Bab 22

3K 81 0
                                    

"Penat berjalan?" Tanya opah. Khairul mengambil tempat pangkin disebelah atuk manakala Ariana disebelah opah.

"Penatlah juga kalau kena layan dua gadis." Kata Khairul. Dia mengambil buah mangga yang di potong oleh opah lalu di masukkan ke dalam mulutnya.

"Dua gadis? Amboi! Dah ada madu ke untuk Ariana?" Tanya atuk. Mata Ariana terkebil - kebil dengan pertanyaan atuk. Madu? Oh tidak!

Opah mencubit lengan suaminya. "Apa abang ni? Ada pula sampai macam tu sekali. Kalau betullah Ana ni ada madu. Biar opah kerat semua anggota Khairul.!" Kata opah geram. Ariana dah tergelak kecil. Sampai macam tu sekali.

"Uishh. Apa opah ni? Khai tak akan madukan Ariana. Kalau opah kerat Khai. Siapa nak peluk Ariana malam2. Betul tak sayang?" kata Khairul dengan senyuman nakal. Ariana mengerling tajam kearah Khairul. Ada pula cakap depan opah dan atuk. Malu.

"Kalau kamu berani buat! Buat lah!" Kata opah tegas. Atuk hanya mengelengkan kepalanya.

"Siapa gadis lagi sorang?" Tanya atuk untuk berhentikan pertengkaran itu.

"Anis." Jawabnya sepatah. Khairul menyuruh Ariana suap buah mangga tu ke mulutnya. Ariana ambil buah mangga tu dan tonyoh ke dalam mulut Khairul.

"Sayang." Renget Khairul. Ariana tergelak.

"Anis mana?" Tanya opah. Dia cuba ingat balik tentang gadis bernama Anis.

"Alah. Cucu atuk amir tu." Bagitahu Khairul.

"Ohh. Amir tu. Yang duduk dekat hujung jalan sana tu?" Tanya atuk untuk pastikan betul atau tidak tekaannya.

"Yeye. Yang tu lah." Khairul mengiyakan pertanyaan atok.

"Lah. Anis kawan kamu berdua dulu tu ke?" Khairul mengangguk kepalanya.

"Kamu suruh dia datang rumah esok." Arah opah.

"Kenapa pula?" Tanya Khairul. Dia mengambil air teh lalu di minumnya.

"Sebab dia kan madu Ariana." Kata opah dengan senyuman sinis.

Hokk!

Khairul tersedak bila dengar apa yang opah katakan. Ariana tercekik bila makan buah mangga. Atuk tersenyum tengok telatah cucu - cucu dan isterinya. Isterinya suka betul kenakan budak - budak ni.

"Apa opah ni? Dia bukan madu Ariana lah. Tak sanggup Khai nak madukan Ariana." Kata Khai terkejut. Gila tak terkejut.

"Tau kamu terkejut." Opah tersenyum. Dia saja kata macam tu. Nak tengok riaksi mereka. Tak sangka boleh tersedak dua2.

Ariana mengurut dadanya. Fuhh. Selamat.

"Dah lah. Khai nak masuk dalam dulu. Jom sayang." Ajak Khairul. Dia sudah berdiri.

"Awak masuk lah dulu. Saya nak duduk dengan opah dan atuk." Kata Ariana. Dia masih duduk disebelah opah.

"Sayang. Jangan melawan cakap suami." Kata Khairul tegas. Ariana dah memucungkan bibirnya. Dia membuat muka simpati lalu di pandang opah.

"Pergi je lah." Kata opah. Ariana bangun dengan longlai. Khairul sudah senyum kemenangan.

🍀🍀🍀

Ariana menyikat rambutnya yang basah di depan cermin. Khairul tengah main fonnya tapi sesekali dia memandang Ariana. Entah kenapa malam ini Ariana nampak lain.

"Awak." Panggil Ariana. Dia pusingkan badannya mengadap Khairul yang baring atas katil.

"Hmm."

