"Mak! Ana pergi dulu." Ariana menyalam tangan ibunya.
"Yelah. Bawa kereta elok2. Jangan nak menggatal pula kat kat U." Pesan ibu Ariana. Ariana hanya mengganguk. Kereta Suzuki swift milik Ariana keluar dari halaman rumahnya. Lupa nak bagitahu. Kini Ariana sudah berumur 20 tahun dan dia belajar di UITM, Kuala Lumpur.
"Akak!" Jerit adik Ariana yang baru turun.
"Ishh.. akak ni bukan nak tunggu." rungut adik Ariana.
"Kenapa tak pergi lagi ni, Afiq?" Tanya ibu Ariana yang baru muncul.
"Akak dah pergi lah mak."
"Semalam kamu kata nak pergi dengan kawan.?" Soal Ibu Ariana.
"Ohh. Lupa pula. Hehehe." Afiq tersengih2. Ibu Ariana menggelengkan kepala.
🍀🍀🍀
"Ana!!!" Ariana yang baru keluar dari kereta terkejut dengar jeritan itu. Dia pusingkan kepalanya untuk memandang orang itu.
"Rindunya dekat kau." luah Fatin. Fatin ini kawan baik Ariana. Macam mana mereka kenal.? Jeng jeng jeng. Waktu tu Fatin dalam kesedihan kerana putus cinta. Ariana yang nampak Fatin kesedihan terus pergi tanya kenapa. Ariana banyak bagi kata2 nasihat dan semangat kepada Fatin. Dia banyak membantu. Dan dari situ lah Fatin mula menyukai dekat Ariana. Dia ingin berkenalan lebih rapat dengan Ariana.
"Ye lah tu rindu aku." Duga Ariana. Fatin terus lepas pelukannya dengan Ariana.
"Ishh. Bila aku cakap rindu. Kau tak nak percaya. Kalau macam ni tak nak dah aku cakap dengan kau." Rajuk Fatin. Dia memuncungkan bibir tanda merajuk.
"Alolo. Okay. Aku percaya. Aku pun rindu kau. Kau pergi mana? Menghilang seminggu. Boring tau aku ni." Ariana terus peluk bahu Fatin dari sisi. Dia mengajak Fatin berjalan seiringnya. Takut lambat pula masuk kelas kalau buat drama dekat parking kereta.
"Hehe. Peace. Aku pergi bercuti. Family aku cadang melancong kat Sabah pada hari tu. Sebab tu aq tak ada." Kata Fatin. Ariana mengganguk.
"Jom lah. Nanti lambat pula. Dah lah satgi prof Zila. Mesti bising satgi. Nama pun nak dekat gozila. Sebiji perangai macam gozila. Bising je kerja.." Rungut Fatin. Ariana yang dengar terus terhembus keluar gelaknya. Sebab tak tahan dengan ayat Fatin. Aishhh.. pagi2 ni free je prof Zila dapat pahala.
Sampai sahaja di kelas. Ariana dan Fatin mengambil tempat duduk mereka yang selalu di dudukinya iaitu BELAKANG.. haha. Senang nak buat apa2. Prof Zila masuk dengan diiringi seorang jejaka di belakangnya.
"Assalamuailakum semua." Prof Zila memberi salam kepada pelajarnya dengan mukanya yang serius. Semua pelajar menjawab dalam hati masing2.
"Ini ada student baru yang akan masuk kelas ni. Kenalkan diri." Bagitahu Prof Zila. Fatin di sebelah menyiku Ariana.
"Hensem lah lelaki tu, Ariana." bisik Fatin. Ariana meletak tangan di bawah dagu untuk stabilkan kepalanya. Dia membuat muka menyampah.
"Assalamualaikum. Nama saya Khairul Zafril Bin Muhamad Khalid. Panggil saya Khai. Saya dulu belajar di UITM, Johor. Saya pindah di sini kerana mengikuti keluarga saya. Saya harap awak semua dapat membantu saya." Khairul memperkenalkan dirinya. Dia senyum kepada semua orang. Terselah ke kacakkannya dengan lisung pipit di dua2 belah. Ariana mengerut dahinya. Dia macam pernah dengan nama itu. Tapi dia lupa.
"Okay. Terima kasih Khairul. Anything question for him?" Tanya Prof Zila. Seorang pelajar perempuan mengangkat tanya.
"Yes."
"Awak dah ada girlfriend?" Tanya Sarah. Suasana di kelas menjadi bising. Riuh bila dengar soalan itu.
"Menyampah aku tengok si Sarah tu." Fatin ni memang tak suka Sarah and the geng. Sebab apa? Sebab Sarah and the geng suka sangat mencari masalah dengan Fatin dan Ariana. Ariana hanya memandang sekilas sahaja ke arah Sarah. Dia terus pandang Khairul. Kalau pandang Sarah lama2 boleh buat Ariana muntah hijau. Ada ke muntah hijau??
Khairul senyum. Matanya terus memandang seseorang. "Buat masa sekarang. I'm still single." Jawab Khairul. Gadis2 semua dah buat muka macam hmmm.. apa ya.? Tau2 je lah.
"Okay2. Semua diam." Arah Prof Zila. Start dah jeritan dia. Sakit telinga. Semua terus diam.
"Khairul. Awak boleh duduk." Arah Prof Zila lagi. Khairul mengganguk lalu menuju ke tempat duduk. Dia mengambil tempat disebelah Ariana.
"Hai." Ucap Khairul. Ariana hanya senyum.
"Nama saya Khairul Zafril. Awak?" Khairul ingin berkenalan dengan Ariana.
"Ariana." Jawab Ariana sepatah. Tapi dia tidak pandang Khairul. Matanya hanya memandang Prof Zila. Fatin yang lihat Ariana layan macam acuh tak acuh je.
"Hai. Nama saya Fatin. Sorry ye. Kawan saya ni memang macam ni. Bila dah fokus belajar. Orang sekeliling dia tak layan sangat." Kata Fatin. Dia senyum kepada Khairul. Tak sangka Khairul ni kacak bila ada di depan mata. Khairul mengganguk tanda dia faham.
-------------------------
YOU ARE READING
Thanks, Mr Husband .
Romans"Awak sama macam kelip2 tu." Khairul Zafril "Sama? Apa yg sama?" Ariana Rose "Cahaya. Cuba awak tengok cahaya dekat kelip2 tu. Kelip2 tu terang kan kawasan ni kan. Sama macam awak. Awak pun adalah cahaya yang terang kan hati saya." Khairul Zafril Se...