"Sudah2 lah gelakkan abang." Kata Khairul. Dia geram tengok isterinya dari tadi gelak. Petang sampai nak tidur pun masih gelakkan lagi.
"Comel je tengok gambar tu. Haha." Ariana masih gelakkan gambar yang dia lihat dengan Anis. Khairul mengecilkan matanya pandang Ariana. Geram pula. Dia bangun lalu melangkah kearah Ariana yang bersila diatas katil.
"Sayang nak berhenti or tak?" Tanya Khairul. Dia merangkak kearah Ariana. Ariana dah cuak. Terus mati gelaknya. Dia berundur ke belakang.
"Okay2. Saya berhenti." Jawab Ariana. Badan Ariana dah rapat sampai di kepala katil.
"Are you sure?" Tanya Khairul lagi. Dia meletakkan kedua tangannya di sisi Ariana untuk memberhentikan pergerakan Ariana.
'Mampus aku. Afiq! Tolong akak!' Desis hati Ariana. Matanya tak berkelip tengok Khairul yang tersenyum nakal.
"Su.. sure." Jawab Ariana gagap. Khairul tergelak kecil.
"Kenapa tiba2 sayang gagap? Takut?" Tanya Khairul. Seronok betul kenakan Ariana. 'Tadi dia dah gelakkan aku. Sekarang tiba masanya.'
"Mana ada. Ish. Tepilah." Ariana terus tolak Khairul. Tapi Khairul dapat menangkap tangan Ariana. Dia tarik Ariana dalam pelukan dan baring.
"Khairul! Apa ni?!" Marah Ariana. Dia cuba lepaskan diri tapi tidak berhasil kerana pelukan Khairul lebih kuat pula.
"Apa? Salah ke abang nak peluk isteri sendiri. Lagipun ni sebagai denda sebab gelakkan abang." Sinis Khairul. Ariana mencebik. Sikit2 denda. Kalau denda benda lain takpa lah. Ni tak asyik nak peluk je. Tak peluk cium. Ish.
Ariana masih cuba untuk melepaskan diri. Dia tolak Khairul tapi tak berhasil. Pelukannya makin kuat.
"Cuba sayang duduk diam2. Kalau sayang bergerak lagi, abang akan buat benda lain." Amaran Khairul. Ariana mencebik. Dia duduk diam lepas dia amaran. Khairul tersenyum. Mereka berpelukan.
'Aduih. Jantung duduk lah diam2.' Desis hati Ariana. Jantung dia berdengup laju bila bersama dengan Khairul berdua. Dia terdengar bunyi asing bila dekat dengan Khairul. Tangan Ariana yang berada di dada Khairul. Dup dap dup dap.
"Awak." Panggil Ariana.
"Bila abang bersama dengan sayang. Jantung abang jadi tidak tentu arah. Asyik berdengup laju." Luah Khairul. Ariana hanya diam. Jantung dia pun rasa sama. Adakah dia dah?
🍀🍀🍀
"Khai minta diri dulu." Khairul menyalam tangan opahnya lalu giliran atuk pula. Ariana mengikut.
"Yelah. Bawa kereta elok2. Kirim salam kami dekat mak ayah kamu." Kata atuk. Khairul hanya mengangguk.
"Jaga diri baik2 ye Ana." Pesan opah. Mereka berpelukan sekejap.
"Opah pun sama jaga diri. Atuk pun." Kata Ariana. Mereke masuk kedalam kereta Khairul. Kereta Khairul meninggalkan perkarangan rumah opah.
"Sayang."
"Hmm." Ariana mengeling sekejap sebelum tengok balik pandangan luar.
"Kita singgah rumah Anis sekejap. Abang nak ambil barang."
"Hmm." Khairul pelik dengan isterinya. Hanya itu je dia jawab.
"Sayang ok?"
"Ok."
"Sure?" Ariana mengangguk. 'Takpalah. Satgi tanya lain.' Desis hati Khairul.
Sampai sahaja di rumah Anis. Khairul nampak Anis tengah basuh keretanya.
"Sayang nak turun or duduk dalam kereta?" Tanya Khairul. Dia membuka seatbelt nya.
