Part 10 - Your presence

117 23 7
                                    

Beg sandang dibetulkan pada bahu kemudian dia berjalan menuju ke perhentian bas . Malas nak naik dengan pemandunya. Memang dari dulu dia tidak suka naik kereta dengan pemandunya. Terlalu menunjuk pula.

Tapi dia juga rimas dengan seorang ni. 

"Awal kau balik". Jinwoo yang berhoodie melihat sekitar perhentian bas. 

'Erghh kenapa la hidup aku mesti dikongkong'. Getus hati Areum. Mana taknya, sudah hampir sebulan Jinwoo mengikutnya.

"Aku balik lambat, kau complain. Balik awal pun kau nak complain juga ke? ". Kata Areum tanpa memandang ke arah Jinwoo. 

"Heol"

Serentak dengan itu, bas sampai. Areum bukan naik bas tapi dia menuju ke arah lain.

"Aku nak pergi tempat lain dulu"

Jinwoo dengan muka blanknya hanya mengikut Areum dari belakang.

...

      Pearl Milk Tea dihirupnya sambil melihat pemandangan di sebalik cermin lutsinar.

"Kau tak nak minum ke? ". Soal Areum apabila melihat Jinwoo di hadapannya.

"Kau bayarkan ke?". Sinis Jinwoo membalas. Tengok? Semua sengaja nak cari gaduh. Ada je pengtelingkahan di antara mereka. Mohon ada jodoh suatu hari nanti.

"Aku tanya kan? Tak payah nak ambik serius sangat". Areum menggulingkan mata.

"Aku pun tanya jugak kan? Nak sentap kenapa?". Jinwoo juga menggulingkan matanya. Hah bagus, sekarang nak buat 'siapa boleh guling mata sebanyak mungkin dia menang'?

Macam ni lah keadaan mereka berdua sejak berkenalan. Tuan Song menaikkan bayaran kepada Jinwoo apabila Areum mengetahui tentang upahannya terhadap Jinwoo. Kalau boleh nak upgrade jadi pengawal peribadi terus tapi Jinwoo menolak pula. Nasib lah Tuan Oh tidak berkata apa apa.

"Malas aku nak layan kau"

"Siapa nak layan dia"

Masing masing menarik muka.

Cuma satu je, Areum tidak tahu nama sebenar Jinwoo. Memang tidak mahu ambil tahu pun.

"Woi budak! Kelas kau pukul berapa besok? ". Jinwoo menyilangkan kakinya. 

"Sebelas". Jawab Areum acuh tak acuh. Pandangannya beralih pada satu pasangan dari luar. Macam kenal..

Diperhatikan betul betul. Ya, memang tak salah.

Jinwoo juga melihat apa benda yang dilihat oleh Areum. Matanya membulat.

Areum bangun dari tempat duduknya dan berjalan keluar dari cafe. Cepat cepat Jinwoo mengejarnya.

"Budak! Jom kita balik!". Lengan Areum ditarik. Areum menarik semula lengannya apabila dia hampir kena heret oleh Jinwoo. Kuat pula budak ni.

Jinwoo menutup mata Areum pula.

"Kau jangan kacau aku lah!". Badan Jinwoo ditolaknya sekuat hati. Mana entah dia dapat kekuatan ni.

Areum mengekori pasangan tersebut. Matanya berair menahan air mata daripada turun.

Jinwoo hanya membiarkannya sahaja. Dia dah tahu sejak dia memeriksa profile yang dia minta dari Mino hari itu dan Areum tidak sepatutnya tahu.

Jinwoo menyerabutkan rambutnya. Dia buntu. Ni jelah caranya walaupun mengarut dan klise. Dia mengejar Areum dan memegang erat bahu Areum dan berpusing menghadapnya. mukanya didekatkan.

Mata Areum membulat apabila terasa bibirnya terasa sesuatu yang lembut. Jantungnya berdetak hebat seperti lari lapan ratus meter.

Jinwoo hanya melekapkan bibirnya bersama bibir Areum. Tangannya tidak lepas memegang badan Areum agar dia tidak bergerak.

Oh tidak! Adakah ciuman pertamanya diambil?

"Eee tak senonoh cium kat tempat awam". Terdengar pula suara seorang perempuan. Jinwoo menarik mukanya dan mengusap leher belakangnya. Pipi Areum pula membahang bak tomato.

Areum menoleh.

Oh 'pasangan' tadi.

Areum menerbitkan senyumannya. Air matanya sudah pun kering.

"Tahniah". Ucapnya kepada pasangan tersebut atau lebih kepada Seungmin.

Take one


Ready




And




Action !

"Jom sayang! Kacau lah diorang ni. Tak puas nak cium sayang". Areum memegang erat tangan Jinwoo dan menariknya pergi. Meninggalkan pasangan tadi.

' Cepatnya dia cari pengganti aku '.

Hello Stalker !Where stories live. Discover now