"Saya nak tanya sesuatu boleh?" Tanya Ariana. Khairul mengangguk. Ariana menarik nafas dan hembus perlahan.

"Waktu di sekolah tadi, Anis kan ada bagitahu yang kita bertiga ni rapat. Tapi kenapa gambar di rumah kita ada gambar saya dan awak je pakai baju sekolah? Mana Anis?"

Gulp.

Kantoi pula. Memang dia sengaja letak gambar dia dan Ariana. Dulu dia anggap persahabatan dia dan Ariana lebih dari seorang kawan.

"Erggg.. saja. Kenapa tak boleh?" Tanya Khairul. Ariana bangun lalu menuju ke arah Khairul. Dia naik ke atas katil dan duduk di sebelah suaminya.

"Boleh. Cuma saya tanya je." Kata Ariana. Dia mengambil fonnya. Khairul berasa lega sebab Ariana tidak banyak tanya.

"Hah!"

"Opocot." Latah Khairul bila Ariana tiba2 jerit. Uishh. Lemah semangat.

Dia pandang muka Ariana dengan serius. Ariana senyum kerang busuk dan buat gaya peace.

"Saya lupa nak cakap. Saya nak minta maaf sebab pecahkan frame gambar hari tu." Kata Ariana.

'Frame? Ohh. Waktu jari Ariana darah.' Desis hati Khairul.

"Maaf tak diterima." Kata Khairul selamba. Mulut Ariana ternganga. 'Maaf tak diterima?'

"Alah. Sorry lah. Saya tak sengaja. Maaf kan eh." Kata Ariana manja. Dia membuat muka comel di depan Khairul. Khairul telan air liurnya. Ni yang tak tahan. Sungguh mengoda.

"Dengan syarat." Khairul mengangkat keningnya berkali2. Ariana dah muncung mulut. Tak suka.

"Tak nak lah syarat2."

"Nak abang maafkan atau tak?" Khairul memberi pilihan. Dia dah fikir nak kenakan Ariana.

"Ish. Yelah2. Apa dia?" Kata Ariana geram. Khairul dah senyum lebar. Dia dekat kan diri dengan Ariana. Ariana yang rasa lain macam cuba jauhkan. Tapi semakin dia jauh, semakin Khairul dekat. Badan Ariana dah tersandar dekat kepala katil.

"Sayang kena kiss abang." Bisik Khairul. Ariana dah terkebil2.

"Ka.. kalau sa.. saya tak nak?"

"Kalau sayang tak nak. Abang tak akan maafkan sayang." Ugut Khairul. Ariana dah buat muka cemburut. Nak tak nak. Kena buat juga. Nanti tak dimaafkan pula.

"Fine." Dia mendekatkan mukanya dengan Khairul secara pelahan. Bila bibir Ariana nak dekat dia berhenti dulu. 'Aduh. Ni yang tak suka.' Desis hati Ariana.

Khairul rasa lambat pula tindakan Ariana. Dia yang dekatkan bibirnya dengan Ariana. Mata Ariana membulat. Khairul dah senyum kemenangan. Ariana cuba melepaskan diri sebab dia dah fikir sekejap sahaja. Tapi Khairul menahan dengan tangannya dipinggang Ariana. Dia belum puas lagi. Bukan senang nak dapat peluang. Ariana yang sesak nafas terus mengigit bibir Khairul.

"Auch." Aduih Khairul. Ariana jauhkan dirinya sedikit dari Khairul. Dia mengigit bibir bawahnya. Berasa geram terhadap Khairul.

"Nakal ye sayang. Tapi i like." Kata Khairul senyum mengoda. Ariana menjeling tajam. Pipi dia dah blushing.

"Dah lah. Saya nak tidur." Ariana tarik selimut sampai kepala. Dia cuba menutup matanya. Khairul tergelak kecil.

"Tidurlah sayang. I love you." Ucap Khairul. Dia mencium ubun2 Ariana. Dia membaringkan badannya disebelah lalu dipelukanya badan Ariana.

Thanks, Mr Husband .Where stories live. Discover now