Ting tong.
"Mak!" Terus Ariana memeluk Puan Aishah apabila Puan Aishah baru membuka pintu.
"Ya allah. Budak ni tak menyempat." Marah Puan Aishah lembut. Ariana meleraikan pelukannya dan tersengih.
"Rindu kat mak." Kata Ariana manja. Dia membuat muka comel. Dah lama dia tak jenguk Puan Aishah.
"Mak pun. Dah. Kita masuk dulu." Jemput Puan Aishah. Ariana melangkah masuk ke dalam rumah.
"Ayah mana?" Tanya Ariana. Matanya melilau cari ayahnya. Kalau ada ke.
"Ayah kamu? Keluar jumpa kawan. Katanya kawan ayah kamu tu datang dari jauh." Jawab Puan Aishah. Ariana hanya mengganguk. Kawan lama lah tu. Matanya kembali meihat sekeliling rumah. Rindu pula dekat rumah ni. Banyak kenangan dia dengan keluarga.
"Mak. Ana nak masuk bilik. Boleh?" Tanya Ariana. Dia memandang maknya yang ingin menuju ke dapur.
"Buat apa minta izin. Bilik kamu kan. Pergi je lah." Jawab Puan Aishah. Ariana melangkah ke arah tangga. Di setiap anak tangga ada banyak bingkai gambar yang di gantung. Ariana perhati gambar - gambar itu. Semua gambar itu ialah gambar photoshoot sekeluarga. Ariana tersenyum bila ada satu gambar dia dengan Afiq bergaduh.
"Ana! Afiq! Sudah - sudah lah tu. Abang ni nak tangkap gambar kamu dua pun susah." Puan Aishah cuba meleraikan pergaduhan kecil antara anak - anaknya.
"Adik ni hah, mak. Dia yang mula dulu. Habis rambut Ana di bukanya. Ana dah elok - elok sangul kan. Ish!" Adu Ariana. Setiap kali dia ingin sangul kan rambut. Mesti ada tangan yang gatal ingin cabutnya semula.
"Mana ada. Akak yang mula dulu. Kusutkan rambut adik. Kata nak betulkan rambut bagi smart tapi hampeh. Rambut jadi tak elok!" Afiq mempertahankan dirinya. Dia menjelir lidahnya.
"Hello sikit. Akak dah bagi smart lah tu."
"Smart apa kebenda. Kusut tahu tak. Tak elok."
"Elok lah. Adik tak tengok ke dekat insta. Gambar lelaki bagi akak bila smart adalah kusutkan rambut sikit."
"Puih. Kusut rambut elok? Hello. Aka-" Puan Aishah hanya mengelengkan kepalanya. Pening tengok anak - anaknya bergaduh. Setiap hari adanya yang mereka bergaduh.
"Adik. Boleh tak adik tangkap je gambar mereka ni?" Tanya Encik Rahim. Jurukamera itu memandang pelik.
"Tapi Encik-"
"Takpa. Kamu tangkap je." Potong Encik Rahim. Jurukamera itu hanya turut sahaja.
"Kenapa abang suruh tangkap gambar budak - budak ni tengah bergaduh?" Tanya Puan Aishah bingung. Pelik dengan suaminya. Encik Rahim senyum. Matanya tidak lepas memandang putera dengan puterinya.
"Abang nak mereka ingat di masa akan datang. Bila mereka lihat sahaja gambar ni. Mereka akan ingat tentang pergembaraan mereka di dalam photoshoot ini. Bergaduh, ketawa, merajuk dan macam - macam lagi." Ujar Encik Rahim. Puan Aishah hanya mengangguk kata - kata suaminya. Ada benar juga. Setiap kali lihat gambar, memori tu akan bermain di ingatan.
Ariana tersenyum. Dia terus menuju ke biliknya. Sampai sahaja di depan bilik. Perlahan dia memulas tombol pintu. Dia tolak sikit pintu biliknya.
"Rindunya." Kata Ariana. Dia melangkah setiap sudut biliknya itu. Masih cantik macam dulu. Matanya tertarik dekat teddy bear yang elok letak di atas kotak sederhana warna merah. Dia ambil teddy bear itu dan kotak sederhana lalu di bawa ke arah katil. Dia melabuhkan punggungnya di birai katil. Dia mula ingat balik ketika dia bagi kotak ni kepada Khairul pada malam hari perkahwinannya. Kata - kata Khairul.
"Takpa. Suatu hari nanti, awak akan ingat balik. Insyaallah."
Kata - kata waktu itu macam Khairul begitu yakin yang dia akan sembuh sepenuhnya. Dia tersenyum. Mungkin naluri seorang sahabat. Dia buka penutup kotak itu. Banyak barang kenangan yang Ariana simpan. Dia mengambil satu persatu gambar dia dan Khairul ketika sekolah dan luar sekolah. Gambar mereka bergaduh, ketawa, merajuk, menangis, dan banyak lagi.
Ariana memenggang gambar terakhir mereka. Gambar yang Khairul mengatakan dia ingin berpindah ke Johor. Memang waktu tu dia benar - benar sedih. Seorang sahabat yang akan meninggalkannya. Ariana tersenyum. Bila diingat balik waktu Khairul bawanya ke tasik.
"Awak sama macam kelip2 tu."
"Sama? Apa yang sma?"
"Cahaya. Cuba awak tengok cahaya dekat kelip2 tu. Kelip2 tu terang kan kawasan ni kan? Sama macam awak. Awak pun adalah cahaya yang terang kan hati saya."
Senyuman Ariana mati. 'Awak pun adalah cahaya yang terang kan hati saya.'
"Jadi? Khairul betul2 cintakan aku dari dulu. Kenapa aku tak perasan?" Menolog Ariana. Dia mengerut dahinya berfikir. Dia tak tahu pula semua ni. Dia cuma anggap Khairul adalah sahabat baiknya dari kecil dan seorang abang.
"Macam mana kau nak perasan Ariana? Kau tak pernah buka hati kau." Kata suara hatinya.
"Tapi aku takut. Takut dengan perasaan cinta. Ya. Memang aku masih ragu - ragu perasaan cinta aku kepada Khairul." Ariana berfikir perasaan dia sekarang.
YOU ARE READING
Thanks, Mr Husband .
Romance"Awak sama macam kelip2 tu." Khairul Zafril "Sama? Apa yg sama?" Ariana Rose "Cahaya. Cuba awak tengok cahaya dekat kelip2 tu. Kelip2 tu terang kan kawasan ni kan. Sama macam awak. Awak pun adalah cahaya yang terang kan hati saya." Khairul Zafril Se...