Bab 5

3.8K 108 3
                                    

"Aku terima nikahnya Ariana Rose binti Rahim dengan mas kahwinnya lima ratus ringgit tunai."

Sah!

Sah!

Sah!

Sekali lafaz je, Ariana sah menjadi isteri kepada Khairul. Sekarang Ariana adalah tanggungjawab Khairul.

🍀🍀🍀

"Tak sangka aku. Kau kahwin dengan budak baru tu. Terlepas lah aku nak ngorat dia." Kata Fatin sedih. Ariana peluk bahu Fatin.

"Tak payah lah nak sedih. Tu. Adam kan ada untuk kau." Ariana memuncungkan bibirnya ke arah Adam yang tengah sembang dengan Khairul.

"Ish. Tak nak lah aku." Kata Fatin.

"Hah! Macam mana kau boleh kahwin dengan Khairul? Tak silap aku, kau baru kenal dia kan?" Tanya Fatin. Dia pun terkejut bila Ariana bagitahu yang dia akan barkahwin dengan Khairul.

"Pilihan keluarga. Keluarga aku dan dia dah sepakat lama. Lagipun, keluarga aku dah lama kenal dengan keluarga dia. Aku pun tak ingat pasal dia sangat." Kata Ariana. Dia meneguk air sedikit. Rasa dahaga pula. Fatin mengangguk kepalanya.

"Ohh. Patutlah hari tu dia tanya aku pasal kau."

"Pasal aku?" Ariana mengerutkan dahinya.

"Yelah. Hari tu dia tanya siapa Adam masa dekat cafe hari tu. Aku cerita lah siapa Adam bagi kau dan aku cerita juga kau amnesia. Bila aku cakap kau amnesia muka dia terus berubah." cerita Fatin. Dia memang rasa pelik bila Khairul suruh cerita pasal Ariana.

"Berubah? Berubah macam mana?" Tanya Ariana. Dia pun nak tau juga tentang Khairul dalam hidupnya. Dia akan koret sedikit tentang Khairul. Belum sempat Fatin nak buka mulut. Khairul muncul di sebelah Ariana.

"Cerita apa ni? Share lah sikit." Khairul memeluk pinggang Ariana dari tepi. Ariana terkejut terus memandang Khairul. Dia membulatkan matanya memberi amaran.

"Comel lah buat mata macam tu." Khairul mencubit pipi Ariana. Ariana mengaduih sakit. Dia gosok sedikit pipinya. Tak makan saman betul dia ni. Fatin hanya tersenyum melihat dua sejoli ni.

"Ok lah. Aku gerak dulu." Fatin terus peluk Ariana.

"Awalnya nak balik. Makanan ada lagi ni." Kata Khairul. Ariana mengiyakan kata2 suaminya.

"Takpa lah. Ramai lagi tetamu korang ni. Aku gerak dulu lah. Nanti bagi lah kat aku anak sedara cepat2 tau." Fatin mengenyitkan matanya kepada Ariana. Ariana yang mahu cubit Fatin tidak sempat kerana Fatin dah berlalu pergi.

"Dengar tu. Kawan awak nak anak sedara tu. Jadi malam ni.." Bisik Khairul nakal.

"Bising ah!." Ariana menyiku perut Khairul dan terus berlalu pergi meninggalkan Khairul di belakang. Khairul tergelak.

🍀🍀🍀

Selepas habis majlisnya, Khairul masuk ke dalam bilik Ariana untuk membersihkan diri. Ariana? Tidak tahu dia berada di mana. Dah merata Khairul cari. Keluar sahaja dari bilik air. Ariana masih tidak masuk ke bilik lagi. Khairul mangambil kesempatan untuk meninjau bilik Ariana. Dia ternampak barang yang dia kenal di rak terbuka bilik Ariana. Dia mendekati barang tersebut dan membeleknya.

"Ni bukan teddy bear yang aku bagi ke waktu besday dia yang ke-12 ?" Kata Khairul perlahan. Dia ingat lagi. Waktu tu Ariana nak sangat teddy bear sebesar dia. Tapi dia tak mampu beli sebab duit tak cukup. Waktu tu masih sekolah rendah. Duit makan pun cukup2 je umi dan walid bagi. Khairul tersenyum sendirian. Dia mengambil pula kotak sederhana di sebelah teddy bear.

"Apa ada dalam kotak ni?" Dia baru nak buka kotak itu. Tiba2 pintu bilik dibuka.

"Awat buat apa tu?" Tanya Ariana. Khairul cepat2 simpan kotak itu di tempat asal.

"Tak buat apa. Awak dari mana ni? Dari tadi saya cari." Kata Khairul. Dia melabuhkan punggungnya di birai katil. Ariana menuju ke meja solek dan membuka segala pin2 di tudungnya.

"Saya lepak sekejap dalam bilik sepupu saya." Kata Ariana. Khairul masih memandang Ariana.

"Awak buat apa dengan kotak saya tu?" Tanya Ariana. Dia nampak Khairul pegang kotak merahnya. Khairul mengosok belakang lehernya. Kantoilah pula.

"Tak adalah. Saja nak tengok isinya tapi tak sempat pula. Hehe." Kata Khairul. Ariana mencabut tudungnya dan berlalu pergi ke kotaknya. Dia mengambil dan diserahkan kepada Khairul. Dia melabuhkan punggungnya dia sebelah Khairul.

"Kalau awak nak tengok. Tengok lah. Lagipun barang2 dalam ni tak seberapa pun. Afiq siap pesan lagi kat saya. Barang ni jangan dibuang sebab barang2 ni adalah kenangan akak dengan seseorang. Saya pun tak tau sesorang tu siapa." Kata Ariana. Haritu masa dia kemas bilik, barang tu dia nak buang tapi adiknya melarang. Khairul mengambil kotak itu. Dia memandang Ariana.

"Awak tak ingat langsung siapa yang bagi? Sikit pun?" Ariana menggeleng dan senyum. Khairul pun turut membalas senyuman Ariana. Dia mengambil tangan Ariana lalu diciumnya. Ariana tergamak.

"Takpa. Suatu hari nanti, awak akan ingat balik. Insyaallah." Kata Khairul. Dia berharap nanti Ariana akan mengingatinya dan dia berjanji akan pulihkan balik ingatan Ariana. Itu janjinya.

-------------------
Maaf typo

Thanks, Mr Husband .Where stories live. Discover now