Bab 11

3.4K 81 0
                                    

"Adudu. Sakitnya pinggang." Afiq membongkokkan badannya kedepan dan kebelakang. Sakit badannya kerana mengangkat barang kakaknya yang macam ada batu2 dalamnya.

"Baru angkat sikit. Dah mengaduih. Manja." Perli Khairul. Saja nak mengapi - apikan Afiq. Afiq memandang tajam ke arah abang iparnya.

"Ciss. Biarlah. Tak kacau hidup kau kan." Marah Afiq. Geram betul bila orang panggil dia manja. Tapi kenyataan. Dia hanya manja dengan family dia sahaja. Kalau orang luar. Memang tak lah.

"Memang kacau pun."

"Hah! Mana Ariana? Dari tadi tak nampak dia pun." Tanya Khairul. Dia dari tadi tertanya - tanya mana Ariana hilang. Selepas sampai sahaja dirumah itu terus lesap bayangan Ariana.

"Ada. Tak silap aku dia jalan2 dekat sekitar rumah ni. Dia kata nak tengok2 rumah sekejap. Tapi sekejap dia lama pula." Kata Afiq. Mana taknya. Dari tadi bayangan kakaknya tak muncul2 lagi. Khairul hanya mengangguk.

🍀🍀🍀

"Tak sangka ada kolam dekat dalam rumah." Kata Ariana pelik. Mana tak peliknya. Kolam ni di tengah2 sekeliling rumah. Belah kiri bilik2 manakala belah kanan ruang dapur. Depan dapur ada ruang makan tak jauh dari ruang tamu. Besar juga.

"Tapi. Betul ke ni rumah dia?"

"Betullah ni rumah abang." Jawab Khairul yang baru muncul. Dia menuju ke arah Ariana dan berdiri disebelah Ariana.

"Bila awak beli rumah ni? Dari mana dapat duit beli rumah mewah ni?" Tanya Ariana. Dah alang2 Khairul ada sini. Lebih baik tanya terus. Takut lupa.

"Sebernarnya ni rumah famili abang. Sebelum abang sekeluarga pindah di Johor. Kami memang tinggal di sini." Khairul mengajak Ariana duduk di kerusi yang sedia ada. Ariana mengikutnya. Dia tekun mendengar cerita Khairul.

"Jadi. Siapa yang jaga rumah ni?"

"Pembantu rumah kami. Walid suruh dia jaga rumah ni dan walid buat rumah ni homestay. Kata walid senang sikit rumah ni ada penghuni sementara kami pindah. Walid ada juga suruh pembantu kami tinggal sini tapi dia tak nak sebab tu walid buat homestay." Cerita Khairul. Dia memandang muka Ariana yang kusyuk dengar ceritanya. Ariana mengganguk faham.

"Dan sebagai hadiah perkahwinan kita dari walid dan umi. Mereka hadiah kan rumah ni." Kata Khairul.

"Tapi besarlah. Penatlah saya nak kemas rumah ni sorang2." Rungut Ariana. Khairul senyum dengar rungutan Ariana. Dah agak. Ariana ni bab2 kemas rumah kemas rumah ni malas sikit kalau kemas sorang2. Sebab tu dirumah keluarga Ariana mereka buat gotong royong setiap hujung minggu. Tu pun dipaksa.

Khairul mengenggam kedua tangan Ariana. Ariana hanya membiar. Itu perkara biasa. Khairul memang suka pengang tangan dia.

"Sayang jangan risau. Rumah ni nanti kita kemas sama2 ok. Tapi jangan malas." Khairul mencuit hidung Ariana. Ariana ketawa. Macam tau2 je.

"Amboi dua sejoli ni. Afiq punya penat dari tadi angkat barang. Korang boleh pula buat sweet2 kat sini." Kata Afiq geram. Boleh pula mereka tinggal Afiq angkat barang sorang2. Mereka dua pula dok buat sweet kat sini. Mana tak geramnya.

"Alah. Kacau betul lah kau ni. Kami baru nak berasmara." Ariana menampar lembut bahu suaminya. Ada pula dia kata nak berasmara. Ish.

"Berasmara konon. Pi lah."

"Kucing siapa tu Afiq?" Tanya Ariana. Afiq membelai kucing yang di dukungnya.

"Oh ni. Kucing suami akaklah." Kata Afiq. Afiq menuju kearah dua sejoli itu. Ariana mengambil kucing dari Afiq. Comel. Bambam pula tu.

"Abang bela kucing ke?" Tanya Ariana. Khairul mengganguk.

"Dah lama abang bela dia. Dari kecil lagi. Waktu tu abang beli dengan sahabat baik abang." Ariana hanya mengangguk tanpa tahu ayat tersirat disitu. Afiq faham dengan kata2 itu. Sahabat baiknya ialah Ariana. Merekalah beli kucing tu sama2 dan bela sama2.

"Nama dia apa?" Tanya Ariana. Dia mengomol kucing tu. Geram pula.

"Mickey." Jawab Khairul sepatah. Nama tulah yang Ariana nak sangat bagi. Ariana mengerutkan dahinya. Macam pernah dengar. Tapi kat mana ye? Ariana mengangkat kedua belah bahunya. Malas nak ambil tahu.

"Awak. Saya nak kucing ni." Kata Ariana. Dia lihat kucing yang berwarna putih sangat comel di matanya. Dia cuba minta kepada Khairul. Kot2 dapat ke.

"Awak nak kucing ni. Sat saya tanya umi. Umi!" Panggil Khairul. Puan Alisa pergi kearah anaknya.

"Ada apa,Khai? Kamu dah jumpa apa yang nak di beli?" Tanya Puan Alisa.

"Dah. Khai dan Ana nak ni. Comelkan umi?" Puan Alisa senyum kepada dua budak yang disayang. Dia dah menggangap Ariana anaknya sendiri.

Puan Alisa memanggil pekerja disitu untuk membeli kucing yang mereka dua itu nak.

"Awak nak namakan apa?" Tanya Khairul. Kucing itu berada disangkar antara mereka berdua di dalam kereta. Ariana memegang dagunya untuk berfikir.

"Memandangkan kucing ni jantan. Jadi saya letak..... Mickey." Jawab Ariana.

"Ohh. Hai Mickey. Saya Khairul dan ini Ariana. Mulai sekarang saya dan Ariana akan jaga Mickey dengan sebaik mungkin." Kata Khairul. Puan Alisa hanya lihat telatah mereka dari cermin belakang.

Thanks, Mr Husband .Where stories live. Discover now