Bab 30

3.2K 69 0
                                    

"Tak sangka kau muncul balik. Setelah lama kau tak contact kami." Ujar Fatin. Dia berpeluk tubuh lalu mengecilkan matanya memandang pemuda di hadapanya.

"Sorry lah. Aku busy sangat. Lagipun selepas aku habis belajar, aku tolong ayah aku dan cari duit poket untuk kahwin dengan tunang aku ni." Ujar Imran. Dia membuat muka comel di depan juniornya. Fatin rasa nak tumbuk pula tengok muka macam tu. Nasib muka hensem. Ariana mendekat dirinya dengan meja makan.

"Macam mana awak boleh tahan dengan mamat ni eh? Dah lah buat muka macam orang gila tepi jalan tu." Gurau Ariana. Imran baling tisu kepada Ariana. Ariana dan Fatin dah ketawa besar. Maklumlah dah lama tak bergurau.

"Muka yang hensem macam babyface ni. Kau kata macam orang gila tepi jalan tu. Err." Imran menjeling tajam kepada juniornya. Ariana dan Fatin tak henti geli tengok jelingan tu. Ingat takut.

"Saya pun tak tahan perangai dia yang satu tu. Suka control." Kata tunang Imran. Dia rasa terhibur pula.

"Hahaha. You see. Tunang kau pun cakap kau suka control. Dulu kitaorang cakap kau tak nak percaya. Haha." Kata Fatin dengan sisa tawanya. Kelakar pula tengok Imran yang muka macam cemberut.

"Haha. Awak ni boleh join club kitaorang. Club Imran bajet." Seloroh Ariana. Mereka tiga ketawa besar. Sekeliling mereka memandang pelik ke arah mereka . Ada kitaorang kesah.

Imran senyum lebar tengok telatah mereka terutama juniornya. Sudah lama tak bergelak tawa macam ni. Mereka dua ni banyak menolongnya.

"So. Macam mana Ariana dengan Adam?" Soal Imran tiba - tiba. Ariana yang tengah minum untuk basahkan tekak sebab gelak terlalu banyak tiba2 tersedak.

"Macam mana apa? Macam tu je lah." Jawab Ariana acuh tak acuh.

"Kenapa kau tiba2 tanya pasal dia?" Tanya Fatin. Dia pandang pelik tengok Imran.

"Saja. Dah lama tak de-"

"Ariana. Fatin." Panggil seseorang. Mereka mendongak sedikit kepala.

"Adam." Panggil mereka serentak.

🍀🍀🍀

"Assalamualaikum." Ariana memberi salam lalu dia masuk ke dalam rumah.

"Baru balik Ariana?" Tanya Dian yang baru lintas di depan Ariana. Ariana senyum.

"A'ah. Sorry sebab lewat balik." Ariana mengikut Dian pergi ke dapur.

"It's okay lah Ariana. Biasalah perempuan. Bila jumpa kawan. Sembang tak ingat dunia." Ujar Dian. Dia melabuhkan punggung di kerusi meja makan selepas ambil minumannya.

Ariana memandang sekeliling. Matanya meliar mencari seseorang. Dian yang lihat Ariana macam cari seseorang terus dia berkata.

"Khairul ada kat atas." Jawabnya. Ariana mengaru kepalanya tidak gatal dan tersengih.

"Ergg. Kalau macam tu, Ariana naik atas dulu lah."

"Hmm. Ye lah." Ariana terus menaiki tangga menuju ke biliknya. Dia buka pintu bilik perlahan - lahan. Dia nampak sekujur tubuh tengah baring di atas katil sambil main fonnya. Khairul pandang ke arah pintu bilik bila rasa macam ada orang masuk. Dia cepat2 sorokkan fonnya.

"Lambat balik?" Tanya Khairul tegas. Dia pandang Ariana yang menuju ke meja solek.

"Sorry." Ariana pandang Khairul di pantulan cermin. Dia mengelip matanya. Khairul tergelak. Dia bangun lalu menuju ke sebelah Ariana.

"Tak payah lah buat muka macam tu. Buruk tau." Kutuk Khairul. Ariana memuncung bibirnya. Kurang asam punya suami.

"Hah! Buat mulut macam tu. Cium karang." Ariana cepat2 menutup mulutnya. Khairul geli hati. Tahu takut.

"Keluar dengan Fatin je ke tadi?" Tanya Khairul. Dia ingin kepastian. Dia tak akan terburu - buru menuduh Ariana.

"A'ah." Jawab Ariana sepatah.

"Betul? Tak tipu?" Tanya Khairul. Dia merenung muka Ariana di pantulan cermin. Ariana yang perasan dia direnung. Memusing badannya mengadap Khairul. Pelik dengan soalan suaminya.

"Betullah. Kenapa? Tak percaya ke?" Ariana mengangkat keningnya. Khairul dekatkan dirinya dengan Ariana. Dia mengengam meja solek di sebelah kiri dan kanan Ariana. Ariana tersekat di tengah - tengah tangan Khairul.

"Selain Fatin?" Soalan di balas soalan. Ariana mengerut dahinya. Dah kenapa dengan Khairul ni. Dia pegang dagunya untuk imbas balik.

"Hah! Saya terjumpa se-"

Toktok.

"Ariana! Khairul! Turun bawah sekejap."

Thanks, Mr Husband .Where stories live. Discover now