke arah Taehyun berharap lelaki itu memberinya.

"Maaf. Bukan aku taknak bagi. Kalau Jinwoo menyelesaikan hal keluarga, dia tak pernah mengaktifkan telefon dia. Selagi hal tu tak selesai, selagi itu lah kitorang tak tahu apa yang jadi kat Jinwoo di sana". Taehyun mengeluh kecil.

"Besar sangatkah hal keluarga dia?"

"Itu aku tak tahu. Hal keluarga kan? Yang aku tahu mak ayah dia tinggal di tempat yang berbeza tapi tak bercerai. Kesian Jinwoo kadang kadang kena ulang alik sana sini"

"Oh.. ". Areum kembali merenung lautan itu.

Patutlah Jinwoo ni agak dingin pada awalnya. Dia juga ada masalah.

"Kau mesti rindu dia kan?". Soal Taehyun tiba tiba menyebabkan Areum tersentak.

"Ada nampak macam rindu ke?"

Taehyun mengangguk. Ceh! Fikir dia tu doktor cinta tahu perasaan orang segala bagai.

"Yelah kot"








Hello Stalker !Where stories live. Discover now