"Dalam kereta." Lepas dapat jawapan dari Ariana. Khairul keluar dari keretanya.
"Assalamualaikum."
"Waalaikumusalam. Khairul. Sekejap aku ambil barang tu." Anis masuk kedalam rumah. Selepas beberapa minit, dia keluar dengan sampul surat warna coklat.
"Nah. Dalam ni semua apa yang kau nak ada." Ujar Anis. Sampul itu bertukar tangan. Khairul membuka sikit untuk lihat.
"Okay. Thanks ye." Ucap Khairul dia senyum manis kepada Anis.
"Welcome. Mana Ariana?" Tanya Anis. Khairul memucungkan bibinya kearah kereta.
"Aku nak jumpa dia sekejap."
"Jom lah." Ajak Khairul. Mereka menuju ke kereta Khairul.
Ariana yang berada di dalam hanya lihat mereka menuju ke sini. Dia memandang pelik sampul yang dipegang oleh Khairul. Apa isinya?
Khairul buka pintu memandu lalu masuk kedalam. Dia membuka tingkap disebelah Ariana.
"Hai Ariana." Ucap Anis. Dia bongkok sedikit.
"Hai." Ucap Ariana kembali.
"Nanti dekat sana kau jaga diri ye. Kalau Khairul buat kau nangis ke marah ke, kau bagitahu. Biar kasi ajar sikit mamat ni." Ugut Anis. Dia buat muka marah. Ariana senyum.
"Ingat aku takut. Eleh! Tangan kecil tu nak pukul aku. Tak sakit lah wey." Sinis Khairul.
"Amboi kau. Tunggu sekejap." Dia pergi ke tempat Khairul. Belum sempat Khairul ingin lock pintunya sudah di buka. Anis menumbuk badan Khairul.
"Woi. Sakit lah. Aduih." Khairul mengaduih sakit. Tapi sebenarnya tak sakit pun.
Tiba2 Ariana tergelak. Lawak dengan cara tumbuk Anis. Lepas tu dengan riaksi muka mereka. Anis berhenti tumbuk. Dia dan Khairul pandang muka Ariana. Bibir Khairul dan Anis mengukir senyuman yang manis. Dah lama mereka tak dengar gelak Ariana. Sungguh. Mereka rindukan.
🍀🍀🍀
"Ingat pesanan aku tadi Ariana." Kata Anis.
"Yaya. Saya akan ingat." Mereka berpelukan.
"Errgg. Anis." Panggil Ariana sebab pelukan Anis macam tak nak lepas.
"Aku akan rindu kau. Kau lah sahabat aku dunia dan akhirat. Aku akan ingat sampai bila2 apa yang kau bantu aku selama ni." Bisik Anis. Walaupun Ariana tidal ingat kenangan dulu. Dia akan luahkan juga. Ariana dapat dengar esakkan di telinga dia. Dia mengosok sikit balakang Anis.
"Saya pun akan rindu awak. Shh." Ujar Ariana. Anis lepaskan pelukan. Dia menyekat air matanya. Ariana senyum manis. Anis membalas senyuman itu.
"Okay darling2 ku sekalian. Drama dah habis. Nanti lambat pula kami nak sampai KL." Ujar Khairul. Dia berhentikan drama yang ada di depan matanya. Tadi dia lihat Anis meluahkan perasaannya terhadap Ariana. Dia pun rasa terharu.
"Spoil lah. Okay lah Ariana. Suami kau ni dah bising. Sebelum dia nak bebel lagi. Lebih kau balik lah. Nanti kita jumpa lagi."
"Hmm. Yelah. Kami minta diri dulu ye." Ariana dan Khairul masuk kedalam kereta. Kereta Khairul keluar dari perkarangan rumah Anis perlahan2. Khairul menekan hon sebelum keretanya meluncur laju.
YOU ARE READING
Thanks, Mr Husband .
Romance"Awak sama macam kelip2 tu." Khairul Zafril "Sama? Apa yg sama?" Ariana Rose "Cahaya. Cuba awak tengok cahaya dekat kelip2 tu. Kelip2 tu terang kan kawasan ni kan. Sama macam awak. Awak pun adalah cahaya yang terang kan hati saya." Khairul Zafril Se...